Pantun Kasih & Cinta: Orang acih pulang ke acih
Orang acih pulang ke acih,
Manisan lebah dalam perahu;
Tidur sebantal menunjukkan kasih,
Hati berubah siapa tahu?
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Orang acih pulang ke acih | a | 9 suku |
| Manisan lebah dalam perahu | b | 10 suku |
| Tidur sebantal menunjukkan kasih | a | 11 suku |
| Hati berubah siapa tahu? | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun kasih. Maksudnya, berkongsi bantal menandakan kasih, namun siapa tahu hati boleh berubah. Ia memperingatkan bahawa kemesraan zahir belum menjamin kesetiaan.
Oleh Sidang Pengarang