Koleksi Pilihan

Peribahasa Motivasi & Kejayaan

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Kejayaan dalam pandangan Melayu sentiasa berpaut pada usaha dan ikhtiar. Koleksi peribahasa ini menghimpunkan ungkapan tentang ketekunan, kesabaran dan semangat tidak mudah putus asa.

Bila guna: Sesuai untuk ucapan motivasi, bahan latihan diri, caption pencapaian dan dorongan kepada pasukan.

Ilmu & BelajarMotivasi

Anak ayam turun sepuluh,Mati satu tinggal sembilan;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Satu jangan ketinggalan.

Pantun Melayu tradisional
Pembuka MajlisMotivasi

Berakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.

Pantun Melayu tradisional
Ilmu & BelajarMotivasi

Kijang mengantuk di rumpun buluh,Makan kodok di dalam padi;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Kerana hidup tunangnya mati.

Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)
MotivasiAdat & Bangsa

Buat bangsal di tengah hutan,Laksamana perigi membelah;Biarlah sabar dengan perlahan,Tak kan gunung nak rebah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Motivasi

Sudah jeling jangan dijiluat,Hati marah sabar dahulu;Mata juling serong melihat,Jauh bertentang tidak tahu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Sabar sungguh Raja Kuantan,Mengikut perang dari kuala.Adinda tuan sepantun intan,Tidak ternilai yang punya harga.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & CintaMotivasi

Kumbang terbang keliling kota,Makan ruam sepohon habis;Adinda jangan bimbang tak suka,Ambil keris tikam sekali.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Nasihat

Aceh berperang ke Bangkahulu,Seri Paduka panglimanya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Nasihat

Si Langsat anjing pemburu,Rusa sekawan diadangnya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Setiap hari pergi ke hulu,Tengok orang pintal tali;Diamlah kita sabar dahulu,Suratan yang baik mana mahu lari.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Setiap hari pergi ke hulu,Jolok rumania petang hari;Diamlah kita sabarlah dahulu,Kerana dunia panjang lagi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Air gula lupa ditudung,Selimut dengan kain gebar;Dengar suara badan terlindung,Rasa tak boleh ditahan sabar.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Cuka datang dari hulu,Tebang nipah pagar-pagarkan;Sedang suka berhenti dahulu,Bila susah sabar-sabarkan.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Tiba di pasar tawar-menawar,Beli pula asam rumenia;Bila hidup mesti sabar,Tarik nafas tinggalkan dunia.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)

Pepatah & peribahasa

Lihat semua 335 →
Pepatah

Sediakan payung sebelum hujan.

Membuat persediaan lebih awal sebelum sesuatu kesusahan menimpa.

Peribahasa Melayu tradisional
Pepatah

Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Mengerjakan sesuatu hendaklah bersungguh-sungguh hingga selesai walaupun menempuh kesukaran.

Peribahasa Melayu tradisional
Pepatah

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Sesuatu kejayaan tidak datang dengan sendiri tanpa usaha dan ikhtiar.

Peribahasa Melayu tradisional
Pepatah

Alah bisa tegal biasa.

Sesuatu yang sukar akan menjadi senang apabila telah biasa dilakukan.

Peribahasa Melayu tradisional
Bidalan

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Sesuatu yang dikumpulkan sedikit demi sedikit akhirnya menjadi banyak.

Peribahasa Melayu tradisional
Simpulan Bahasa

Ringan tulang.

Rajin dan cepat membuat kerja, suka membantu.

Simpulan bahasa Melayu
Peribahasa

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.

Di mana sahaja seseorang berada, pasti ada peluang rezeki untuknya.

Peribahasa Melayu tradisional
Peribahasa

Ada hari, ada nasi.

Selagi seseorang masih hidup, dia tetap akan memperoleh rezeki.

Peribahasa Melayu tradisional
Peribahasa

Ada nyawa ada rezeki.

Selagi seseorang masih bernyawa, dia pasti akan beroleh rezeki.

Peribahasa Melayu tradisional
Peribahasa

Ada padi, segala menjadi.

Orang yang berkemampuan mudah mencapai apa sahaja yang dihajatinya.

Peribahasa Melayu tradisional
Peribahasa

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Orang yang berkemampuan sama ada dari segi harta atau ilmu akan mudah mencapai segala hajatnya.

Peribahasa Melayu tradisional
Peribahasa

Air besar sampan tak hanyut.

Hajat atau tujuan yang dirancang tidak berjaya dicapai.

Peribahasa Melayu tradisional
Peribahasa

Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.

Bantuan yang terlalu sedikit tidak mampu meringankan beban kesusahan yang besar.

Peribahasa Melayu tradisional
Peribahasa

Alang-alang berdakwat, biarlah hitam.

Apabila melakukan sesuatu, lakukanlah sehingga selesai dan jangan separuh jalan.

Peribahasa Melayu tradisional
Peribahasa

Alang-alang berminyak, biar licin.

Apabila membuat sesuatu, buatlah dengan sempurna dan jangan kepalang tanggung.

Peribahasa Melayu tradisional
Peribahasa

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah hingga selesai dan tuntas, jangan berhenti separuh jalan.

Maxwell (JSBRAS, 1878), domain awam

Menampilkan 16 pilihan daripada 335 ungkapan. Tapis & baca semua →

Koleksi lain