Khazanah Pantun · Tema
Pantun Perpaduan
Muafakat, kerjasama dan semangat bersama.
Kalau tuan mudik ke jambi,Ambilkan saya buah delima;Kalau tuan kasihkan kami,Bawalah saya pergi bersama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Di atas kota pokok jati,Sayang jati tiada berbunga;Tuan seorang mahkota hati,Hidup mati kita bersama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tatang puan, tatang cerana,Datang biduk seri rama;Datang tuan datanglah nyawa,Mari duduk bersama-sama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tiup api embun berbalik,Akan pembakar pisang udang;Bantulah adik tolonglah adik,Untuk menarik larangan orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jikalau pasang air di laut,Mahukah tuan bersama mandi?Jikalau datang ajal dan maut,Mahukah tuan bersama mati?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lebat-lebat bunga delima,Sunting raja naik ke legur;Hendak ditimbang biar bersama,Sudah salah sangkut bertabur.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kapal perang angkat teringkit,Singgah berlabuh kuala berma;Tuan lang, saya pipit,Adakah boleh terbang bersama?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ada jarum patah,Jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.
Pantun Melayu tradisionalPepatah bertema ini
Khazanah Pepatah →- Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.
- Bersatu hati.
- Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.
- Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
- Bagai geluk tinggal di air.
- Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu.
- Cepat kaki, ringan tangan.
- Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.
- Bagai asal ditugal,adalah benih.
- Bagai air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut.
- Bagai lepat dengan daun.
- Adat pulau limburan pasang.
- Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok.
- Hendaklah seperti tembikar, pecah semua.
- Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
- Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut.