Khazanah Pepatah
Pepatah & peribahasa Melayu
627 ungkapan hikmat, tersusun ikut jenis. Setiap satu dengan makna yang jelas.
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Hutang wang dapat dilangsaikan, tetapi budi seseorang terhutang seumur hidup.
Peribahasa Melayu tradisionalBagai aur dengan tebing.
Dua pihak yang saling memerlukan dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Peribahasa Melayu tradisionalBerat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bekerjasama menanggung susah dan senang secara bersama.
Peribahasa Melayu tradisionalBagai pinang dibelah dua.
Dua orang atau perkara yang amat serupa, sepadan benar.
Peribahasa Melayu tradisionalAir yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Orang yang pendiam belum tentu tidak berilmu atau tidak berbahaya. Jangan menilai dari luaran.
Peribahasa Melayu tradisionalBersatu teguh, bercerai roboh.
Perpaduan membawa kekuatan, perpecahan membawa kelemahan.
Peribahasa Melayu tradisionalSediakan payung sebelum hujan.
Membuat persediaan lebih awal sebelum sesuatu kesusahan menimpa.
Peribahasa Melayu tradisionalMelentur buluh biarlah dari rebungnya.
Mendidik anak hendaklah bermula sejak kecil supaya mudah dibentuk.
Peribahasa Melayu tradisionalBagai kacang lupakan kulit.
Orang yang lupa akan asal usul atau jasa orang yang pernah membantunya.
Peribahasa Melayu tradisionalHarimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Selepas seseorang meninggal dunia, yang kekal dikenang ialah nama baik atau buruknya.
Peribahasa Melayu tradisionalGenggam bara api biar sampai jadi arang.
Mengerjakan sesuatu hendaklah bersungguh-sungguh hingga selesai walaupun menempuh kesukaran.
Peribahasa Melayu tradisionalYang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Sesuatu kejayaan tidak datang dengan sendiri tanpa usaha dan ikhtiar.
Peribahasa Melayu tradisionalBumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Peribahasa Melayu tradisionalSeperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Menyuruh orang lain berbuat baik sedangkan dirinya sendiri tidak melakukannya.
Peribahasa Melayu tradisionalBagai melepaskan batuk di tangga.
Membuat sesuatu kerja secara tidak bersungguh-sungguh sehingga tidak sempurna.
Peribahasa Melayu tradisionalCarik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Perselisihan dalam kalangan keluarga atau saudara akhirnya akan berbaik semula.
Peribahasa Melayu tradisionalAlah bisa tegal biasa.
Sesuatu yang sukar akan menjadi senang apabila telah biasa dilakukan.
Peribahasa Melayu tradisionalKe bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Sehidup semati, menanggung susah dan senang bersama-sama.
Peribahasa Melayu tradisionalDiam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
Ada orang pendiam yang berisi ilmu, ada pula yang diam tetapi sia-sia.
Peribahasa Melayu tradisionalIndah khabar daripada rupa.
Cerita tentang sesuatu lebih hebat daripada keadaan yang sebenarnya.
Peribahasa Melayu tradisionalSedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
Sesuatu yang dikumpulkan sedikit demi sedikit akhirnya menjadi banyak.
Peribahasa Melayu tradisionalIkut hati mati, ikut rasa binasa.
Menurut kehendak hawa nafsu semata-mata akan membawa kepada kecelakaan.
Peribahasa Melayu tradisionalBiar mati anak, jangan mati adat.
Adat resam hendaklah dipelihara dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh.
Peribahasa Melayu tradisionalBuah tangan.
Hadiah atau bingkisan yang dibawa pulang daripada sesuatu perjalanan.
Simpulan bahasa MelayuRingan tulang.
Rajin dan cepat membuat kerja, suka membantu.
Simpulan bahasa MelayuBesar kepala.
Sombong, degil atau tidak mahu mendengar nasihat.
Simpulan bahasa MelayuMurah hati.
Suka memberi, pemurah dan sedia membantu orang lain.
Simpulan bahasa MelayuAda aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda beras taruh dalam padi, ada ingat taruh dalam hati.
Kalau ada sesuatu cita-cita yang diinginkan tidak perlulah dikhabarkan kepada orang sebelum dikerjakan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAbui mata.
