Sumber pantun
Pantun Melayu tradisional
17 rangkap pantun daripada sumber ini.
← Semua pantunDua tiga kucing berlari,Manakan sama si kucing belang;Dua tiga boleh kucari,Manakan sama adik seorang.
Pantun Melayu tradisionalPucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tepi kara;Yang jauh datang bertamu,Yang dekat datang berziarah.
Pantun Melayu tradisionalKalau ada jarum patah,Jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.
Pantun Melayu tradisionalYang kurik itu kundi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.
Pantun Melayu tradisionalOrang Sasak pergi ke Bali,Membawa pelita semuanya;Berbisik pekak dengan tuli,Tertawa si buta melihatnya.
Pantun Melayu tradisionalAnak ayam turun sepuluh,Mati satu tinggal sembilan;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Satu jangan ketinggalan.
Pantun Melayu tradisionalBuah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan;Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.
Pantun Melayu tradisionalPulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.
Pantun Melayu tradisionalPisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.
Pantun Melayu tradisionalKalau tuan mudik ke hulu,Carikan saya bunga kemboja;Kalau tuan mati dahulu,Nantikan saya di pintu syurga.
Pantun Melayu tradisionalDari mana punai melayang,Dari paya turun ke padi;Dari mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.
Pantun Melayu tradisionalTegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa;Sendi bangsa ialah budi,Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Pantun Melayu tradisionalKalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.
Pantun Melayu tradisionalAsam kandis asam gelugur,Ketiga asam si riang-riang;Menangis mayat di pintu kubur,Teringat badan tidak sembahyang.
Pantun Melayu tradisionalTinggi-tinggi si matahari,Anak kerbau mati tertambat;Sudah lama saya mencari,Baru sekarang kita mendapat.
Pantun Melayu tradisionalBerakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.
Pantun Melayu tradisionalBerburu ke padang datar,Dapatkan rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.
Pantun Melayu tradisional