Koleksi · Pantun Cinta & Kasih Sayang
Semua pantun
373 rangkap pantun dalam koleksi ini. Tapis di bawah, atau tekan Baca satu-satu untuk belek.
← Pantun Cinta & Kasih SayangTinggi-tinggi si matahari,Anak kerbau mati tertambat;Sudah lama saya mencari,Baru sekarang kita mendapat.
Pantun Melayu tradisionalDari mana punai melayang,Dari paya turun ke padi;Dari mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.
Pantun Melayu tradisionalDua tiga kucing berlari,Manakan sama si kucing belang;Dua tiga boleh kucari,Manakan sama adik seorang.
Pantun Melayu tradisionalKalau tuan mudik ke hulu,Carikan saya bunga kemboja;Kalau tuan mati dahulu,Nantikan saya di pintu syurga.
Pantun Melayu tradisionalKalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.
Pantun Melayu tradisionalNasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan;Buang emak buang saudara,kerana kekasih hamba turutkan.
Wikisource (CC BY-SA)Tanam selasih di tengah padang,sudah bertangkai dirubung semut;Kita kasih orang tak sayang,halai-balai tempurung hanyut.
Wikisource (CC BY-SA)Anak beruk di kayu rendang,turun mandi ke dalam paya;Biar buruk di mata orang,cantik manis di mata saya.
Wikisource (CC BY-SA)Limau purut lebat di pangkal,Sayang selasih condong uratnya;Angin ribut dapat ditangkal,Hati kasih apa ubatnya.
Wikisource (CC BY-SA)Anak dara menimba perigi,Putuslah timba tinggal tali,Biarlah jiwa kekanda pergi,Janganlah tuan berosak hati.
Wikisource (CC BY-SA)Kerengga di dalam buluh,Serahi berisi air mawar,Sampai mesrah di dalam tubuh,Tuan seorang jadi penawar.
Wikisource (CC BY-SA)Beragam bunga terbit dari tangkainya,Harumnya bikin elus beta punya hati,Lelah ini jiwa sekadar untuk meraba,Cinta tak kunjunglah jua beta rasai.
Wikisource (CC BY-SA)Harumnya bikin elus beta punya hati,Seakan takkan pernah tutup matanya,Cinta tak kunjunglah jua beta rasai,Hancur batin ditumbuk nestapa.
Wikisource (CC BY-SA)Sudah gembur baharu menukai,Benih dibawa dalam bungkus;Menjalar melata pohon temikai,Sayang buah dimakan tikus.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok pinang jangan direpih,Luruh tampuk seludang mayang;Orang muda jangan berkasih,Kalau kasih tinggal tunang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hilir berakit berkajang kain,Mana teluk, mana ditimba;Alang sakit mencari lain,Mana duduk, mana bercinta.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih di pucuk pauh,Tetak batang pecah belah;Alangkah sakit kerkasih jauh,Saya menjadi serba salah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pucuk pauh berulam pauh,Petang-petang kacau inti;Sayang saya berkasih jauh,Petang-petang hancur hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Letuk-letak paruh enggang,Jatuh bertilam kulit pari;Duduk tegak tuan sembahyang,Antara sujud cintalah kami.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sayang kiambang bunga kiambang,Kiambang sekuntum dalam perigi;Terang sungguh bulan mengambang,Awan juga membawa diri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Parang bemban sebelah seberang,Pohon dihila tidak keruan;Bulan purnama nyatalah benderang,Sayangnya lagi disaput awan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih di bawah rumah,Ditunda dengan pisau raut;Hati kasih berasa punah,Bagai air cucur ke laut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sirih kuning pinangnya kelat,Buluh perindu tidak berdahan;Putih kuning marilah dekat,Hati rindu tidak tertahan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pasir putih di sarang helang,Selasih saya cucukkan;Hitam putih dikata orang,Kerana kasih saya turutkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Padi merbuk padi di acih,Masak mari dengan pati santan;Biarlah buruk hatinya kasih,Orang cantik tak boleh dimakan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sirih sekapur lenggang cik kobat,Mari makan raja ali;Tutur sepatah laksana syarbat,Manis terpaku di jantung hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik suri menjual ubat,Ubat bernama panglima jati;Tutur sepatah laksana syarbat,Manis terlekat di jantung hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Pucuk sembung selara muda;Kalau ya kasihkan kami,Carikan tombong kelapa muda.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Pisau raut jatuh ke tanah;Kalau ya kasihkan kami,Empangkan laut sebingkah tanah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Cendawan di atas pintu;Kalau ya kasihkan kami,Guntingkan awan sehelai baju.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Si kerakap tumbuh di batu;Kalau ya kasihkan kami,Guntingkan asap sehelai baju.