Koleksi · Pantun Ilmu & Belajar
Semua pantun
66 rangkap pantun dalam koleksi ini. Tapis di bawah, atau tekan Baca satu-satu untuk belek.
← Pantun Ilmu & BelajarBerburu ke padang datar,Dapatkan rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.
Pantun Melayu tradisionalBuah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan;Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.
Pantun Melayu tradisionalAnak ayam turun sepuluh,Mati satu tinggal sembilan;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Satu jangan ketinggalan.
Pantun Melayu tradisionalKuda hanuman dari Aceh,Dipacu lalu ke Indragiri;Tuntut ilmu muda yang bisai,Kerana ilmu kenalkan diri.
Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)Kijang mengantuk di rumpun buluh,Makan kodok di dalam padi;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Kerana hidup tunangnya mati.
Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)Sungguhpun bijak orang sekarang,Ilmunya banyak fahamnya kurang,Bintang di langit dapat dibilang,Tidak sedar mukanya harang.
Wikisource (CC BY-SA)Berangan besar di dalam padi,Rumpun buluh dibuat pagar.Jangan sak di dalam hati,Maklum pantun saya belajar.
Wikisource (CC BY-SA)Seakan takkan pernah tutup matanya,Terus tersenyum bunga tiada malu,Hancur batin ditumbuk nestapa,Kotor hati jadi langsung mengguru.
Wikisource (CC BY-SA)Terus tersenyum bunga tiada malu,Karna memang di dunia itu tugasnya,Kotor hati jadi langsung mengguru,Beta jadi bingung mau jalan kemana.
Wikisource (CC BY-SA)Anak ayam turun sembilan,Mati satu tinggal delapan,Ilmu boleh sedikit ketinggalan,Tapi jangan sampai putus harapan.
Wikisource (CC BY-SA)Saya tidak pandai menari,Sebarang tari saya tarikan;Saya tidak pandai menyanyi,Sebarang nyanyi saya nyanyikan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terbang kumbang jantan betina,Sering di bunga kuntum dipangkal;Berapa banyak ilmu pesona,Busuk budi nanti tertinggal.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pilih-pilih tempat mandi,Pertama teluk kedua pantai;Pilih-pilih tempat menjadi,Pertama elok kedua pandai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pertama teluk kedua pantai,Ketiga dengan jamban di hulu;Pertama elok kedua pandai,Ketiga baik bangsa penghulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Laksamana berempat di atas pentas,Cukup berlima dengan gurunya;Bagailah dawat dengan kertas,Sudah berjumpa dengan jodohnya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berdentung guruh di papan,Kilatnya sampai ke selayang;Tujuh syurga di dalam badan,Itulah maana kasih sayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bulunya jatuh ke petani,Dua puluh anak merpati;Tiada sama mudaku ini,Sungguh pandai memujuk hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan pandai menyimpai,Cubalah simpai taruk bertorang;Kalau tuan pandai mengungkai,Cubalah ungkai di tangan orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunyi guruh di tanjung tuan,Bunyi melantas ke selayang;Jika terjamah benda bertuan,Alamat nyawa akan melayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mengail ke lubuk rambai,Selasih ragang jangan letakkan;Kalau bermain sama pandai,Kasih sayang jangan nampakkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ikan dimakan ikan,Tulang jangan dilonggokkan;Pandai makan pandai menyimpan,Rahsia jangan ditunjukkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan sirih makan tembakau,Urat kapis di tengah jalan;Kasih laksana main pakau,Pandai melapis daun sembilan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau adik pandai menorang,Cobalah torang pinang di parit;Kalau adik pandai membilang,Cobalah bilang bintang di langit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung lang terbang berdirit,Pandai menyambar ikan sepat;Tuan laksana bunga di bukit,Cantik bagai kuntum selimpat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik si maalim lembut,Seekor belajar makan nasi;Embun setitik menjadi laut,Akan penghapus gunung langsi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Guruh berbunyi sayup-sayup,Orang di bumi semua bimbang;Jikalau ada angin bertiup,Adakah bunga sudi kembang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Unggas bukan, centayu bukan,Kiranya daun selara tebu;Acih bukan, melayu bukan,Pandai amat bermain semu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan pergi ke deli,Bawa gula satu tempayan;Kalau pandai membawa diri,Di mana jatuh orang kasihan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Encik tanguk duduk berkedai,Ia pandai berjual beli;Sudah meremuk rupanya murai,Hampir mengena umbun tali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pandai bertenun kain di acih,Batang torak saya hempaskan;Kerana sebab cenderawasih,Merak emas saya lepaskan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pasang getah di atas atap,Dipasang empat penjuru;Tidak dapat burung ditangkap,Saya hanyut petua guru.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Menyalak anjing perburu,Menyalak dan berkinja-kinja;Jika ada petua guru,Jangan dibawa tidur sahaja.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Peluru petunang peluru berjampi,Tembak tak boleh mungkir lagi;Petua guru kalau dipilajari,Peluru mengharung mencari sendiri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik siti pandai menempa,Tempa keris raja di situl;Saya umpama padi yang hampa,Buang di air semuanya timbul.