Pantun Adat & Bangsa: Lumba-lumba main gelombang
Lumba-lumba main gelombang,
Riaknya sampai ke indiragiri;
Cuba-cuba bertanam mumbang,
Kalau tumbuh turus negeri.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Lumba-lumba main gelombang | a | 9 suku |
| Riaknya sampai ke indiragiri | b | 11 suku |
| Cuba-cuba bertanam mumbang | a | 9 suku |
| Kalau tumbuh turus negeri | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun motivasi. Maksudnya, cubalah menanam mumbang atau kelapa muda kerana jika ia tumbuh boleh menjadi tiang seri negeri. Ia menggalakkan usaha mencuba kerana hasil besar mungkin menanti.
Oleh Sidang Pengarang