Pantun Ilmu & Belajar: Pandai pelihara anak itik
Pandai pelihara anak itik,
Gelisik bulu jantan betina;
Emas kertas jangan dititik,
Kalau penyek tiada berguna.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Pandai pelihara anak itik | a | 10 suku |
| Gelisik bulu jantan betina | b | 10 suku |
| Emas kertas jangan dititik | a | 9 suku |
| Kalau penyek tiada berguna | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun nasihat. Maksudnya, kertas emas jangan diketuk kerana jika kemek ia tidak berguna lagi. Ia mengiaskan supaya berhati-hati menjaga sesuatu yang berharga dan halus.
Oleh Sidang Pengarang