Pantun Budi & Jasa: Zaman tatkala raja di Kelang
Zaman tatkala raja di Kelang,
Tali diukur dengan gelang;
Budi sedikit bilakah hilang,
Sudah serap di dalam tulang.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Zaman tatkala raja di Kelang | a | 10 suku |
| Tali diukur dengan gelang | a | 9 suku |
| Budi sedikit bilakah hilang | a | 10 suku |
| Sudah serap di dalam tulang | a | 9 suku |
Pola rhyme: a-a-a-a. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun budi. Dua baris akhir menegaskan bahawa budi walau sedikit tidak akan hilang kerana sudah meresap ke dalam tulang. Maksudnya jasa dan kebaikan seseorang melekat kekal dalam ingatan dan tidak mudah dilupakan, sebati hingga ke sumsum.
Oleh Sidang Pengarang