Koleksi · Pantun & Pepatah Hari Raya
Semua pantun
151 rangkap pantun dalam koleksi ini. Tapis di bawah, atau tekan Baca satu-satu untuk belek.
← Pantun & Pepatah Hari RayaPisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.
Pantun Melayu tradisionalPulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.
Pantun Melayu tradisionalYang kurik itu kundi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.
Pantun Melayu tradisionalAsam kandis asam gelugur,Ketiga asam si riang-riang;Menangis mayat di pintu kubur,Teringat badan tidak sembahyang.
Pantun Melayu tradisionalKalau tuan mudik ke hulu,Carikan saya bunga kemboja;Kalau tuan mati dahulu,Nantikan saya di pintu syurga.
Pantun Melayu tradisionalTiga puluh genap bilangan,Buah masak di atas meja;Sudah terlepas dari timbangan,Sekalian umat masuk syurga.
Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)Serabi di muka pintu,Pergi ke parit hendak merayau,Maka sampai sehingga situ,Ratu Amas berbalik ke Riau.
Wikisource (CC BY-SA)Pergi ke Parit hendak merayau,Situlah banyak ubi kemili,Ratu Amas berbalik ke Riau,Duduk mendiam-diamkan diri.
Wikisource (CC BY-SA)Bagaimana menangkap landak?Di asap pintunya dengan api;Bagaimana mula berkendak?Dari mata turun ke hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terbang kumbang jantan betina,Sering di bunga kuntum dipangkal;Berapa banyak ilmu pesona,Busuk budi nanti tertinggal.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak kumbang terayap-rayap,Mari disambar anak turki;Hendak terbang tidak bersayap,Hendak hinggap tidak berkaki.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Letuk-letak paruh enggang,Jatuh bertilam kulit pari;Duduk tegak tuan sembahyang,Antara sujud cintalah kami.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Daun raya di atas bukit,Tempat raja tanam pala;Harap saya bukan sedikit,Sebanyak rambut di atas kepala.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Si patung menyisir rimba,Mati di palu rotan bulat;Elok pasungkan hati nan gila,Antara iman belum mudharat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Teritip tiram tergantung,Limau manis banyak bijinya;Pilih-pilih muda sekampung,Hitam manis baik budinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berdentung guruh di papan,Kilatnya sampai ke selayang;Tujuh syurga di dalam badan,Itulah maana kasih sayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kemuning daunnya lampai,Tumbuh di jirat paduka tuan;Di atas dunia kaul tak sampai,Di dalam syurga bernantian..
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tanam nyiur di tepi pantai,Terong perat di lorong jalan;Di dunia niat tak sampai,Di akhirat bertanggungan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Belah-belum bunyi malam,Bunyi di atas bumbung penghulu;Allah belum menjadikan alam,Saya sudah berjanji dahulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung pipit terbang ke bukit,Tempat orang menanam pala;Pipi tersenyum kening diangkit,Bagaimana saya tak gila?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak raja mendaki bukit,Patah galah dalam perahu;Pegang tangan jeling sedikit,Hati di dalam allah yang tahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bunga pandan di dalam kampung,Bunga rampai di dalam puan;Sakit badan tiada tertanggung,Hendah melepaskan hajat tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau naik pinang masak,Ke luar tampuk tinggal mayang;Ditimang-timang diletak-letak,Jiwa semangat kasih sayang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mesjid di lubuk lawang,Ukiran papan si malim muda;Palang payah mencari sayang,Rasa gugur iman di dada.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak balam terlompat-lompat,Kena duri pada kakinya;Tengah malam bangun bersikat,Adalah budi pada hatinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Membakar suluh keliling kampung,Akan penyuluh semut api;Berpuluh-puluh musuh berkampung,Janji adik sebelum mati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ya-illahi tuhanku rabbi,Lepaskan kuda dari tambangan;Jika tuan hati berani,Jangan diadu berpandangan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mati di lilit ribu-ribu,Laksamana tukang tutuhnya;Carilah akal dengannya tipu,Bagaimana akan membunuhnya?