Sumber pantun
Overbeck, The Malay Pantun (1922)
65 rangkap pantun daripada sumber ini.
← Semua pantunAnak babi dari kuala,Mati seekor mabuk cendawan;Hati hancur bertambah gundah,Dalam berahi padamu tuan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Buah beludu buah keledang,Besar gereja di atas bukit;Lain dahulu, lain sekarang,Jauh beza, bukan sedikit.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ada suatu panglima gading,Masuk ke hulu hendak menjaga;Cacing bertapa lautan kering,Bilakah boleh menjadi naga?
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ada suatu Haji Tambi,Berjumpa kolam turun mandi;Baik-baik tuan menulis,Kalam jangan buat penyugi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Riuh-rendah potong kerbau,Kasi makan orang yang ramai;Orang diam kusangka bodoh,Ombaknya besar menutup sungai.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Enche Japar mudik menyabung,Ayam kelabu disangka tedung;Kalau lapar makankan jagung,Bambu jangan disangka rebung.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kambing ini kambing biri-biri,Hendak makan pucuk cerucuh;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana patut makan dahulu.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Harap-harap kelapa puan,Tidak puan kelapa Bali;Harap hati kepada nan tuan,Tidak tuan, siapa lagi?
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Terengganu berkota papan,Duduk di atas tuan puteri;Tuan seumpama kain kapan,Hancur tidak berganti lagi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak harimau dari Bentan,Kena panah raja Surati;Tuan dipandang tidak kelihatan,Gundah gulana di dalam hati.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ada seekor burung pucung,Leher panjang, kakinya kudung;Tuan seumpama kemuncak payung,Saya di bawah tumpang melindung.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kumbang terbang keliling kota,Makan ruam sepohon habis;Adinda jangan bimbang tak suka,Ambil keris tikam sekali.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Cenderawasih burung kayangan,Singgah hinggap di pauh janggi;Kalau kasih alang-alangan,Baik tak usah sekali-kali.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kalau kerja raja di Kelang,Pakai kebaya sama gelang;Budi sedikit bilakah hilang,Berserap sampai ke dalam tulang.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Buluh perindu di atas atap,Anak itik ampas-ampaskan;Jikalau rindu jangan meratap,Siapa lalu tuan pesankan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ayam denak dari Petani,Disembah ke Dato Raja Muda;Sirih disemat dengan nyanyi,Pinang dibelah dengan suara.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Simpai rotan dari Melaka,Buat pemikul rusa berjalan;Jikalau sampai niatnya kita,Bayar kaul puasa sebulan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Dari sana pergi ke sini,Masuk ke dalam turun kain;Bacang jangan disangka kuini,Kulitnya sama, rasanya lain.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Masak nasi, potong kerbau,Hendak dijamu raja Berunai;Orang diam dikata bodoh,Sebagai ombak tutup sungai.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kencang-kencang angin di atas,Hendak memutus tali kecapi;Jung lilin, layar kertas,Hendak melalu lautan api.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak kambing putera dewi,Mengulam pucuk akar beludu;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana patut dimakan dahulu.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Yu putih si lumba-lumba,Lalu berenang ke Tanjung Jati;Anak sungai kalau kutuba,Lotong siamang jatuh mati.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ikan menghempas di atas dayung,Sisiknya jatuh ke atas kemudi;Tuan di atas kemuncak payung,Sahaya di bawah menjunjung duli.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Limau purut limau lelang,Masak sebiji di pangkal Rama;Harimau mati tinggalkan belang,Manusia mati tinggalkan nama.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Sabar sungguh Raja Kuantan,Mengikut perang dari kuala.Adinda tuan sepantun intan,Tidak ternilai yang punya harga.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Buluh perindu di atas atap,Hendak dibuat bambu joran;Kalau rindu jangan meratap,Siapa lalu baik dipesan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Lain hulu, lain parang,Sayang gereja di atas bukit;Lain dahulu, lain sekarang,Jauh beza, bukan sedikit.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Babi bermain di terang bulan,Singgah berkubang di rumpun buluh;Tuan seumpama kain kapan,Hancur luluh lekat di tubuh.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Sayang durian di atas bukit,Mari dibelah ambil pangsanya;Tuan tahu berhati sakit,Kata orang apa rasanya?