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Si kerakap tumbuh di siam;Kalau ya kasihkan kami,Carikan jarum gedang meriam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Masak sebuah merekah-rekah;Kalau ya kasihkan kami,Carikan harimau buat persembah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Tanam padi tebing perigi;Kalau ya kasihan kami,Tangkap kuman beri bertali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Rentaskan rumput sambil lalu;Kalau ya kasihkan kami,Ambilkan umbut dalam batu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ya selasih dani,Mari dialas dengan kertas;Kalau ya kasihkan kami,Carikan buah jatuh ke atas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok mengkudu di tepi paya,Sayang sedahan buahnya lebat;Tuan tak tahu di hati saya,Belahkan dada, cuba lihat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Nasi kunyit panggang ayam,Tupai melompat menghalau pari;Bumi tersengat dunia karam,Kasih melenggang di tengah negeri.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Angin barat gelombang barat,Barat memecah dari seberang;Kalau adik tahu ibarat,Apa maana kasih sayang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berdentung guruh di papan,Kilatnya sampai ke selayang;Tujuh syurga di dalam badan,Itulah maana kasih sayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunga melur cempaka biru,Bunga rampai di dalam puan.Tujuh malam, saya merindu,Belum sampai padamu tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunga rampai di dalam puan,Ruku-ruku dari Peringgit;Belum sampai padamu tuan,Rindu saya bukan sedikit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ruku-ruku dari peringgit,Teras jati bertalam-talam;Rindu saya bukan sedikit,Nyaris mati semalam-malam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tetak kayu, tetaklah dahan,Sayang kemuning gugur bunganya;Rindu dendam boleh ditahan,Demam sejuk apa ubatnya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tetak tebu tiga batang,Sayang sebatang dimakan punai;Tiga petang tuan tak datang,Air mata sepanjang sungai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Layang-layang terbang melayang,Jatuh ke laut disambar jerung;Siapa kata saya tak sayang?Kalau bunga rasa nak kendung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Banyak nyamuk pulau tikus,Orang acih bakar perasap;Badanku gemuk menjadi kurus,Sebab kasih rindu meredap.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terang bulan cuaca di pulau,Raja siam turun berakit;Rindu dendam bawa bergurau,Bawa diam jadi penyakit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau naik pinang masak,Ke luar tampuk tinggal mayang;Ditimang-timang diletak-letak,Jiwa semangat kasih sayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang acih pulang ke acih,Mengail kurau dapat senangin;Bukan mudah kita berkasih,Laksana wau melawan angin.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Petang-petang ribut berdengung,Sayang selasih di pucuk nipah;Petang-petang duduk melengung,Dengar kekasih hendak nikah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Salam sembah batang selasih,Sayang kemuning bertabur daun;Sungguhpun baharu kita berkasih,Rasanya sudah seribu tahun.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Batil perak batil suasa,Batil di acih saya hempaskan;Hujan turun bagai senjata,Kekasih tidak saya lepaskan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Layang-layang di atas bukit,Kayu tengar dari seberang;Cinta sayang bukan sedikit,Racun penawar tuan seorang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Remuk redam kapal di tanjung,Nampak dati pulau jerejak;Rindu dendam sama ditanggung,Hendak menangis bukannya budak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah padi selasih dulang,Tumpang saya ke jawa sahaja;Buah hati kekasih orang,Tumpang saya tertawa sahaja.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Padi ini padi melaka,Belum direndang berteh dahulu;Hati abang hati celaka,Belum dipandang kasih dahlulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mesjid di lubuk lawang,Ukiran papan si malim muda;Palang payah mencari sayang,Rasa gugur iman di dada.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sawah gedang lanjut ke hulu,Bukit metibang timbul tenggelam;Eloklah abang berundur dahulu,Antara kasih belum mendalam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain putih koyak di tengah,Pakaian anak datuk penghulu;Sedang kasih dapat fitnah,Biar saya berundur dahulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok buluh tinggi berbatang,Sayang penyengat dua serupa;Di dalam tidur mimpi pun datang,Semangat di badan datang berjumpa.