Khazanah Pantun · Tema
Pantun Agama
Peringatan iman, ibadah dan akhirat.
Pulau sembilan tinggal delapan,Satu merajuk ke kuala kedah;Sudah nasib permintaan badan,Kita di bawah kehendak allah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hilir dari sungai sagu,Singgah menjala di bulan terang;Bagaimana jung nak lalu,Kalau sudah dilengkung karang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Meranti tampak berbayang-bayang,Tampak di parit kota lama;Buah hati tinggallah sayang,Abang pergi tidak lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hiris dahan tepi surau,Tempat sembahyang datuk penghulu;Tujuh musim timpa kemarau,Baik ditolong hujan di hulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah rumenia dari petani,Mari dipilih masak muda;Bagaimana dunia tak sunyi?Kutu beperang dengan tuma.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gunung pantai tinggi merawan,Nampak dari johor lama;Buah hati tinggallah tuan,Abang pergi tidaklah lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa putih di tambak itu?Raja sulaiman turun berkuda;Apa putih di sanggul itu?Bunga melur, cempaka muda.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung putih terbang ke jati,Gula putih dimakan semut;Biji mata, si jantung hati,Syurga di mana kita menurut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rumah kecil tiang seribu,Rumah gedang terpanggung;Dari kecil timangan ibu,Sudah besar timangan untung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Simpai rotan dari Melaka,Buat pemikul rusa berjalan;Jikalau sampai niatnya kita,Bayar kaul puasa sebulan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Selasih di tengah padang,Datang gajah dililainya;Sedang kasih tengah sayang,Datang Allah diceraikannya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Di mana dengar gesek biola?Balik pokok asam kumbang;Bagaimana hati tak gila?Bunga layu balik kembang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bakar damar di Tanjung Palas,Belah jua akan suginya;Saya benar serta ikhlas,Allah jua akan saksinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mati di lilit ribu-ribu,Laksamana tukang tutuhnya;Carilah akal dengannya tipu,Bagaimana akan membunuhnya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak di mandi baharu ditimang,Habis timang bawa pulang;Jangan jadi si umang-umang,Menumpang sahaja kulit orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah hilang panas di padang,Tinggallah sahaja panas di rimba;Sudahlah hilang hati nan sayang,Tinggallah sahaja hati nan hiba.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ya ilahi tuhanku rabbi,Kayu yang rendah menjadi tinggi;Selama kucing tiada bergigi,Tikus tiada sopan lagi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Laksamana tukang tutuhnya,Sandar-menyandar di batang pinang;Bagaimana akan membunuhnya?Tembak dengan peluru pertunang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak raja mendaki bukit,Patah galah dalam perahu;Pegang tangan jeling sedikit,Hati di dalam allah yang tahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ruan lima-lima,Mati seekor di atas darat;Kasih tuan saya terima,Jadi hutang dunia akhirat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau naik pinang masak,Ke luar tampuk tinggal mayang;Ditimang-timang diletak-letak,Jiwa semangat kasih sayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung pipit terbang ke bukit,Tempat orang menanam pala;Pipi tersenyum kening diangkit,Bagaimana saya tak gila?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lagi dibelah lagi diungkai,Kononlah pula torak bertorang;Di tangan allah lagi diungkai,Kononlah pula di tangan orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Perempuan sembahyang pakai telekung,Sembahyang dengan dua beradik;Kasih sebagai hujan bertakung,Akhir jadi jentik-jentik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang cina berjual kayu,Orang keling berjual kain;Bagaimana bunga tak layu?Embun menitik ke tempat lain.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ya-illahi tuhanku rabbi,Lepaskan kuda dari tambangan;Jika tuan hati berani,Jangan diadu berpandangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Daun terap di tengah padang,Datanglah gajah dililainya;Tengah sedap mata memandang,Datang allah diceraikannya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Letuk-letak paruh enggang,Jatuh bertilam kulit pari;Duduk tegak tuan sembahyang,Antara sujud cintalah kami.