Sumber pantun
Wilkinson & Winstedt (1914)
1102 rangkap pantun daripada sumber ini.
← Semua pantunTanam kunyit di atas batu,Tiada duit, bergadai baju;Orang madat balik candu,Bagai monyet di pokok kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Korek kelapa ambil tempurung,Mana yang baik buatkan gayung;Jerat semata di hujung tanjung,Lalu cicak kena mengkarung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ikan todak dalam perahu,Anak syahbandar memangku puan;Tidur tak hendak makan tak mahu,Badan terserah padamu tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tetak nyirih galangkan dapur,Mari dititak dengan dahannya;Minta sirih barang sekapur,Mari minta dengan tuannya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih dulang boleh di rumput,Pandak ruas kaki babi;Kekasih orang boleh kurebut,Baharulah puas di hati kami.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masuk hutan dalam belukar,Hendak cari pucuk rotan;Sebab durian menjadi mangkar,Waktu luruh ditimpa kawan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masuk hutan negeri perak,Hendak mencari rotan sega;Tuan umpama tabut diarak,Luar berkilat, dalam berongga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Laksamana mudik ke bentan,Limau abung dari mekah;Saya laksana si kenantan,Letakkan sabung serukan tuah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Utik-utik ikan bimbang,Minyak ketiau di hujung galah;Raja kecil silakan pulang,Linggi dilanggar, riau yang alah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pisau raut hilang di rimba,Pakaian anak raja di judah;Karam di laut boleh ditimba,Karang di hati bilakan sudah?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tetak tebu tiga batang,Sayang sebatang dimakan punai;Tiga petang tuan tak datang,Air mata sepanjang sungai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain palembang kain terengganu,Pakaian anak raja kayangan;Sudah asap baharu ditunu,Hati di dalam imbang-imbangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah kelubi asam paya,Kalau berbuah bertingkil-tingkil;Orang tak sudi apakan daya?Jangan dibuat muka gedubil.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang melaka masak pengat,Bawa ke balai jamu menteri;Tuan laksana mestika gamat,Tiada ternilai sebuah negeri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jangan berpuak-puak padi,Ada biduk serempu pula;Janganlah adik berjauh-jauh hati,Asal hidup bertemu juga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Legam-legum bedil di pantai,Orang menembak pedenanya;Yang mana nak abang pakai?Orang rembang kesomanya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Saya tidak menanam nenas,Tanam kepaya di dalam padi;Saya tidak memandang emas,Budi bahasa yang saya cari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pisang kelat masak sebelah,Padi muda kulurut juga;Bulan gelap, jalannya lecah,Hati muda kuturut juga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tang mana rumah encik sutan?Belah kiri kanan jalan;Matilah abang kubur galikan,Kalau di bumi berkesan jangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Biji bacang sebiji bulat,Dikupas si jari manis;Ada abang berkirim surat,Belum dibaca sudah menangis.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pulau sembilan tinggal delapan,Satu merajuk ke kuala kedah;Sudah nasib permintaan badan,Kita di bawah kehendak allah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan nasi dengan cik dollah,Rambut sehelai dibelah-belah;Ajaib aku subhanullah,Tebuan meminang anak lebah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jika tuan pergi ke Jempol,Belikan saya tikar berbendul;Hati susah tulangku timbul,Apa kehendak sudah makbul.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tioman pulau yang cantik,Kera melompat di tepi kolam;Seekor kuman kena pelantik,Darah menimpa serata alam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang belayar lautan ambung,Patah tiang timpa kemudi;Putus benang boleh disambung,Patah arang sudah sekali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ikan dimakan ikan,Tulang jangan dilonggokkan;Pandai makan pandai menyimpan,Rahsia jangan ditunjukkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jantung ada berbuah tidak,Anak sepat meloncat tinggi;Untung ada, tuah tidak,Sebarang niat tiada jadi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Putik pauh tankainya lerai,Penyengat bersarang dibunggulnya;Adik jauh rasa bercerai,Semangat tinggal dalam sanggulnya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ayam denak dalam belukar,Tengah mematuk telur semut;Sudah jinak menjadi liar,Ada musuh dalam selimut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kuda saya