Pantun Pelbagai: Nyiur gading di kebun Cina
Nyiur gading di kebun Cina,
Anak Burma dibawa seberang;
Sungguh dibanding bersama-sama,
Nama yang baik masuk terbilang.
Didokumentasikan oleh Ding Choo Ming & Nor Azatul Asya Nura (Pusat Pengajian Tionghoa Malaysia)
Ejaan asal Peranakan Baba
Rangkap di atas dipersembah dalam ejaan moden untuk mudah dibaca; teks asal Baba dikekalkan di bawah sebagai rujukan.
Niyor gading di kebun China,
Anak Burma di bawak sebrang;
Sunggu di banding bersama-sama,
Nama yang baik masok terbilang.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Nyiur gading di kebun Cina | a | 9 suku |
| Anak Burma dibawa seberang | b | 10 suku |
| Sungguh dibanding bersama-sama | a | 10 suku |
| Nama yang baik masuk terbilang | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Entri ini belum mempunyai huraian. Bantu kami menjaganya dengan menambah maksudnya.