Pantun Pelbagai: Kembang tersenyum bunga cina
Kembang tersenyum bunga cina,
Tiga dengan gandasuli;
Sakalian alam habis pana,
Tuan juga yang tajalli.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Kembang tersenyum bunga cina | a | 9 suku |
| Tiga dengan gandasuli | b | 8 suku |
| Sakalian alam habis pana | a | 10 suku |
| Tuan juga yang tajalli | b | 8 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun kasih. Dua baris akhir menyatakan bahawa sekalian alam menjadi hilang atau lenyap, dan hanya si tuan yang nyata serta tampak bercahaya. Ungkapan yang berbau kesufian ini meninggikan orang yang dikasihi sebagai satu-satunya yang terserlah di mata, sehingga segala yang lain seakan pudar di hadapan keindahan dan kehadirannya yang tunggal.
Oleh Sidang Pengarang