Khazanah Pepatah · Jenis
Perumpamaan
Perbandingan dengan kata bagai, seperti atau umpama.
Bagai aur dengan tebing.
Dua pihak yang saling memerlukan dan bantu-membantu antara satu sama lain.
Peribahasa Melayu tradisionalBagai pinang dibelah dua.
Dua orang atau perkara yang amat serupa, sepadan benar.
Peribahasa Melayu tradisionalAir yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Orang yang pendiam belum tentu tidak berilmu atau tidak berbahaya. Jangan menilai dari luaran.
Peribahasa Melayu tradisionalBagai kacang lupakan kulit.
Orang yang lupa akan asal usul atau jasa orang yang pernah membantunya.
Peribahasa Melayu tradisionalBumi mana yang tidak ditimpa hujan.
Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Peribahasa Melayu tradisionalSeperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Menyuruh orang lain berbuat baik sedangkan dirinya sendiri tidak melakukannya.
Peribahasa Melayu tradisionalBagai melepaskan batuk di tangga.
Membuat sesuatu kerja secara tidak bersungguh-sungguh sehingga tidak sempurna.
Peribahasa Melayu tradisionalCarik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Perselisihan dalam kalangan keluarga atau saudara akhirnya akan berbaik semula.
Peribahasa Melayu tradisionalAlim bagai katak di tepi air.
Orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAngkuh seperti merak.
Suka menganggap diri sendiri lebih tinggi atau lebih baik dari yang lain.
mesolitica/peribahasa-instructionsAnjur surat bak bertanam dijemba-jemba bak bersiang.
Tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dengan maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh.
mesolitica/peribahasa-instructionsAnjur surat bak bertanam.
Tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dengan maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai air mencari jenisnya.
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut.
Dalam kerja yang tidak menguntungkan diajak bersama, apabila untung diketepikan.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai akan mengaji suratlah hilang; akan bertanya gurulah mati.
Masalah tidak dapat diselesaikan oleh sebab puncanya sudah hilang.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai angkuh terbawa, tampan tinggal.
Cantik rupa, buruk perangai.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anai-anai makan kayu.
Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anak sepat ke tohor.
Dikatakan kepada orang yang bermalas di tempat orang lain.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anak sepat ketohoran.
Seseorang yang menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anak kunci jahat, peti derhaka.
Kalau suami jahat isteri akan khianat.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anak dara sudah berlaki.
Gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anak kambing tak akan jadi anak harimau.
Pengecut takkan jadi berani; orang biasa takkan jadi bangsawan.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anjing ditepuk, menjungkit ekor.
Orang yang hina, apabila dihormati jadi sombong.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anjing tersepit di pagar.
Seseorang yang dalam kesusahan serba salah halnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai antah berkumpul bersama antah, beras bersama beras.
Bergaul sama status.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anjing kepada orang, raja kepada kita.
Anak sendiri, tetap dianggap baik.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai anjing melintang denai.
Seseorang yang sombong (gembira).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai api dalam sekam.
Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai arang habis, besi binasa.
Usaha sia-sia.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai arang habis, besi binasa, tukang hembus penat sahaja.
Usaha sia-sia.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.
Kahwin dengan janda banyak untungnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai apa tampang, itulah tumbuhnya.
Hasil bergantung kepada usaha.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai api makan dalam dedak.
Perbuatan jahat ataupun cinta yang disembunyikan.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai api makan sekam.
Kejahatan yang tersembunyi; rindu dendam dalam diam.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.
Hidup dengan tolong-menolong antara satu sama yang lain. (= sebagai aur dengan tebing).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai asal ditugal,adalah benih.
Mulakan kerja dulu, nanti adalah orang membantu.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai asam di gunung, ikan di tebat, dalam belanga bertemu juga.
Kalau jodoh, walaupun jauh, akan bertemu juga.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai asing lubuk asing ikannya, asing padang asing belalangnya.
Lain tempat, lain adatnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan.
Hidup susah di negeri mewah.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai ayam baru belajar berkokok.
Baru cukup umur.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai ayam berinduk, sirih berjunjung.
Orang lemah harus mendapatkan bantuan dan perlindungan.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai ayam ditambat disambar helang.
Isteri dilarikan orang besar.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai ayam lepas bertaji.
Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai balak terendam.
Orang gemuk yang sukar atau malas bergerak.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai balam dengan ketitir.
Perihal dua orang yang tidak dapat bermuafakat, masing-masing membanggakan diri.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai bangsi buluh perindu.
Suara yang lemah lembut dan merdu.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai ayam si tombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi.
Orang yang bersikap sombong (bercakap besar) sedangkan saudara-maranya hidup melarat.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai ayam yang tangkas di gelanggang.
Pandai bercakap dalam majlis.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai badak berendam.
Gemuk dan malas.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai berniaga buluh kasap, pangkal hilang, hujung lesap.
Tidak pandai berniaga hingga rugi sama sekali.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai bertanak di kuali.
Bermurah-murah kepada orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai belalang di atas kacang.
Usaha yang mustahil berhasil.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai bertepuk sebelah tangan.
Cinta kasih yang tidak berbalas.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai buntal kembung.
Sombong.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai enau di belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Tidak semuafakat dalam sesuatu perbincangan.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai gadis julung bersubang.
Angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dan lain-lain).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai gadis julung menumbuk.
Rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai empedu lekat di hati.
Sangat karib (tentang persahabatan atau orang berkasih-kasih).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai dekan di bawah pangkal buluh.
Seseorang yang pandai menyimpan rahsia.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai dihentak alu luncung.
Dialahkan oleh orang yang tidak pandai atau yang lemah.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai dulang dengan tudung saji.
Sesuatu yang berpadanan (seperti suami isteri yang sama elok parasnya dan lain-lain).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai geluk tinggal di air.
Orang yang melarat hanya menunggu bantuan orang.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai inai dengan kuku.
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai isi dengan kuku.
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai haruan dalam tuar.
Perihal seseorang yang tidak tetap halnya (kerana berada dalam kesusahan dan lain-lain).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai jawi terkurung siang.
Orang yang tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai jelongak kerbu rampung.
Orang bodoh yang sombong, tidak sedar bahawa dirinya telah dipermainkan oleh orang lain. jelongok = selalu menengadah. rampung = rosak cuping hidungnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai kain menunjukkan corak bangsanya.
Rupa dan gaya seseorang boleh membayangkan latar belakangnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai kena sentung pelalai.
Gadis yang tidak mahu bersuami.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai kera dapat canggung.
Perihal orang yang telah ditolong mendampingkan dirinya kepada orang yang menolongnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai langau di ekor gajah.
Orang yang menurut kemahuan orang besar atau orang yang pandai.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai lebah menghimpun madu.
Orang yang sangat rajin.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai kucing menjemput api.
Yang diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dalam pengusahaan itu hilang pula.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai lesung dengan antan.
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai menambah gelang bini.
Pemberian kepada orang yang sudah mempunyai benda yang sama.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai melulutkan jebat pada kerbau.
Pemberian yang tidak kena pada tempatnya (tidak berfaedah kepada penerimanya).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai melepaskan anjing tersepit.
Menolong orang yang tidak tahu membalas jasa.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai mendukung biawak hidup.
Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita.
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai menjaga permata intan semasa dicanai.
Kasih yang amat sangat (suami terhadap isteri dan lain-lain).
mesolitica/peribahasa-instructionsBagai nikah tak suka.
Berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya.
mesolitica/peribahasa-instructionsIni 80 ungkapan pertama jenis ini. Ada 57 lagi menanti, jumpa lewat Cari.