kuda pelana,Dipacu ke air berlari deras;Pantun saya pantun makna,Kalau tak tahu jangan dibalas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lepaskan kumbang nak terbang,Kumbang kudung bawa tali;Lepaskan abang nak pulang,Ada untung balik ke mari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hilir berakit batang selasih,Singgah bermalam di kota lama;Alang sakitnya menumpang kasih,Bercampur sebentar, haram tak lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ruak-ruak kena pelantik,Kena pelantek burung lang;Orang tua hendak bercantik,Rambut putih sapu arang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan membeli limau,Mari taruh dalam gedung;Tuan memakai kulit harimau,Bagi terkejut kambing di kampung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ikan dipanggang sahaja,Hendak dipindang tidak berkunyit;Anak orang dipandang sahaja,Hendak dipinang tidak berduit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Keras benar ribut siang,Saf ada kayu di rimba;Keras benar ugut abang,Hanyutlah bantal di air mata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pukul gendang tiup serunai,Raja berangkat ke seberang;Putih mata si burung punai,Kayu ara ditunggu helang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lebai pakai topi ketayap,Harap difikir orang percaya;Ingatan tak tetap akalnya periap,Seribu didua menjadi sia-sia.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Punggur berdaun di atas kota,Jarak sejengkal dua jari;Musang rabun, lang buta,Baharu ayam bersuka hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pulau tapai berjajar empat,Haluan orang pulang ke jawa;Putih kuning bagai disifat,Itulah tempat membuang nyawa.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Asam kumbang tumbuh bertingkir,Tumbuh di pagar radin menteri;Kasih umpama kiambang di air,Akar tidak jejak di bumi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih di pucuk pauh,Tetak batang pecah belah;Alangkah sakit kerkasih jauh,Saya menjadi serba salah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tujuh hari dalam hutan,Air tak minum nasi tak makan;Sehari tidak memandang tuan,Rasanya susut tubuh di badan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik bersangkar lalang,Turun memetik buah delima;Sudah nasib, badanku malang,Sudah berputik balik berbunga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terang bulan cuaca di pulau,Raja siam turun berakit;Rindu dendam bawa bergurau,Bawa diam jadi penyakit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ijuk-ijuk tali perahu,Tali bemban mengikat rakit;Besok-besok baharu tahu,Menaruh dendam jadi penyakit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ribu-ribu merentang jalan,Anak buaya merentang tasik;Jika seribu orang berjalan,Tuan seorang kupandang cantik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Putik bacang setangkai lebat,Encik salleh berkedai kain;Dua dipancing satu tak dapat,Ikan beralih di tempat lain.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lumba-lumba mudik sekawan,Mudik ke teluk tanjung jati;Minta perhamba kepada tuan,Dari hidup sampai ke mati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain batik baju batik,Batik datang dari jawa;Adik cantik abang cantik,Bagai pinang belah dua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mengail ke lubuk rambai,Selasih ragang jangan letakkan;Kalau bermain sama pandai,Kasih sayang jangan nampakkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Campak jala batunya nyaring,Jala rambang olak belanak;Badan bulat bagai tenggiling,Laksana beronok berminyak-minyak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selangat ikan seluang,Belah belakang ambil hatinya;Kur semangat tuan seorang,Paling belakang lain gantinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang mengail di lubuk gua,Umpan dengan pucuk keledek;Orang bermain sama tua,Kerdum-kerdam bunyi gobek.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tempa kapak dengan beliung,Hendak tetak kayu berduri;Tuan di atas kemuncak payung,,Patik di bawah menjunjung duli.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Naik bukit conggang-congit,Cari kayu membuat lesung;Kena tembup perut buncit,Lama-lama menjadi busung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Maling-maling di tepi belukar,Gelugur ditebing tinggi;Dibanding tidak bertukar,Diukur sama tinggi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tunggu dusun durian cempedak,Manggis rambutan langsat duku;Kaki pantilun sebelah pandak,Tumit melecer makan sepatu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Saya pergi ke rumah cik akup,Singgah mengutip buah kerekup,Hari petang panaspun redup,Alangkah sedap angin bertiup!
