Khazanah Pantun · Tema

Pantun Pelbagai

Pantun umum pelbagai tema.

Pelbagai

Berpangsa-pangsa durian di Daik,Ambil sepangsa mari santankan;Sudah terjumpa pangsa yang baik,Ribut taufan saya layarkan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Bubuk bertentang kuala Johor,Angin selatan belakang mati;Saya datang dari jahor,Tuan Sultan mulia diingati.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Buah rumania diharung kumbang,Sarat dimuat dua gandari;Barang siapa pandai menimbang,Mahulah saya perhambakan diri.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Korek kelapa ambil tempurung,Mana yang baik buatkan gayung;Jerat semata di hujung tanjung,Lalu cicak kena mengkarung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ikan todak dalam perahu,Anak syahbandar memangku puan;Tidur tak hendak makan tak mahu,Badan terserah padamu tuan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Perahu belayar dari seberang,Belayar mari pagi hari;Tuan bagai pelita terang,Tambah minyak apakan lagi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tetak nyirih galangkan dapur,Mari dititak dengan dahannya;Minta sirih barang sekapur,Mari minta dengan tuannya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Bugis duduk di pintu,Duduk bertenun sapu tangan;Orang berbudi jangan begitu,Campakkan batu semunyitkan tangan.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Kencang utara sebagai ribut,Habis perahu hanyut ke laut;Miskin kaya apa di sebut,Adat di dunia bagus diturut.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Masuk hutan dalam belukar,Hendak cari pucuk rotan;Sebab durian menjadi mangkar,Waktu luruh ditimpa kawan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Laksamana mudik ke bentan,Limau abung dari mekah;Saya laksana si kenantan,Letakkan sabung serukan tuah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ada satu anak seberang,Sapu tangan bungkus bertih;Jangan tak tahu burung helang,Dia cari makan menyusur pantai.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Air pasang di tepi pantai,Masuk ketam ke dalam lukah;Kalau bertentang sekalian sahabat handai,Soal gurindam mana yang suka.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Banyak rusa di hutan seberang,Ikut emaknya pandai berlari;Mahu tumpang tuah orang,Sebab tak cukup tuah sendiri.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kuih bolu berkuih kara,Encik Meriam lalu bertudung;Telebai dulu jangan ketara,Biar kemudian dengan terlindung.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Sultan Trengganu ke Singora,Mengambil hasil hantar ke Siam;Orang yang tahu bila ketara,Pandainya ada di dalam diam.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Buah kelubi asam paya,Kalau berbuah bertingkil-tingkil;Orang tak sudi apakan daya?Jangan dibuat muka gedubil.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari hulu ke Batu Berendam,Singgah ke sana menjual lopak;Pagi ku rindu malam ku dendam,Bercintakan anak tidak lupa.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Naik kapal pergi ke Medan,Lalu belayar tanah Semarang;Hilang akal hilang fikiran,Kalau belajar sebarang-barang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Jangan berpuak-puak padi,Ada biduk serempu pula;Janganlah adik berjauh-jauh hati,Asal hidup bertemu juga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Legam-legum bedil di pantai,Orang menembak pedenanya;Yang mana nak abang pakai?Orang rembang kesomanya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Layang-layaug terbang melayang,Dari tangan benang terlepas;Siapa kata ku tak sayang,Sebut nama menarik nafas.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Pisang kelat masak sebelah,Padi muda kulurut juga;Bulan gelap, jalannya lecah,Hati muda kuturut juga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Laksamana mengulung benang,Tanam ubi di tepi paya;Bagaimana saya tak kenang,Budinya banyak kepada saya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tang mana rumah encik sutan?Belah kiri kanan jalan;Matilah abang kubur galikan,Kalau di bumi berkesan jangan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Biji bacang sebiji bulat,Dikupas si jari manis;Ada abang berkirim surat,Belum dibaca sudah menangis.