Pantun Adat & Bangsa: Burung merpati beranak tunggal
Burung merpati beranak tunggal,
Hinggap mari ke kota raja;
Tuan pergi saya tinggal,
Kepada siapa saya nak bermanja?
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Burung merpati beranak tunggal | a | 10 suku |
| Hinggap mari ke kota raja | b | 9 suku |
| Tuan pergi saya tinggal | a | 8 suku |
| Kepada siapa saya nak bermanja? | b | 12 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun kasih. Maksudnya, apabila kekasih pergi dan si pengucap ditinggalkan, kepada siapa lagi dia hendak bermanja. Ia melukiskan kesepian selepas ditinggalkan.
Oleh Sidang Pengarang