Pantun Kasih & Cinta: Api-api gandarusa
Api-api gandarusa,
Selasih tumbuh di kampung bali;
Ayohai hati janganlah bercinta,
Ada untung balik ke mari.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Api-api gandarusa | a | 8 suku |
| Selasih tumbuh di kampung bali | b | 10 suku |
| Ayohai hati janganlah bercinta | a | 11 suku |
| Ada untung balik ke mari | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun pujuk hati. Maksudnya, si pengucap memujuk hatinya supaya jangan terlalu bercinta kerana jika ada jodoh, yang pergi akan kembali jua. Ia menenangkan hati yang merindu.
Oleh Sidang Pengarang