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Air mengalir di alur-alur,Pokok lilang di tengah padang;Rindu malam dibawa tidur,Rindu siang dibawa bertandang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Layang-layang kertas putih,.Budak-budak bermain tembak;Kasih sayang dengan cik utih,Laksana perahu membuang ombak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tebang penak tebang meranti,Tebang pulai condong ke jalan;Di mana semak di situ menanti,Bagai punai rindu sekawan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik judah orang petani,Singgah menumbuk simpang jalan;Tidak sudah buat begini,Bagai pungguk rindukan bulan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hilir berakit batang selasih,Singgah bermalam di kota lama;Alang sakitnya menumpang kasih,Bercampur sebentar, haram tak lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ke piapung ke pulau arang,Di padang serempu jua;Sayang di kampung dilarang orang,Sayang di padang bertemu jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mengail ke lubuk rambai,Selasih ragang jangan letakkan;Kalau bermain sama pandai,Kasih sayang jangan nampakkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan sirih makan tembakau,Urat kapis di tengah jalan;Kasih laksana main pakau,Pandai melapis daun sembilan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hendak mandi ke tepi tebing,Mandi jangan dirintikan;Nasi keris ulamnya lembing,Cinta sayang jangan dirintikan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau ia pergi senanti,Menempuh hutan senjata parang;Kalau ia cinta terhenti,Berkerat rotan berpatah arang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terkukur di gulai lemak,Selasih di bawah batang;Sudah lumpur jalannya semak,Sebab kasih beta datang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak pipit anak enggang,Makan umbut mensiang-siang;Bangun adik wahai sayang,Hari sudah berderang siang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gajah putih jijaknya jopang,Hendak berkubang paya keladi;Wahai kekasih adinda abang,Cinta tidak ke mana lagi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak acih berjual kain,Terlupa sehelai baharu dibili;Kasih belum berjumpa yang lain,Kalau berjumpa, lupakan kami.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kayuh perahu berdayung pulang,Singgah memetik bunga dedap;Tuan tak mahu berkasih panjang,Di dalam hati tiada kan tetap.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih harum di kayu mati,Anak gagak makan padi;Kasih belum cinta sebati,Apa kehendak tiada menjadi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sayang perigi bernama telaga,Tempat mandi bidadari;Niatku tidak berdua tiga,Tuan terpaku di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak beruk besar lengan,Masuk ke bendang makan padi;Kalau kasih alang-alangan,Biar tak usah sekali-kali.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan makan jemuju,Ambilkan pati ubat batuk;Kasih tidak dua setuju,Sebagai taruk menjadi pucuk.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih alang gemilang,Kayu hidup dimakan api;Kalau kasih alang kepalang,Dari hidup baik kumati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang mengail di hujung karang,Dapat seekor ikan sembilang;Kasih bukan alang kepalang,Sudah mesera dalam tulang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih di tepi tubir,Tanam bedara tepi perigi;Kasih tuan di luar bibir,Tidak mesera ke dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Indiragiri pasir yang lumat,Kerang bercampur dengan lokan;Bagaimana nabi kasihkan umat,Begitu saya kasihkan tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sirih kuning dari seberang,Hanyut kiambang berderai-derai;Tuan jangan berhati curang,Kasih kelak akan bercerai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Merpati beranak tunggal,Telur ayam di dalam peti;Tuanlah kasih penyudah kekal,Pada yang lain haram di hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ruan lima-lima,Mati seekor di atas darat;Kasih tuan saya terima,Jadi hutang dunia akhirat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Layang-layang terbang ke acih,Jatuh ke landu makan padi;Seorang sayang seorang kasih,Bagai hempedu lekat di hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sialang pulau sialang,Tiga dengan pulau gelugur;Kasih tuan bukan kepalang,Jatuh di hati limpa gugur.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terdorong gajah di acih,Terpijak sempana raja;Sudah terdorong hati yang kasih,Bumi dipijak diguncang gempa.