Pantun Pelbagai: Minum sarbat terasa embun
Minum sarbat terasa embun,
Dibawa budak ke hulu tebat;
Kalau bersahabat gembala kebun,
Apa dihendak tentu dapat.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming, Nor Azatul Asya Nura & Jamaliah Isnin (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Minom sarbat terasa embon,
Di-bawak budak ka-ulu tebat;
Kalu bersobat gembala kebon,
Apa di-hendak tentu mendapat.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Minum sarbat terasa embun | a | 9 suku |
| Dibawa budak ke hulu tebat | b | 10 suku |
| Kalau bersahabat gembala kebun | a | 11 suku |
| Apa dihendak tentu dapat | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.