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok kerekup tepi penjuru,Sayang buah lebat di dahan;Sudah cukup mengadap guru,Berani saya masuk di medan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lembu siapa tambat di pagar?Lembu raja putus tali;Guru mana tuan belajar?Boleh mengadap sekali lagi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak siam berbaju siam,Pandai gunting bunga kecubung;Sungguh nampak duduk diam,Laksana gunting makan hujung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang mengail perahu payar,Dapat seekor ikan kepiting;Kata tuan pandai belayar!Mengapa terkandas di atas beting?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Angkut-angkut terbang ke langit,Sampai ke langit membuat sarang;Mulut busuk ketiak hangit,Pandai meminang kekasih orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rumah rungkup, hujan tempias,Basah kuyup kain sutera;Kalau janda, pandai berhias,Terlebih pada anak dara.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kayu ditikam rabit bibir,Budak-budak bermain sagur;Penyu pandai kimbah pasir,Hendak menghilang bekas bertelur.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sekali-kali tiada disangka,Semang dan hudai pandai seloka;Apatah lagi kera dan ungka,Bertandak menari bersuka-suka?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Itulah tanda hampir meerat,Semang di hutan pandai menyurat;Bayan pandai membaca surat,Timur beralih sebelah barat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Centayu burung centayu,Terbang ke laut hinggap di batu;Cemperling nak jadi bayu,Kekura pandai nak panjat kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pandai pelihara anak itik,Gelisik bulu jantan betina;Emas kertas jangan dititik,Kalau penyek tiada berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak cina pandai menyurat,Hati di dalam sangat gelurat;Saya umpama perahu yang sarat,Entah ke timur entah ke barat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak beruk di tepi pantai,Masuk ke bendang makan padi;Biar buruk kain dipakai,Asalkan pandai mengambil hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Angin barat gelombang barat,Barat memecah dari seberang;Kalau abang pandai ibarat,Mana runut helang terbang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak hantu empat saudara,Sama ilmu sama teladannya;Hati sungguh tiada ketara,Minta bertemu ruas badannya.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Air pasang ke tepi pagar,Tanam pinang kelapa mati;Tempat di mana tuan belajar,Pandai sekali mengambil hati.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Berkongkong anjing memburu,Baru sampai di luar kota;Sia sia mengadap guru,Ambil arang sapu di muka.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ikat pagar orang berempat,Buat sekat sawah padi;Kehendak belajar kalau mendapat,Alangkah suka di dalam hati.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tukar tukar beli di bandar,Simpan makan dalam perahu;Suka suka mahu belajar,Kalau tak ajar bila kan tahu.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ya Ilahi Tuhan ku Rabbi,Bersila kaki duduk mengaji;Kita berdoa pada Ilahi,Serta umur dengan rezeki.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Air pasang di laut Banjar,Olaknya sampai ke Tanjong Jati;Di mana tempat tuan belajar,Pandai membawa isyarat hati.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Buah kelerak buah kedangsi,Letak mari dalam dulang;Syurga dipandang asyik ditangisi,Mahu masuk ilmunya kurang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Orang berkubu anak-beranak,Bawa kulit masuk Melaka;Tuntut ilmu banyak-banyak,Buat mendinding api neraka.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Lintang tali di tepi pantai,Cacak pancang ikat perahu;Sepuluh kali cari pandai,Kalau tidak berguru bilakan tahu.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Berderap-derap bunyi papan perahu,Tarik layar di sebelah kiri;Jangan selalu harapkan guru,Mahu juga belajar sendiri.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Pandan podak baharu berbunga,Tumbuh pula di hujung tanjung;Kepandaian diajar guru tak guna,Bubu di hati susah nak junjung.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Durian daun dari hulu,Dapat setangkai kebun Encik Yahya;Tujuh tahun ku hadap guru,Kalau tak pandai apakan daya.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Naik kapal pergi ke Medan,Lalu belayar tanah Semarang;Hilang akal hilang fikiran,Kalau belajar sebarang-barang.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Tetak-tetak pagar di hulu,Muat mari di tepi pantai;Apa guna diajarkan guru,Kalau tak boleh menjadi pandai.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Penyengat di hujung dahan,Hinggap di kubu hari petang;Dalam ingat datang fikiran,Pelajaran guru deras mendatang.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Orang perompak di Kuala Muar,Duduk menunggu tepi keramat;Jikalau jumpa guru yang benar,Apa pelajaran lekaslah tamat.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Cik Abu pergi memburu,Ambil sumpit buat menyumpit;Kalau pandai tuan berguru,Baik cari tempat sulit.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)