Pantun Pelbagai: Kapal beradu malam waktu
Kapal beradu malam waktu,
Cahaya pelita sinar di ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan kau buang.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Kapal bradu malam waktu,
Chaya plita sina d’ruang;
Kalu rindu sebot nama-ku,
Ayer mata jangan kaw buang.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Kapal beradu malam waktu | a | 9 suku |
| Cahaya pelita sinar di ruang | b | 11 suku |
| Kalau rindu sebut namaku | a | 9 suku |
| Air mata jangan kau buang | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.