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang acih bersampan payang,Singgah berhenti di gunung jerai;Sungguh kasih kata tak sayang,Cari jalan hendak bercerai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kembang cempaka ke peraduan,Tempat bertandang bidadari;Kasih sayang dalam pangkuan,Penghibur hati payah dicari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Di atas kota pokok jati,Sayang jati tiada berbunga;Tuan seorang mahkota hati,Hidup mati kita bersama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Akar tunjang pagar selasih,Balung kulit berisi serai;Alangkah sakit menanggung kasih!Tiada kulit, tulang bercerai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Encik puan orang di kota,Sayang todak dalam perahu;Sebab tuan hatiku cinta,Makan tak hendak tidur tak mahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang acih pulang ke acih,Manisan lebah dalam perahu;Tidur sebantal menunjukkan kasih,Hati berubah siapa tahu?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Baik langkah, sauh dibungkar,Dayung terkipas, meriam terbakar;Kalau peluru tidak bertukar,Kasihpun tentu tidak sebentar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Asam kumbang tumbuh bertingkir,Tumbuh di pagar radin menteri;Kasih umpama kiambang di air,Akar tidak jejak di bumi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hari hujan bertudung pinggan,Pinggan berisi hujung melukut;Sayang tuan berenggan-enggan,Laksana embun di hujung rumput.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sehari-hari mandi di paya,Laksamana pergi mendekut;Kasih tuan tiada bermaya,Sebagai embun di hujung rumput.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rokok seribu dibawa bekal,Bawa mudik sampai ke lukut;Kasih tuan haram tak kekal,Sebagai embun di hujung rumput.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Permata jatuh di dalam rumput,Jatuh di rumput gilang-gemilang;Kasih umpama embun di rumput,Datang matahari nescaya hilang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tinggi bukit gunung saikjah,Tempat melambung telur murai;Mimpi saya mengadu gajah,Rupanya kasih akan bercerai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Nasi basi atas para,Para dibuat para baharu;Putus kasih badan sengsara,Hidup segan, mati tak mahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gunting kain kerawang baju,Jangan dirangkai keduanya;Sayangkan lain buangkan aku,Jangan dipakai kedua-duanya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah hilang panas di padang,Tinggallah sahaja panas di rimba;Sudahlah hilang hati nan sayang,Tinggallah sahaja hati nan hiba.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Api-api gandarusa,Selasih tumbuh di kampung bali;Ayohai hati janganlah bercinta,Ada untung balik ke mari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Daun durian jatuh tercampak,Lopak-lopak isi selasih;Tujuh tahun di lambung ombak,Tiada kulupa hati yang kasih.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Meranti tampak berbayang-bayang,Tampak di parit kota lama;Buah hati tinggallah sayang,Abang pergi tidak lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pulau tinggi terendak cina,Tampak dari pasir seribu;Abang pergi janganlah lama,Tidak kuasa menanggung rindu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gunung ledang bercabang tiga,Tempat orang berbuat huma;Kasih sayang janganlah hiba,Saya pergi entahkan lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari piapung ke periaman,Singgah menanam ubi keladi;Tinggal kampung tinggal halaman,Tinggal kasih yang baik budi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Batang padi batang capa,Batang selasih penggal di puan;Sampai hati, sampai rasa,Tengah kasih tinggalkan tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Batang selasih permainan budak,Berdaun sehelai dimakan kuda;Bercerai kasih, bertalak tidak,Seribu tahun kembali juga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih ditolak tidak,Ribu-ribu makanan kuda;Bercerai kasih, bertalak tidak,Seribu tahun bertemu juga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak tiung terbang ke acih,Burung merpati beranak tunggal;Sudah terlangsung kita berkasih,Kalau mati jangan disisal.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sembilu di atas atap,Jatuh ke bawah saya tekankan;Kalau rindu jangan meratap,Orang lalu saya pesankan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kiri jalan kananpun jalan,Sama tengah batang mengkudu;Kirim jangan, pesanpun jangan,Sama-sama menahan rindu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Putik pauh selara pauh,Tarik sembilu saya asamkan;Adik jauh abangpun jauh,Kalau rindu tolong kirimkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sapu tangan tepi berkelim,Buat mari kuku belalang;Hati rindu macam nak kirim,Nak kirim bukannya barang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)