Khazanah Pantun · Tema
Pantun Motivasi
Semangat, usaha dan ketabahan.
Kumbang terbang keliling kota,Makan ruam sepohon habis;Adinda jangan bimbang tak suka,Ambil keris tikam sekali.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Buat bangsal di tengah hutan,Laksamana perigi membelah;Biarlah sabar dengan perlahan,Tak kan gunung nak rebah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah jeling jangan dijiluat,Hati marah sabar dahulu;Mata juling serong melihat,Jauh bertentang tidak tahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ayam turun sepuluh,Mati satu tinggal sembilan;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Satu jangan ketinggalan.
Pantun Melayu tradisionalKijang mengantuk di rumpun buluh,Makan kodok di dalam padi;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Kerana hidup tunangnya mati.
Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)Berakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.
Pantun Melayu tradisionalPepatah bertema ini
Khazanah Pepatah →- Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya.
- Hitam tahan tempa, putih tahan sesah.
- Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.
- Sauk air mandikan diri.
- Biar badan penat asalkan hati suka.
- Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung.
- Cari ikhtiar.
- Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah.
- Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
- Hari tidak selamanya panas.
- Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan.
- Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus.
- Awak tikus hendak menampar kepala kucing.
- Cepat kaki, ringan tangan.
- Kaki naik, kepala turun.
- Pipit pekak makan berhujan.