Pantun Pelbagai: Jangan harap kepada padi
Jangan harap kepada padi,
Mari ditanam di dalam gembia;
Jangan harap kepada mimpi,
Hari siang manalah dia?
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Jangan harap kepada padi | a | 9 suku |
| Mari ditanam di dalam gembia | b | 11 suku |
| Jangan harap kepada mimpi | a | 9 suku |
| Hari siang manalah dia? | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun nasihat. Dua baris akhir menasihatkan agar jangan terlalu berharap kepada mimpi, kerana apabila siang menjelang mimpi itu hilang entah ke mana. Mimpi di sini menjadi kiasan kepada angan-angan kosong yang tidak berpijak pada kenyataan. Pantun ini mengajar kita supaya berpijak pada kenyataan dan tidak terlena dengan khayalan yang tidak menentu.
Oleh Sidang Pengarang