Pantun Nasihat: Aceh berperang ke Bangkahulu
Aceh berperang ke Bangkahulu,
Seri Paduka panglimanya;
Diam tuan sabar dahulu,
Ada masa ketikanya.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Aceh berperang ke Bangkahulu | a | 10 suku |
| Seri Paduka panglimanya | b | 9 suku |
| Diam tuan sabar dahulu | a | 9 suku |
| Ada masa ketikanya | b | 8 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun nasihat. Dua baris akhir memujuk supaya bersabar dan menanti dahulu kerana setiap perkara ada masa dan ketikanya. Maksudnya jangan tergesa-gesa bertindak, kerana setiap hajat akan tercapai pada waktu yang sesuai jika ditunggu dengan sabar.
Oleh Sidang Pengarang