Khazanah Pepatah · Jenis
Peribahasa
Ungkapan umum yang mengandungi erti tersirat.
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.
Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda beras taruh dalam padi, ada ingat taruh dalam hati.
Kalau ada sesuatu cita-cita yang diinginkan tidak perlulah dikhabarkan kepada orang sebelum dikerjakan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda rotan, ada duri.
Tentu adanya kesusahan semasa dalam kesenangan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar tak akan berbau.
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda padang, ada belalangnya.
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda ubi ada batas, ada budi ada balas.
Kebaikan yang dilaku akan dibalas dengan kebaikan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdakah daripada telaga yang jernih itu mengalir air yang keruh?
Tidak mungkin orang yang bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yang keji-keji.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdapun manikam itu jika dijatuhkan ke dalam limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya.
Orang yang berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat diisi, lembaga dituang.
Dilakukan menurut aturan yang biasa.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat dipakai baru, kain dipakai usang.
Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu.
Berbuat baik mendapat balasan yang baik dan berbuat jahat mendapat balasan buruk; manusia harus tolong-menolong antara satu sama lain dalam kehidupan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda wang abang saya, tak ada wang abang payah.
Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat gajah terdorong.
Orang yang berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAda wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.
Kasih sayang hanya kerana mementingkan harta benda.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat juara kalah menang.
Dalam setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi).
mesolitica/peribahasa-instructionsAda ubi ada talas, ada budi ada balas.
Barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung.
Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat bersendi syarak, syarak bersendi adat.
Segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah.
Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat bertentu, bilang beratur.
Segala pekerjaan harus dijalankan dengan menurut peraturan yang ditetapkan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.
Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat diisi janji dilabuh.
Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah dibiasakan (diadatkan).
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat lama pusaka usang.
Adat yang tidak berubah-ubah sejak dahulu.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat lurah timbunan sarap.
Orang yang berpangkat dan berpengaruh selalu menjadi tempat tumpuan orang mengadu hal.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat memakai, syarak mengata.
Adat yang tidak sesuai dengan hukum tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat muda menanggung rindu.
Manusia hidup harus menghadapi pelbagai cabaran.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar.
Daya usaha yang besar kalau tidak berjaya, bukanlah suatu perkara yang memalukan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.
Tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat teluk timbunan kapal.
Orang yang berpangkat atau berpengaruh sering menjadi tempat sasaran orang membuat aduannya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat teluk timbunan kapar.
Biasanya orang berpangkat (berkuasa dan lain-lain) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat tua menahan ragam.
Orang-orang tua terpaksalah menahan rasa tidak puas hati terhadap perbuatan anak cucunya yang tidak mematuhi kebenaran.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat yang kawi, syarak yang lazim.
Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat yang menurun, syarak yang mendaki.
Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat pasang berturun naik.
Keadaan (kekayaan, pangkat, dan lain-lain) itu tiada tetap.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.
Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat periuk berkerak, adat lesung berdedak.
Sekiranya mahu hidup senang, perlu sanggup susah.
mesolitica/peribahasa-instructionsAdat pulau limburan pasang.
Kehidupan manusia hendaklah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.
mesolitica/peribahasa-instructionsAgung susut, pongah masih.
Orang berbangsa yang telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir beriak tanda tak dalam.
1. Banyak bercakap tanda tidak berilmu2. Orang yang sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya).
mesolitica/peribahasa-instructionsAir dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan, gula tertumpah pada kanji.
Perusahaan mendapat hasil yang baik.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir gedang menghanyutkan.
Seseorang pendiam itu merupakan orang yang berilmu dan sanggup menanggung tugas yang penting.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam.
Dikatakan bkn orang yang dalam kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir jernih, ikannya jinak.
Negeri yang maju dan aman, rakyatnya berbudi bahasa.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir keruh, limbat keluar.
Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.
Hendaklah mematuhi undang-undang negeri yang kita mendiami.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir tenang menghanyutkan.
Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar.
mesolitica/peribahasa-instructionsAir surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut.
Apabila dalam kesusahan diajak bersama, apabila kekayaan menghalaukannya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAkan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang, berlebih.
Ilmu pengetahuan yang serba tanggung.
mesolitica/peribahasa-instructionsAkan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung.
Tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang).
mesolitica/peribahasa-instructionsAkan mengaji suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati.
Keadaan sulit yang tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca untuk menyelesaikannya tidak ada lagi.
mesolitica/peribahasa-instructionsAkan pembasuh kaki.
Hadiah kepada orang yang berjasa.
mesolitica/peribahasa-instructionsAlah bisa tegal kerana biasa.
Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa.
mesolitica/peribahasa-instructionsAlangkan baik berbini tua, perut kenyang pemanja datang.
Orang yang beristeri tua biasanya memperolehi kesenangan kerana disayangi oleh isterinya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAlim biasa menghukum syarak.
1. Hanya orang yang berilmu sahaja boleh membuat hukum syarak2. Orang yang berilmu tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.
mesolitica/peribahasa-instructionsAlangkan baik berbini tua, perut kenyang pengajaran datang.
Orang yang beristeri tua biasanya memperolehi kesenangan kerana disayangi oleh isterinya.
mesolitica/peribahasa-instructionsAlpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh.
Jika alpa atau sia-sia, kerugian dan bencana juga yang menimpa.
mesolitica/peribahasa-instructionsAlur bertempuh, jalan berturut.
Dilakukan menurut adat (kebiasaan yang lazim).
mesolitica/peribahasa-instructionsAnak anjing takkan menjadi anak musang jebat.
Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik.
mesolitica/peribahasa-instructionsAnak kambing tak akan jadi anak harimau.
Orang yang pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai).
mesolitica/peribahasa-instructionsAnak di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui.
Menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAnak kucing menjadi harimau.
Perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai.
mesolitica/peribahasa-instructionsAnak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.
mesolitica/peribahasa-instructionsAnak kunci jahat, peti derhaka.
Kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak.
mesolitica/peribahasa-instructionsAnak sendiri disayangi, anak tiri dibengkengi.
Tidak adil (menguntungkan orang yang disayangi).
mesolitica/peribahasa-instructionsAnak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.
Bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yang diutamakan.
mesolitica/peribahasa-instructionsAngan-angan menerawang langit.
Mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi-tinggi.
mesolitica/peribahasa-instructionsAngan-angan mengikat tubuh.
Menyusahkan diri kerana cita-cita yang terlampau tinggi.
mesolitica/peribahasa-instructionsAnjing ditepuk menjungkit ekor.
Orang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong.
mesolitica/peribahasa-instructionsAngkuh terbawa, tampan tertinggal.
Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (ejekan kepada orang yang suka bersolek).
mesolitica/peribahasa-instructionsAngkuh terbawa, tampan tinggal.
Baik rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yang pesolek).
mesolitica/peribahasa-instructionsAntah berkumpul sama antah, beras bersama beras.
Terasing orang miskin (hina) daripada orang kaya (mulia).
mesolitica/peribahasa-instructionsAnjing menyalak bukit mahukah runtuh.
Bagaimanapun orang yang jahat mencela orang yang baik tidak akan ada akibatnya.
mesolitica/peribahasa-instructionsApa gunanya bulan terang dalam hutan, jikalau dalam negeri berapa baiknya.
Lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dalam majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya.
mesolitica/peribahasa-instructionsApa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.
Tidak berfaedah menunjukkan kelebihan sendiri kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (= a. meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. meragakan suara kepada si pekak).
mesolitica/peribahasa-instructionsApa gunanya merak mengigal di hutan.
Tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kepada orang bodoh.
mesolitica/peribahasa-instructionsApa tampangnya, itulah tumbuhnya.
Hasil sesuatu pekerjaan bergantung kepada usaha yang diberikan. tampang = benih.
mesolitica/peribahasa-instructionsApabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.
Perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yang berkuasa tuhan jua.
mesolitica/peribahasa-instructionsArak tidak berlari.
Perbuatan bersama-sama yang menggirangkan hati tidak perlu diburu-burukan.
mesolitica/peribahasa-instructionsApakah gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak dibakar.
Tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja dan tidak diajarkan kepada orang lain.
mesolitica/peribahasa-instructionsArang itu jikalau dibasuh dengan air mawar sekalipun tiada akan putih.
Orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya.
mesolitica/peribahasa-instructionsIni 80 ungkapan pertama jenis ini. Ada 226 lagi menanti, jumpa lewat Cari.