Khazanah Pantun · Tema
Pantun Pembuka Majlis
Pantun memulakan ucapan, memberi salam dan membuka bicara.
Tingkap papan kayu bersegi,sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi,tinggi bangsa kerana bahasa.
Wikisource (CC BY-SA)Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tepi kara;Yang jauh datang bertamu,Yang dekat datang berziarah.
Pantun Melayu tradisionalTinggi-tinggi si matahari,Anak kerbau mati tertambat;Sudah lama saya mencari,Baru sekarang kita mendapat.
Pantun Melayu tradisionalBerakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.
Pantun Melayu tradisionalBerburu ke padang datar,Dapatkan rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.
Pantun Melayu tradisional