Pantun Pelbagai: Orang mengail di hujung tanjung
Orang mengail di hujung tanjung,
Dapat seekor ikan gelama;
Perkataan baik jangan dijunjung,
Sungguh beratur bilakan sama.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Orang mengail di ujong tanjong,
Dapat sekor ikan gulama;
Perkata-an baik jangan di junjong,
Sunggu berator bila kan sama.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Orang mengail di hujung tanjung | a | 10 suku |
| Dapat seekor ikan gelama | b | 10 suku |
| Perkataan baik jangan dijunjung | a | 11 suku |
| Sungguh beratur bilakan sama | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.