Orang yang pandai membuat tipu helah supaya orang lain tidak tahu perkara yang sebanarnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAbang ipar.
Suami kepada kakak sendiri, abang kepada isteri atau suami.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda rotan, ada duri.
Tentu adanya kesusahan semasa dalam kesenangan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau.
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda padang, ada belalangnya.
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda ubi ada batas, ada budi ada balas.
Kebaikan yang dilaku akan dibalas dengan kebaikan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdakah daripada telaga yang jernih itu mengalir air yang keruh?
Tidak mungkin orang yang bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yang keji-keji.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdapun manikam itu jika dijatuhkan ke dalam limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya.
Orang yang berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat balai.
Adat dalam istana raja.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat diisi, lembaga dituang.
Dilakukan menurut aturan yang biasa.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat dipakai baru, kain dipakai usang.
Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu.
Berbuat baik mendapat balasan yang baik dan berbuat jahat mendapat balasan buruk; manusia harus tolong-menolong antara satu sama lain dalam kehidupan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda wang abang saya, tak ada wang abang payah.
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat gajah terdorong.
Orang yang berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.
Kasih sayang hanya kerana mementingkan harta benda.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat istiadat.
Berbagai-bagai adat kebiasaan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat juara kalah menang.
Dalam setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi).
mesolitica/peribahasa-instructionsAda ubi ada talas, ada budi ada balas.
Barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung.
Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat bersendi syarak, syarak bersendi adat.
Segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah.
Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat bertentu, bilang beratur.
Segala pekerjaan harus dijalankan dengan menurut peraturan yang ditetapkan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.
Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat diisi janji dilabuh.
Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah dibiasakan (diadatkan).
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat lama pusaka usang.
Adat yang tidak berubah-ubah sejak dahulu.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat lurah timbunan sarap.
Orang yang berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat memakai, syarak mengata.
Adat yang tidak sesuai dengan hukum tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat muda menanggung rindu.
Manusia hidup harus menghadapi pelbagai cabaran.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar.
Daya usaha yang besar kalau tidak berjaya, bukanlah suatu perkara yang memalukan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdik ipar.
Adik kepada isteri atau suami.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.
Tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat teluk timbunan kapal.
Orang yang berpangkat atau berpengaruh sering menjadi tempat sasaran orang membuat aduannya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat teluk timbunan kapar.
Biasanya orang berpangkat (berkuasa dan lain-lain) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat tua menahan ragam.
Orang-orang tua terpaksalah menahan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan anak cucunya yang tidak mematuhi kebenaran.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat yang kawi, syarak yang lazim.
Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat yang menurun, syarak yang mendaki.
Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat pasang berturun naik.
Keadaan (kekayaan, pangkat, dan lain-lain) itu tiada tetap.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.
Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat periuk berkerak, adat lesung berdedak.
Sekiranya mahu hidup senang, perlu sanggup susah.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat pulau limburan pasang.
Kehidupan manusia hendaklah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat pusaka.
Adat lama yang dilakukan turun-temurun.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat resam.
Kebiasaan dalam kehidupan harian.
mesolitica/peribahasa-instructionsAgih-agih kongkang.
Terlalu dermawan atau murah hati hingga diri sendiri mendapat kesusahan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAgung susut, pongah masih.
Orang berbangsa yang telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga.
mesolitica/peribahasa-instructionsAhli sihir.
Orang yang berilmu sihir.
mesolitica/peribahasa-instructionsAhli suluk.
Orang yang mengamalkan ilmu agama untuk mencapai kesempurnaan batin.
mesolitica/peribahasa-instructionsAhli negeri.
Penduduk negeri.
mesolitica/peribahasa-instructionsAhli nujum.
Orang yang pandai meramal, tukang tilik.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir beriak tanda tak dalam.
1. Banyak bercakap tanda tidak berilmu2. Orang yang sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya).
mesolitica/peribahasa-instructionsAir dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan, gula tertumpah pada kanji.
Perusahaan mendapat hasil yang baik.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir gedang menghanyutkan.
Seseorang pendiam itu merupakan orang yang berilmu dan sanggup menanggung tugas yang penting.
mesolitica/peribahasa-instructionsIni 80 ungkapan pertama. Ada 547 lagi menanti, jumpa lewat Cari atau Koleksi.