Pantun Pelbagai: Damar batu damar kelulut
Damar batu damar kelulut,
Belah kundur tengok bijinya;
Tanda percaya kata mulut,
Belah perut tengok hatinya.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Damar batu damar kelulut | a | 9 suku |
| Belah kundur tengok bijinya | b | 9 suku |
| Tanda percaya kata mulut | a | 9 suku |
| Belah perut tengok hatinya | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun kasih. Dua baris akhir menyatakan bahawa sebagai tanda percaya kepada kata-kata di mulut, sanggup dibelah perut untuk memperlihatkan hatinya. Seperti kundur yang dibelah untuk melihat bijinya dalam pembayang, ungkapan ini menuntut bukti yang nyata bagi kejujuran, melambangkan kesungguhan hati supaya kata-kata kasih itu dipercayai sepenuhnya.
Oleh Sidang Pengarang