Pantun Pelbagai: Selasih di teluk dalam
Selasih di teluk dalam,
Datang kapas lubuk tempurung;
Saya umpama si burung balam,
Mata lepas badan terkurung.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Selasih di teluk dalam | a | 8 suku |
| Datang kapas lubuk tempurung | b | 9 suku |
| Saya umpama si burung balam | a | 10 suku |
| Mata lepas badan terkurung | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun kasih. Dua baris akhir menyamakan diri penutur dengan burung balam yang matanya bebas memandang ke luar tetapi tubuhnya tetap terkurung dalam sangkar. Maksudnya, hatinya rindu dan inginkan kebebasan untuk merapati yang dikasihi, namun keadaan dirinya terikat sehingga hanya mampu memandang dari jauh tanpa daya berbuat apa-apa.
Oleh Sidang Pengarang