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Laksamana tukang tutuhnya,Sandar-menyandar di batang pinang;Bagaimana akan membunuhnya?Tembak dengan peluru pertunang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa bergaduh di kampung cina,Orang bercemat di sawah padi;Sungguh jauh tidak ke mana,Semangat berulang datang ke mari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berapa jauh tanah palembang,Burung terbang pulang hari;Dari jauh saya datang,Dengarkan tuan baik budi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lagi dibelah lagi diungkai,Kononlah pula torak bertorang;Di tangan allah lagi diungkai,Kononlah pula di tangan orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ke piapung ke pulau arang,Di padang serempu jua;Sayang di kampung dilarang orang,Sayang di padang bertemu jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selingga kedua lingga;Tiga dengan kuku balam;Hati tidak dua tiga,Bagaimana di luar begitu di dalam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung kedidi di sambar lang,Bawa naik ke pokok tinggi;Budi tuan mana nak hilang,Sudah mesera di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Indiragiri pasir yang lumat,Kerang bercampur dengan lokan;Bagaimana nabi kasihkan umat,Begitu saya kasihkan tuan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ambil pena tuliskan surat,Mari ditulis di atas batu;Dari dunia sampai akhirat,Badan dua menjadi satu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ruan lima-lima,Mati seekor di atas darat;Kasih tuan saya terima,Jadi hutang dunia akhirat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Banyak orang panjat kelapa,Kelapa dipanjat kebun cina;Budi tiada, hodoh rupa,Kepada orang tiada berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ketupat sebakul baharu,Dihantar ke lubuk siam;Abang dapat sahabat baharu,Saya terbuang di dalam diam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah hilang panas di padang,Tinggallah sahaja panas di rimba;Sudahlah hilang hati nan sayang,Tinggallah sahaja hati nan hiba.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Api-api gandarusa,Selasih tumbuh di kampung bali;Ayohai hati janganlah bercinta,Ada untung balik ke mari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Meranti tampak berbayang-bayang,Tampak di parit kota lama;Buah hati tinggallah sayang,Abang pergi tidak lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari piapung ke periaman,Singgah menanam ubi keladi;Tinggal kampung tinggal halaman,Tinggal kasih yang baik budi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gunung pantai tinggi merawan,Nampak dari johor lama;Buah hati tinggallah tuan,Abang pergi tidaklah lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gunung pantai tinggi merawan,Nampak dari padang temu;Buah hati tinggallah tuan,Ada hayat kita bertemu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Serawak sungainya sempit,Buah rengas limbang-limbangan;Hendak dibawa perahuku sempit,Tinggal emas tinggallah junjungan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Itulah pulau si keladi,Di balik pulau si keluang;Hilanglah akal kerana budi,Itulah sebab kakanda terbuang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pulau sembilan tinggal delapan,Satu merajuk ke kuala kedah;Sudah nasib permintaan badan,Kita di bawah kehendak allah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pulau pandan jauh ke tengah,Di balik pulau angsa dua;Hancurlah badan dikandung tanah,Budi yang baik dikinang jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah pauh buah bacang,Bunga pinang di dalam puan;Angkat sauh, lipatlah kajang,Pulau pinang tinggallah tuan,
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Itik mengakak malam jumaat,Masuk kampung dewa raja;Apa dikirim di dalam surat?Cembul berisi air mata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa benar akan keladinya,Maka ditanam dalam-dalam?Apa benar akan budinya,Maka dikinang siang-malam?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sebab banyaklah isinya,Maka ditanam dalam-dalam;Sebab banyaklah budinya,Maka dikenang siang-malam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terang bulan di pulau upih,Tetak kayu timbun-timbunkan;Bunga ini kiriman cik putih,Jikalau layu tolong embunkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang cina berjual kayu,Orang keling berjual kain;Bagaimana bunga tak layu?Embun menitik ke tempat lain.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Di mana dengar gesek biola?Balik pokok asam kumbang;Bagaimana hati tak gila?Bunga layu balik kembang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang berburu di hutan baling,Mati rusa di kampung jawa;Laksana duri di dalam daging,Bila tersentuh terasa jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang mengail di kuala daik,Dapat seekor ikan duri;Sudah terkenang budi yang baik,Jatuh tersimpan di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bakar damar di Tanjung Palas,Belah jua akan suginya;Saya benar serta ikhlas,Allah jua akan saksinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bagaimana tidak ditebang?Pucuknya pauh selasih jambi;Bagaimana tidak dikinang?Dagang jauh kasihkan kami.