Pantun Pelbagai: Tetak langundi tetaklah palas
Tetak langundi tetaklah palas,
Bawa orang pergi belayar;
Adat budi mahu dibalas,
Bagai hutang sudah dibayar.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Tetak langudi tetak-la palas,
Bawak orang pergi belayar;
Hadat budi mau di balas,
Sabagi hutang sudah di bayar.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Tetak langundi tetaklah palas | a | 10 suku |
| Bawa orang pergi belayar | b | 9 suku |
| Adat budi mahu dibalas | a | 9 suku |
| Bagai hutang sudah dibayar | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.