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunga rampai di dalam puan,Ruku-ruku dari Peringgit;Belum sampai padamu tuan,Rindu saya bukan sedikit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang mengkalis memukat gelama,Pukat dirintang di tanjung pauh;Hati marah padah datangnya,Hati hiba membawa jauh.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tinggi bukit gunung senanti,Daun palas makanan kalui;Penatlah saya duduk menanti,Padang yang telas berbalik balui.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terbang balam sidua-dua,Hinggap di atas pokok sentul;Abang pandang, adik tertawa,Hati dalam sama tak betul.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lumba-lumba main gelombang,Riaknya sampai ke indiragiri;Cuba-cuba bertanam mumbang,Kalau tumbuh turus negeri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hari panas ribut berdengung,Buah semetong berayun putik;Hitam manis duduk termenung,Emas lancung terbawa mudik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dua kali saya ke jawa,Gunung belitung beringgit-ringgit;Dua kali saya kecewa,Hidung dicium pipi digigit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah bongkok jangan menyerangguh,Boleh susup dari bawah;Orang tua bongkok menggelisah gaduh,Kena serkup di bawah kawah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak merak di kampung cina,Cari makan kepala titi;Emas perak kebesaran dunia,Budi yang baik membawa mati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung kedidi di sambar lang,Bawa naik ke pokok tinggi;Budi tuan mana nak hilang,Sudah mesera di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih alang gemilang,Kayu hidup dimakan api;Kalau kasih alang kepalang,Dari hidup baik kumati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ayam turun enam,Mati seekor tinggal lima;Kapal di laut habis jahanam,Lalu dipanggil tukang cina.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Batang selasih permainan budak,Berdaun sehelai dimakan kuda;Bercerai kasih, bertalak tidak,Seribu tahun kembali juga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Merpati kepak bersilang,Turun ke bendang makan padi;Simpan di peti takutkan hilang,Baik kusimpan di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik ambong pergi menggetah,Dapat puyuh tepi perigi;Sedang rebung baik dipatah,Jadi buluh melepuh jari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Keriat di bawah tangga,Mari dikobak balau-balau;Tuan cerdik saya bertanya,Mana jejak anggau-anggau?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak siam berbaju siam,Pandai gunting bunga kecubung;Sungguh nampak duduk diam,Laksana gunting makan hujung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Menitik embun di gunung sari,Buah delima di dalam puan;Dua tiga boleh dicari,Mana sama denganmu tuan?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Belayar menyusur tebing,Sarat bermuat bunga lalang;Hidung dicium bau emping,Itulah tanda anak peladang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Nasi kunyit panggang ayam,Tupai melompat menghalau pari;Bumi tersengat dunia karam,Kasih melenggang di tengah negeri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Limau purut delima muda,Rambutan Aceh, apa bijinya?Kalau turut hati yang muda,Rumah tangga apa jadinya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Katang-katang berisi manik,Yang sebiji berisi gelam;Ulurkan tangan kami nak naik,Kami datang malam kelam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kembang cempaka ke peraduan,Tempat bertandang bidadari;Kasih sayang dalam pangkuan,Penghibur hati payah dicari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cukin datang dari cina,Pasir putih di sarang helang;Miskin sudah dagang yang hina,Hitam putih dikata orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain bali selendang bali,Serindit makan lada muda;Jikalau tidak kenang sekali,Kenang sedikit ada jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kampung sebuah masuk kawar,Kibas jampung tengah malam;Saya laksana ikan di lahar,Kena tuba timbul tengelam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Menjala membawa mudik,Dapat pari yu lampai;Saya bertanya kepada adik,Apakah hari iddah kan sampai?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ke luar berjalan hari malam,Singgah di kedai beli beras;Saya mencari serata alam,Berjumpalah buku dengan ruas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah beringin lada raksa,Anak helang mengadu makan;Kalau ingin mengapa dirasa?Buah masak sahaja dimakan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Banyak nyamuk pulau tikus,Orang acih bakar perasap;Badanku gemuk menjadi kurus,Sebab kasih rindu meredap.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hujan panas lari ke hutan,Ke luar ke padang jemur padi;Sisik emas tulang intan,Mahukah makan pancing kami?