Pantun Kasih & Cinta: Kayuh perahu berdayung pulang
Kayuh perahu berdayung pulang,
Singgah memetik bunga dedap;
Tuan tak mahu berkasih panjang,
Di dalam hati tiada kan tetap.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Kayuh perahu berdayung pulang | a | 10 suku |
| Singgah memetik bunga dedap | b | 9 suku |
| Tuan tak mahu berkasih panjang | a | 10 suku |
| Di dalam hati tiada kan tetap | b | 11 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun kasih. Maksudnya, kekasih tidak mahu bercinta lama dan hatinya tidak akan tetap. Ia menyindir kasih yang tidak setia dan mudah berubah.
Oleh Sidang Pengarang