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik sukadana,Makan berulam pucuk kumpai;Tidur berulit dengan rebana,Tarikkan nyanyi, timang buai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Raja rum sembahyang subuh,Terendam pucuk gelegata;Tersentuh kulit, cium tubuh,Di dalam batin terlindung jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Belah-belum bunyi malam,Bunyi di atas bumbung penghulu;Allah belum menjadikan alam,Saya sudah berjanji dahulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bagaimana tidak ditebang?Pucuknya pauh selasih jambi;Bagaimana tidak dikinang?Dagang jauh kasihkan kami.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tanam nyiur di tepi pantai,Terong perat di lorong jalan;Di dunia niat tak sampai,Di akhirat bertanggungan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masuk ke rimba hutan duri,Jumpa harimau duduk mengeram;Apa dosa hamba ini,Dikelar badan dibubuh garam?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Serawak sungainya sempit,Buah rengas limbang-limbangan;Hendak dibawa perahuku sempit,Tinggal emas tinggallah junjungan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Si patung menyisir rimba,Mati di palu rotan bulat;Elok pasungkan hati nan gila,Antara iman belum mudharat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gunung pantai tinggi merawan,Nampak dari padang temu;Buah hati tinggallah tuan,Ada hayat kita bertemu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berdentung guruh di papan,Kilatnya sampai ke selayang;Tujuh syurga di dalam badan,Itulah maana kasih sayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Batu kawi buat pengasah,Buat asah parang candung;Buatan salah duduk menggelisah,Dosa tak boleh dapat ditanggung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mesjid di lubuk lawang,Ukiran papan si malim muda;Palang payah mencari sayang,Rasa gugur iman di dada.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan tebu di luar serambi,Anak tekukur atas bumbungan;Sehari bertemu, sehari mati,Seribu syukur atas junjungan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ikan raya di bahar allah,Berenang menuju di tengah arung;Sia-sia tuan berlelah,Jaring direntang di hadap burung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selingga kedua lingga;Tiga dengan kuku balam;Hati tidak dua tiga,Bagaimana di luar begitu di dalam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bagaimana menangkap landak?Di asap pintunya dengan api;Bagaimana mula berkendak?Dari mata turun ke hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terang bulan di pulau upih,Tetak kayu timbun-timbunkan;Bunga ini kiriman cik putih,Jikalau layu tolong embunkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kemuning daunnya lampai,Tumbuh di jirat paduka tuan;Di atas dunia kaul tak sampai,Di dalam syurga bernantian..
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Indiragiri pasir yang lumat,Kerang bercampur dengan lokan;Bagaimana nabi kasihkan umat,Begitu saya kasihkan tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah pauh buah bacang,Bunga pinang di dalam puan;Angkat sauh, lipatlah kajang,Pulau pinang tinggallah tuan,
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ambil pena tuliskan surat,Mari ditulis di atas batu;Dari dunia sampai akhirat,Badan dua menjadi satu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan mudik ke hulu,Carikan saya bunga kemboja;Kalau tuan mati dahulu,Nantikan saya di pintu syurga.
Pantun Melayu tradisionalTiga puluh genap bilangan,Buah masak di atas meja;Sudah terlepas dari timbangan,Sekalian umat masuk syurga.
Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)Asam kandis asam gelugur,Ketiga asam si riang-riang;Menangis mayat di pintu kubur,Teringat badan tidak sembahyang.
Pantun Melayu tradisionalPepatah bertema ini
Khazanah Pepatah →- Bagaimana hari tak hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.
- Mana tali berpunca tak berhujung?
- Makan masak mentah.
- Laksana pohon kayu tiada berbuah.
- Dibuat kerana allah menjadi murka allah.
- Enggang apa kepada enggang, orang apa kepada orang.
- Kain kasah di atas duri.
- Jatuh iman.
- Gaya sahaja, rasanya wallah.
- Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut jua.
- Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya.
- Hamba Allah.
- Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar.
- Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan.
- Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih.
- Diberi bahu, hendak kepala.