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sayang kiambang bunga kiambang,Kiambang sekuntum dalam perigi;Terang sungguh bulan mengambang,Awan juga membawa diri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari perlak lalu ke kelantan,Mengadap raja tinggi berdaulat;Berolak air kusangka ikan,Pukat kulabuh, ikan tak dapat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Air mati memancing kurau,Singgah di beting kutip agar-agar;Buta larang tergagau-gagau,Jari hantu ditikam selumbar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hilir dari sungai sagu,Singgah menjala di bulan terang;Bagaimana jung nak lalu,Kalau sudah dilengkung karang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tinggi bukit gunung senanti,Tempat berkok berulang siang;Teguh-teguh pegangkan janji,Bagai rasuk dengan tiang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jangan ditenyeh gelemayar,Kalau malam bersinar-sinar;Air laut berkocak nampak penar,Ikan berlari terketar-ketar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak beruk di tepi pantai,Masuk ke bendang makan padi;Biar buruk kain dipakai,Asalkan pandai mengambil hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Asam kandis asam gelugur,Ketiga dengan asam rembunia;Nyawa menangis di pintu kubur,Hendak pulang ke dalam dunia.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mentimun betik dari ladang,Mari dicacah dengan kuku;Kecil molek abang nak pulang,Mari dihantar hingga ke pintu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kapal berlabuh di lautan sisi,Patah puteri naga-naganya;Bantal dipeluk saya tangisi,Hendak mati rasa-rasanya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jangan ditentang pulau di siam,Telur sebiji di celah atu;Jangan dipandang penyu diam,Ia bertelur beribu-ribu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Meranti tampak berbayang-bayang,Tampak di parit kota lama;Buah hati tinggallah sayang,Abang pergi tidak lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jangan lurut padi muda,Pecah batang, kena tangan;Jangan diturut hati muda,Rosak binasa panjang-panjangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak sawa sebesar lengan,Hendak meniti batang padi;Hendak tertawa tidak berteman,Senyum sedikit di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak beruk ekornya kudung,Turun melompat tepi pantai;Umpama kain buruk bertampung,Benci dilihat segan di pakai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tunggang kuda dari seberang,Sampai di padang lalu berpusing;Saya laksana dahan tunjang,Pecah tunas menjadi ranting.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terbang kumbang jantan betina,Sering di bunga kuntum dipangkal;Berapa banyak ilmu pesona,Busuk budi nanti tertinggal.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tutuh lanjut tutuhlah binjai,Capai sekali dengan buahnya;Main adik main berjujai,Apa pula akan sudahnya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang ligur menembak bangau,Kena sepasang jantan betina;Saya umpama cekur jerangau,Senak kembung baharu berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Encik husain melayur daun,Jatuh ke laut disambar todak;Sembilan musim tujuh tahun,Air tawar kena, masin tidak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok terung di kebun bunga,Petik bunga sambil berlari;Jung lalu pulau bertanya,Ombak juga menghempas diri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ada duit sekupang,Boleh beli cuka menaun;Habis padi burung terbang,Ulat tidak kenangkan daun.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok beringin di tepi huma,Pucuk melampai hala ke belukar;Hati ingin melihat bunga,Bunga di lengkung ular yang besar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau buluh, saya gantungkan,Menyukat timbang lada muda;Kalau boleh saya pantangkan,Jung satu nakhoda dua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Serahi dua tergantung,Ada satu berisi minyak;Matahari sudah saya gantung,Beri bertali bintang yang banyak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Segan saya beranak tiri,Bendul bertebuk papan bertarah;Segan saya beranak tiri,Pukul sedikit emaknya marah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mari panah burung terbang,Dapat seekor, bulunya lebat;Biar pecah habis berlubang,Kucari tukang, kusuruh kelpat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ada suatu anak hindu,Pakai kain rambu-berambu;Mercun buluh, senapang bambu,Kepada saya jangan dituju.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang jawa pulang ke jawa,Pisang abu dalam kebun;Saya umpama burung tempua,Di pohon buluh tempat berayun.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hiris dahan tepi surau,Tempat sembahyang datuk penghulu;Tujuh musim timpa kemarau,Baik ditolong hujan di hulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Menunjukkan 120 daripada 1102 rangkap. Guna Cari atau exploreLinks ikut tema untuk lebih.