Pantun Adat & Bangsa: Kalau tuan pergi ke bangsal
Kalau tuan pergi ke bangsal,
Singgah kait buah ruminia;
Kalau dah ambil jangan menyesal,
Sesal kemudian tidak berguna!
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Kalau tuan pergi ke bangsal | a | 9 suku |
| Singgah kait buah ruminia | b | 10 suku |
| Kalau dah ambil jangan menyesal | a | 10 suku |
| Sesal kemudian tidak berguna! | b | 11 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun nasihat. Maksudnya, apabila sudah membuat pilihan janganlah menyesal kerana sesal kemudian tidak berguna. Ia mengingatkan supaya berfikir sebelum bertindak.
Oleh Sidang Pengarang