Koleksi · Peribahasa Perpaduan & Muafakat
Semua pantun
33 rangkap pantun dalam koleksi ini. Tapis di bawah, atau tekan Baca satu-satu untuk belek.
← Peribahasa Perpaduan & MuafakatKalau ada jarum patah,Jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.
Pantun Melayu tradisionalBuah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan;Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.
Pantun Melayu tradisionalJikalau pasang air di laut,Mahukah tuan bersama mandi?Jikalau datang ajal dan maut,Mahukah tuan bersama mati?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tiup api embun berbalik,Akan pembakar pisang udang;Bantulah adik tolonglah adik,Untuk menarik larangan orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tatang puan, tatang cerana,Datang biduk seri rama;Datang tuan datanglah nyawa,Mari duduk bersama-sama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Di atas kota pokok jati,Sayang jati tiada berbunga;Tuan seorang mahkota hati,Hidup mati kita bersama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Putik pauh selara pauh,Tarik sembilu saya asamkan;Adik jauh abangpun jauh,Kalau rindu tolong kirimkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terang bulan di pulau upih,Tetak kayu timbun-timbunkan;Bunga ini kiriman cik putih,Jikalau layu tolong embunkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa ditebang di tengah limbah?Tentulah kayu saya lintangkan;Bunga setangkai sudah tergubah,Jikalau sudi, tolonglah suntingkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan mudik ke jambi,Ambilkan saya buah delima;Kalau tuan kasihkan kami,Bawalah saya pergi bersama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kapal perang angkat teringkit,Singgah berlabuh kuala berma;Tuan lang, saya pipit,Adakah boleh terbang bersama?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hiris dahan tepi surau,Tempat sembahyang datuk penghulu;Tujuh musim timpa kemarau,Baik ditolong hujan di hulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lebat-lebat bunga delima,Sunting raja naik ke legur;Hendak ditimbang biar bersama,Sudah salah sangkut bertabur.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Andoman membongkar bukit,Mencari ubat seri rama;Kalau tidak kenang sedikit,Diturutkan mati bersama-sama.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Andoman monyet kesakti,Anak dari si raja rama;Manja dengan besar hati,Diturut badan mati bersama.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Baru datang dari Singora,Muat padi dalam perahu;Tentang di mata berpura pura,Cinta di hati bersama tahu.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Bukan bunga rendam di cangkir,Bunga kembang bersatu-satu;Di hati anak sedang tak fikir,Sikit tak timbang di gandung ibu.
Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)Bunyi locong pukul lapan,Hati di dalam harapan tuan;Sakit saya sekalian badan,Apa baik tolong ubatkan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ikan jumpul ikan sembilang,Naik ke darat berlima-lima;Tubuhnya asal ruas gemilang,Hendak saya mati bersama.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Lembu putih lembu di Jawa,Lembu persembah Raja Surati;Ariak engsoon timbangan nyawa,Hendak lah saya bersama mati.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Raden Inu bersalin nama,Digelar mari ratu di data;Jikalau sungguh mati bersama,Kasai di hati jangan cedera.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Sumpit mari si barau-barau,Masuk di hutan mudik ke hulu;Tuju musim timpa kemarau,Baik ditolong hujan di hulu.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Tanam padi di tepi paya,Beramai mari anak Melayu;Mati tuan matilah saya,Senjata di mana bersama lalu.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Terbang sekawan bersama-sama,Ruak-ruak terbang ke sana;Buah ranum tentu tak lama,Lambat lawan gugur ke tanah.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Tuang teh penuh secangkir,Sembah kan anak raja sultan;Bersama kasih jangan dimungkir,Jiwa tersera kepada tuan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tetak tengah kebun Encik Sulong,Tebas mari anak Melayu;Riuh rendah meminta tolong,Tengok unggas terbang lalu.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Orang berjalan di atas gunung,Mahu seberang mencari rakit;Jikalau belum Allah mahu tolong,Wang diletak jadi penyakit.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Jikalau tuan pergi ke kandang,Pucuk kacang tolong paiskan;Rindu siang bawa bertentang,Rindu malam saya tangiskan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Andoman membelah bukit,Cari ubat Seri Rama;Jikalau tidak kenang sedikit,Rasa nak mati bersama-sama.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Nyiur gading di kebun Cina,Anak Burma dibawa seberang;Sungguh dibanding bersama-sama,Nama yang baik masuk terbilang.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Masuk hutan mudik ke hulu,Mari sumpit burung princet;Baik ditolong kain baldu,Dapat menampal bocoran kocek.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Anak Melayu menjual duku,Jual mari di kampung Cina;Perkataan baik kalau berlaku,Dapat ditimbang bersama-sama.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Hari Jumaat pasang bendera,Bendera melayang di atas jendela;Kita berkasih bersama kira,Sejuk bagai air geliga.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)