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Tanglung tergantung di Tanjung Jati,Sayang tekukur atas bumbungan;Sehari bertemu, sehari mati,Seribu syukur atas junjungan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Dari Gangsa pergi ke Kubung,Singgah ke Tualang merentang tali;Putus benang boleh disambung,Patah arang putus sekali.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Punai jantan terbang sekawan,Sangka tidak kembali lagi;Tuan seumpama kain kapan,Hancur tidak berganti lagi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ya Galuh Raden dipinang,Tempat raja dari Patani;Tuan sepantun si pohon pisang,Kawannya banyak kanan dan kiri.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Jin besar turun bertapa,Makan sehari segantang padi;Anak sungai kalau ku-tuba,Lotong siamang jatuh mati.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Si Langsat anjing pemburu,Rusa sekawan diadangnya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Panah-memanah Raja Andoman,Panah lalu ke segara.Adinda sepantun syarbat minuman,Sepuluh tahun tak hilang rasa.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak ayam turun satu,Mati seekor habis lalu.Sudah naik di atas batu,Dipukul ombak bertalu-talu.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak Melayu pakai selendang,Singgah petik buah delima;Harimau mati tinggalkan belang,Orang mati tinggalkan nama.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922); juga dalam Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Dari mana tanam lenggundi?Lenggundi tanam di pintu raja;Cuma sahaya menabur budi,Budi ditabur terbuang sahaja.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Seri Rama raja di Tasik,Sayang tasik tumbuh cendawan;Bintang merindu cenderawasih,Cenderawasih burung di awan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Apa melintang rumah Che Judi,Tampak dari pangkalan raja?Puas sudah menghambur budi,Sahaya miskin, dibuang sahaja.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Limau manis di kebun raja,Hilang dibungkus punca kain;Mulut manis di depan sahaja,Hati sudah kepada lain.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Pagar sahaya pagar keliling,Pokok kara-kara tiada mulia;Cacing bertapa lautan kering,Bilakah boleh menjadi naga?
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Pinjam kapak pinjam beliung,Hendak menebang kawar berduri;Tuan di atas kemuncak payung,Sahaya di bawah menjunjung duli.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Aceh berperang ke Bangkahulu,Seri Paduka panglimanya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ada suatu orang Habsyi,Belanda mabuk dua serupa;Cakap jangan tuan habisi,Sehelai rambut tinggalkan juga.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Si rangkak di atas bukit,Patah sompek tulang dadanya;Tuan tahu berhati sakit,Tiba di orang apa rasanya?
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ada suatu anak kelasi,Baharu sekarang menjadi juragan;Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Yang mana serang mana kelasi?Mana satu jadi juragan?Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Dari pauh singgah pematang,Singgah merapat papan kemudi;Dari jauh sahaya datang,Karena tuan baik budi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Sembilan belas hari rejangnya halipan,Halipan beranak di dalam padi;Tuan seumpama si kain kapan,Buruk tidak dapat diganti.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak balam di atas panggung,Kalau tuan ke Bandar Rekan;Rindu sahaya tidak tertanggung,Sekalian burung sahaya berpesan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Tanjung Katong airnya biru,Boleh buat cermin mata;Sedang sekampung lagi dirindu,Ini pula jauh di mata.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Baik-baik tuan mengikat;Anak balam terbang tinggi;Baik-baik tuan menyurat,Kalam jangan buat penyugi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Ada gula, adanya semut,Bagai kucing mamah tulang;Orang kaya apa disebut?Kita miskin berbanting tulang.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak ayam habis lalu,Tali rotan ambil dicabut.Dipukul ombak bertalu-talu,Segala kapitan kelam kabut.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Mayang terendam di pusat tasik,Pusat tasik tumbuh cendawan;Bintang merindu cenderawasih,Cenderawasih burung di awan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Makan tebu di luar serambi,Anak tekukur atas bumbungan;Sehari bertemu, sehari mati,Seribu syukur atas junjungan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Tetak nibung buat panggung,Hanyut tempurung di Kuala Rekan;Rindu sahaya tidak tertanggung,Burung terbang sahaya berpesan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Datuk Japar anak Temenggung,Lalu masuk di hujung lorong;Kalau lapar makankan jagung,Jagung jangan katakan rebung.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Serindit digonggong lang,Jatuh ke longgok Indragiri,Sudah terselit di kampung orang,Baik-baik membawa diri.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Zaman tatkala raja di Kelang,Tali diukur dengan gelang;Budi sedikit bilakah hilang,Sudah serap di dalam tulang.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Limau manis di tepi perigi,Lebat buah di hujung dahan;Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak lang di kayu jati,Turun ke pantai menyambar ikan;Kalau tidak karena mati,Dibelah dada sahaya tunjukkan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anjing menyalak di tepi kota,Hendak diadang rusa sekawan;Kalau sampai niatnya kita,Kubayar kaul puasa sebulan.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)