Pantun Kahwin & Merisik: Nyiur tinggi di tepi perahu
Nyiur tinggi di tepi perahu,
Di goncang ambil buahnya;
Tuan bersuami kami tak mahu,
Jikalau bujang apa salahnya?
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Nyiur tinggi di tepi perahu | a | 10 suku |
| Di goncang ambil buahnya | b | 8 suku |
| Tuan bersuami kami tak mahu | a | 11 suku |
| Jikalau bujang apa salahnya? | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun kasih. Maksudnya, si pengucap tidak mahu mengganggu yang sudah bersuami, tetapi jika masih bujang apa salahnya berkasih. Ia menjaga batas sambil menyatakan minat.
Oleh Sidang Pengarang