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ambung-ambung bantal disuji,Pakai orang dalam perahu;Jangan dilambung jangan dipuji,Orang yang banyak tentulah tahu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Makan nasi dengan cik dollah,Rambut sehelai dibelah-belah;Ajaib aku subhanullah,Tebuan meminang anak lebah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jika tuan pergi ke Jempol,Belikan saya tikar berbendul;Hati susah tulangku timbul,Apa kehendak sudah makbul.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Datuk penghulu buka kedai,Tempat sembahyang tepi kolam;Hujan di hulu hujan di hilir,Gunung yang tinggi hampir nak karam.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Penyengat di hujung dahan,Hinggap di kubu hari petang;Dalam ingat datang fikiran,Pelajaran guru deras mendatang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Bunga cina beragi kain,Wangi sungu minyak berbau;Sungu banyak berganti lain,Kalau tak tuan saya tak mau.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang hilir luar kuala,Dia mengail pagi hari;Pandai kita berapa ada,Takut yang lain terlebih lagi.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Tioman pulau yang cantik,Kera melompat di tepi kolam;Seekor kuman kena pelantik,Darah menimpa serata alam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berjalan tanah seberang,Tanjong Putri dipandang redup;Apa dosa kekanda seorang,Menanggung budi seumur hidup.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ikan pari kedua sembilang,Ketiga dengan beliak mata;Barang dicari sudah hilang,Nampak di mata dapat nyata.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Apa ditutup di dalam kuali,Arang bara dalam keranjang;Hidup kita cuma sekali,Orang muda harinya panjang.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Anak ikan dimakan ikan,Ikan todak di tanjung jati;Intan manikam bersambutan,Siapa tidak suka di hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Inche Mat turun berdayung,Karam sampan pantai che Salai;Tuan seorang mustika payung,Bagi intan baru dipilai.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Anak Melaka pandai berkata,Serta mengumpat pantat orang;Langkah sedepa dibuat sehasta,Asal salamat sampai seberang.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Banyak helang di Kuala Achay,Hendak menyambar ikan di pukat;Mengkin lama bertambah kasai,Kepada tuan hati terikat.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Suaraku dengar tengah jalan,Baca kitab berpuluh malam;Tutur sepatah karang adalan,Sebagai sembilu makan di dalam.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Dari Gresik menambang ke Surabaya,Tempat berlabuhnya kapal api;Sudah berjumpa dengan saya,Habis wang lupakan negeri.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Raja Inggeris keluar berperang,Cukup alat baris senapang;Sahaja ditulis dengan terang,Musuh bertentang di tanah lapang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Orang belayar lautan ambung,Patah tiang timpa kemudi;Putus benang boleh disambung,Patah arang sudah sekali.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Apa lagi kalau pengantin cantik,Kianh-sye pun terjongket kaki;Tambah jauh malam timbul getek,Pengantin pun buat-buat sakit gigi.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Radin ini bersalin nama,Nama digelar Malain Pati;Sakit rindu terlalu lama,Tidak tahan rasa di hati.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Cik Siti mengolam keladi,Sayur keladi dibuat rampai;Kalau kau tahu barang berkodi,Dalam sekodi bukannya sehelai.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Jantung ada berbuah tidak,Anak sepat meloncat tinggi;Untung ada, tuah tidak,Sebarang niat tiada jadi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Putik pauh tankainya lerai,Penyengat bersarang dibunggulnya;Adik jauh rasa bercerai,Semangat tinggal dalam sanggulnya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ayam denak dalam belukar,Tengah mematuk telur semut;Sudah jinak menjadi liar,Ada musuh dalam selimut.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak Cina tuang lilin,Lilin dituang hari raya;Sudah dagang lagi miskin,Budi apa kepada saya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Kuda saya kuda pelana,Dipacu ke air berlari deras;Pantun saya pantun makna,Kalau tak tahu jangan dibalas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Lepaskan kumbang nak terbang,Kumbang kudung bawa tali;Lepaskan abang nak pulang,Ada untung balik ke mari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ke sawah orang berlapan,Jumpa kabung mayang di tengah;Banyak buah sudah dimakan,Mabuk jagung belum pernah.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang Acheh pulang ke kubu,Bunyi loceng pukul lapan;Jikalau dapat kasih setuju,Bagai paku lekat di papan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ruak-ruak kena pelantik,Kena pelantek burung lang;Orang tua hendak bercantik,Rambut putih sapu arang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang Linggi pergi berbelat,Belat mari di hujung tanjung;Pohon tinggi daunnya lebat,Tempat unggas tumpang berlindung.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kalau tuan membeli limau,Mari taruh dalam gedung;Tuan memakai kulit harimau,Bagi terkejut kambing di kampung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ibu ayam duduk mengeram,Pecah menetas di bawah dapur;Melindungi diri bergeram-geram,Sampai sakit tulang di dubur.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Anak beruk di Majapahit,Bawa seekor dari seberang;Sungguh buruk feel mahu baik,Baru boleh dikenang orang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Dari Pringat ke Bukit Bharu,Padi dibawa bercicir-ciciran;Saya tak fikir betul selalu,Takut boleh salah fikiran.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak ikan dipanggang sahaja,Hendak dipindang tidak berkunyit;Anak orang dipandang sahaja,Hendak dipinang tidak berduit.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cincin emas cincin suasa,Mahu dibungkus dengan kapas;Jikalau lemas orang biasa,Dia tahu di mana lepaskan nafas.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Inche Rasib dari sourabaya,Ke seberang mencari kepah;Sudah nasib apa kan daya,Beras segantang tinggal secupah.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Keras benar ribut siang,Saf ada kayu di rimba;Keras benar ugut abang,Hanyutlah bantal di air mata.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Langundi pahit di tepi pagar,Rambutan di tepi perigi;Anak baik tak payah diajar,Duri di hutan tajam sendiri.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Anak kucing dari Jawa,Selasih di gunung Raja Burma;Ariak Engsoon timbangan nyawa,Kasih sayang sudah lama.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Helang terbang ke kebun cina,Membuang penat di atas charang;Pandai tuan ke mana mana,Ketika sesat akal pun kurang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pengayran ratu di jambi,Kain kasa di tepi misget;Hairan sekali di hati kami,Hari tengah hari bintang terbit.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Lebai pakai topi ketayap,Harap difikir orang percaya;Ingatan tak tetap akalnya periap,Seribu didua menjadi sia-sia.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Punggur berdaun di atas kota,Jarak sejengkal dua jari;Musang rabun, lang buta,Baharu ayam bersuka hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Melur wangi di atas peti,Cempa berdahan dijulai tinggi;Ku tarik nyanyi hibur kan hati,Itu pun tiada tertahan lagi.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Pulau tapai berjajar empat,Haluan orang pulang ke jawa;Putih kuning bagai disifat,Itulah tempat membuang nyawa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tebang jati kebun cik tipa,Singgah berlabuh teluk saga;Daripada hati ku cinta,Tentang di mata sebagai syurga.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Malam duduk di atas batu,Tukar tukar di tanjung jati;Dikalau emas sepuluh mutu,Baru ku suka di dalam hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tujuh hari dalam hutan,Air tak minum nasi tak makan;Sehari tidak memandang tuan,Rasanya susut tubuh di badan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak itik bersangkar lalang,Turun memetik buah delima;Sudah nasib, badanku malang,Sudah berputik balik berbunga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pelset coraknya biru,Nampak di api berkelam kelam;Sakit sengsara terlalu rindu,Bagai hendak mati sehari semalam.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Ijuk-ijuk tali perahu,Tali bemban mengikat rakit;Besok-besok baharu tahu,Menaruh dendam jadi penyakit.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)

Ini 80 rangkap pertama bertema ini. Ada 2012 lagi menanti, jumpa lewat Cari.

Pepatah bertema ini

Khazanah Pepatah →