Pantun Pelbagai: Beringin di tepi pulau
Beringin di tepi pulau,
Tambatan ayam tedung jalak;
Hati ingin memandang pulau,
Perahu ada, kemudi tidak.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Beringin di tepi pulau | a | 8 suku |
| Tambatan ayam tedung jalak | b | 9 suku |
| Hati ingin memandang pulau | a | 9 suku |
| Perahu ada, kemudi tidak | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun kasih. Dua baris akhir menggambarkan hati yang ingin sekali memandang pulau, iaitu seseorang yang dirindui, tetapi keinginan itu terbentur oleh halangan. Perahu ada tetapi kemudi tiada bermaksud segala kemahuan dan jalan sudah terbuka, namun alat untuk sampai ke tujuan masih kurang. Pantun ini menyatakan rasa rindu yang tertahan kerana kekurangan daya atau keizinan untuk meneruskan hasrat.
Oleh Sidang Pengarang