Pantun Pelbagai: Cakapan pelat orang petani
Cakapan pelat orang petani,
Mari ke tanjung hendak membeli;
Bodoh kurang faham erti,
Kambeli dikata permaidani.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Cakapan pelat orang petani | a | 10 suku |
| Mari ke tanjung hendak membeli | a | 10 suku |
| Bodoh kurang faham erti | a | 8 suku |
| Kambeli dikata permaidani | a | 11 suku |
Pola rhyme: a-a-a-a. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun jenaka. Dua baris akhir mengusik orang yang bodoh dan kurang faham erti sesuatu, sehingga kain kambeli yang kasar pun disangkanya permaidani yang halus dan mahal. Kesilapan menilai itu menjadi bahan ketawa kerana menunjukkan kejahilan yang tidak disedari. Pantun ini menggambarkan dengan jenaka betapa pentingnya ilmu dan pengetahuan supaya tidak tersilap menilai sesuatu.
Oleh Sidang Pengarang