Pantun Budi & Jasa: Kapal belayar dari arakan
Kapal belayar dari arakan,
Ambil gaji jadi jemudi;
Mati ikan kerana umpan,
Mati saya kerana budi.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Kapal belayar dari arakan | a | 10 suku |
| Ambil gaji jadi jemudi | b | 9 suku |
| Mati ikan kerana umpan | a | 9 suku |
| Mati saya kerana budi | b | 9 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun budi. Maksudnya, seperti ikan yang mati kerana umpan, si pengucap pula tunduk dan terikat kerana budi orang. Ia menggambarkan betapa budi mampu menawan diri seseorang.
Oleh Sidang Pengarang