Khazanah Pantun · Tema
Pantun Kahwin & Merisik
Pantun peminangan, majlis dan rumah tangga.
Bunga melur baharu digubah,Sunting berdikir naik ke balai;Jodoh pertemuan bukannya mudah,Di dalam fikir tidak bercerai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Naik ke bukit membeli lada,Lada sebiji dibelah tujuh;Apa sakit berbini janda?Anak tiri boleh disuruh.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Laksamana berempat di atas pentas,Cukup berlima dengan gurunya;Bagailah dawat dengan kertas,Sudah berjumpa dengan jodohnya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ramai berkahwin raja kelang,Pakai dokoh dengan gelang;Budi baik mana nak hilang,Mesera sampai ke dalam tulang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Nyiur tinggi di tepi perahu,Di goncang ambil buahnya;Tuan bersuami kami tak mahu,Jikalau bujang apa salahnya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rumah siapa berbelah bumbung?Rumah saya berisi padi;Tunang siapa lalu bertudung?Tunang saya nikah tak jadi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bulan terang taram-temaram,Hantu berjalan laki-bini;Janganlah saya diaram-aram,Saya dagang tercampak di sini.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Padi dijemur di kebun hulu,Buat pancang kayu bergalah;Tuan beristeri saya tak mahu,Kalau bujang apa kan salah?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berbuah durian daun,Berbuah di hulu sungai;Hendak nikah kepala tahun,Nantikan apa lepas menuai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari teluk ke pantai lima,Orang berjalan laki-bini;Cium peluk saya terima,Jalan jahat jangan sekali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Petang-petang ribut berdengung,Sayang selasih di pucuk nipah;Petang-petang duduk melengung,Dengar kekasih hendak nikah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ramai berkahwin raja di riau,Bersanding di atas singgahsana;Saya umpama air yang payau,Musim kemarau baharu berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pepatah bertema ini
Khazanah Pepatah →- Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali.
- Enau mencari sigai.
- Ibarat dawat dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.
- Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.
- Beban sudah di pintu.
- Lapuk oleh kain sehelai.
- Lepas bantal berganti tikar.
- Bagai pinang dibelah dua.
- Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.
- Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.
- Ulam mencari sambal.
- Dikembar seperti benang.
- Gundahkan buah dimakan burung.
- Ditambat tidak bertali.
- Ayam ditambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang.
- Emas kahwin.