Khazanah Pantun · Tema
Pantun Sindiran
Kiasan tajam dan teguran berlapik.
Ada suatu panglima gading,Masuk ke hulu hendak menjaga;Cacing bertapa lautan kering,Bilakah boleh menjadi naga?
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Riuh-rendah potong kerbau,Kasi makan orang yang ramai;Orang diam kusangka bodoh,Ombaknya besar menutup sungai.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Hendak makan tidak berikan,Helang bersarang di pohon uni;Sanak bukan, saudara bukan,Mengapa gerangan datang ke sini?
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Candu dibungkus kain palas,Makan dia mata bilas;Mandi segan kerja malas,Harta orang hendak digalas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bukannya bagai perawan dahulu,Banyak menaruh sopan dan malu,Sekarang ini bedah terlalu,Barang bicara sekeliannya tahu.
Wikisource (CC BY-SA)Sungguhpun bijak orang sekarang,Ilmunya banyak fahamnya kurang,Bintang di langit dapat dibilang,Tidak sedar mukanya harang.
Wikisource (CC BY-SA)Kecuali anak-anak sekarang ini,Laki-laki dan perempuan sama berani,Sama bermain ke sana sini,Sebagai orang laki bini.
Wikisource (CC BY-SA)Dari sana pergi ke sini,Masuk ke dalam turun kain;Bacang jangan disangka kuini,Kulitnya sama, rasanya lain.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kuntul terbang ke udara,Ikan selangat dihempaskan,Jangan digenggam bara,Rasa hangat dilepaskan.
Wikisource (CC BY-SA)Cik embong orang melaka,Tanam peria tepi pantai;Jangan sombong tuan berkata,Adakah buaya menolak bangkai?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mati di lilit ribu-ribu,Laksamana tukang tutuhnya;Carilah akal dengannya tipu,Bagaimana akan membunuhnya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah gaharu,cendana pula;Sudah tahu,bertanya pula.
Wikisource (CC BY-SA)Manis sungguh tebu seberang,Dari akar sampai ke pucuk;Manis sungguh mulut orang,Kena tipu dalam pujuk.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pinggan tak retak,nasi tak dingin;Engkau tak hendak,aku tak ingin.
Wikisource (CC BY-SA)Yu putih si lumba-lumba,Lalu berenang ke Tanjung Jati;Anak sungai kalau kutuba,Lotong siamang jatuh mati.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Mengata dulang,paku terserepih;Mengata orang,kamu yang lebih.
Wikisource (CC BY-SA)Encik ambong orang melaka,Membentuk kail di atas takar;Sombong sahaja tuan berkata,Di mana kan air boleh dibakar?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah langsat kuning mencelah,senduduk tidak berbunga lagi;Sudah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.
Wikisource (CC BY-SA)Dari mana tanam lenggundi?Lenggundi tanam di pintu raja;Cuma sahaya menabur budi,Budi ditabur terbuang sahaja.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Apa melintang rumah Che Judi,Tampak dari pangkalan raja?Puas sudah menghambur budi,Sahaya miskin, dibuang sahaja.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Limau manis di kebun raja,Hilang dibungkus punca kain;Mulut manis di depan sahaja,Hati sudah kepada lain.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ditebar dapat alu-alu;Disambar unggas si raja helang;Hampir ke mari tidakkah malu?Baiklah segera kembali pulang.
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Pagar sahaya pagar keliling,Pokok kara-kara tiada mulia;Cacing bertapa lautan kering,Bilakah boleh menjadi naga?
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ada suatu anak kelasi,Baharu sekarang menjadi juragan;Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Pergi ke pantai menjala ikan,Ditebar dapat alu-alu;Sanak bukan, saudara bukan,Hampir ke mari tidakkah malu?
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Yang mana serang mana kelasi?Mana satu jadi juragan?Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Puas sudah kutanam padi,nenas juga dimakan orang;Puas sudah kutanam budi,emas juga dipandang orang.
Wikisource (CC BY-SA)Ada gula, adanya semut,Bagai kucing mamah tulang;Orang kaya apa disebut?Kita miskin berbanting tulang.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Pokok pompong atas kota,Tempat bermain encik siti;Alangkah bohong tuan bekata!Belah dada bukankah mati?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Limau manis di tepi perigi,Lebat buah di hujung dahan;Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Di mana banyak anak teruna,Anak perawan pun ada di sana,Kelakuannya itu berbagai warna,Kesudahannya itu berbuat zina.
Wikisource (CC BY-SA)Pucuk melampai hala ke belukar,Mati di lilit ribu-ribu;Bunga di lengkung ular yang besar,Carilah akal dengannya tipu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah masak langsat di lorong,Masak setengah tiga tangkai;Jangan pembongkak, jangan pembohong,Mana nak cari emping bertangkai?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pepatah bertema ini
Khazanah Pepatah →- Kerbau diberi berpelana, kuda diberi berpasangan.
- Yang tegak disokong, yang rebah ditindih.
- Di luar bagai madu, di dalam bagai hempedu.
- Berbudi bagai pisang lebat.
- Sudah ludah lalu dijilat.
- Belum kemarau panjang, buah sengkuang sebesar betis.
- Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.
- Belalang hendak menjadi elang.
- Bagai kerbau runcing tanduk.
- Sibukkan rumput di halaman orang, halaman sendiri rumput sampai ke kaki tangga.
- Kerosok ular di rumpun bambu.
- Makan masak mentah.
- Mana kerbau yang bencikan kubangnya?
- Hati bagai baling-baling.
- Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang.
- Bagai si buta pergi bergajah.