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah masak lebat setandan,Buah selasih ditugalkan;Tengah berbudi datang dugaan,Tengah berkasih ditinggalkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih di tengah padang,Datang gajah dililainya;Sedang kasih tengah sayang,Datang Allah diceraikannya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Daun terap di tengah padang,Datanglah gajah dililainya;Tengah sedap mata memandang,Datang allah diceraikannya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung putih terbang ke jati,Gula putih dimakan semut;Biji mata, si jantung hati,Syurga di mana kita menurut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak gajah di batu monggok,Aur duri arai-jemarai;Cerdik lang bingunglah ponggok,Kedapatan budi burung murai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak beruk ekornya kudung,Turun melompat tepi pantai;Umpama kain buruk bertampung,Benci dilihat segan di pakai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rumah baharu cantik dialas,Alasan hebat kerawang berbunga;Saya umpama daun palas,Balut ketupat baharu berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kampung sebuah masuk kawar,Kibas jampung tengah malam;Saya laksana ikan di lahar,Kena tuba timbul tengelam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pokok kapas dalam kampung,Anak siam memetik bunga;Saya laksana lipas kudung,Peti buruk tempat diamnya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kalau tuan membeli limau,Mari taruh dalam gedung;Tuan memakai kulit harimau,Bagi terkejut kambing di kampung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Budak-budak menaham perangkap,Umpan dengan sayur kangkung;Harimau di hutan lagi kutangkap,Inikan pula kucing di kampung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Musim lecah di hujung kampung,Cari sayur rebus cicah;Patah tiang kuikat sambung,Biar penat berpeluh basah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kuda terup dua sepasang,Tuntun bawa ke tengah padang;Tiada pelampung untuk berpegang,Ikut suka di lambung gelombang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Budak-budak sabung keridik,Mari bersabung di atas kota;Terlangsung perahu boleh balik,Terlangsung budi orang mengata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hilir dari sungai sagu,Singgah menjala di bulan terang;Bagaimana jung nak lalu,Kalau sudah dilengkung karang?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hiris dahan tepi surau,Tempat sembahyang datuk penghulu;Tujuh musim timpa kemarau,Baik ditolong hujan di hulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Terkerumit-kerumit tindas kutu,Kutu merayap dalam rambut;Puru di tumit jadi kematu,Meski baik tak hilang parut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang karam terampung-ampung,Hanyut ke beting dalam londang;Pakai kain belah betung,Dipukul angin terbuka lapang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak di mandi baharu ditimang,Habis timang bawa pulang;Jangan jadi si umang-umang,Menumpang sahaja kulit orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang hutan bergenditkan akar,Berkampungkan dalung bertiraikan banir;Jikalau segan mengorak lengkar,Tepung dibancuh menjadi hanyir.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Batu kawi buat pengasah,Buat asah parang candung;Buatan salah duduk menggelisah,Dosa tak boleh dapat ditanggung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa putih di tambak itu?Raja sulaiman turun berkuda;Apa putih di sanggul itu?Bunga melur, cempaka muda.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah rumenia dari petani,Mari dipilih masak muda;Bagaimana dunia tak sunyi?Kutu beperang dengan tuma.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berdenyut di kampung cik heran,Berdenyut di hujung tanjung;Macam mana hati tak hairan,Menengok tungau menjunjung lesung?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masuk ke rimba hutan duri,Jumpa harimau duduk mengeram;Apa dosa hamba ini,Dikelar badan dibubuh garam?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung serindit terbang melayang,Singgah hinggap ranting jarang;Duit ringgit dipandang orang,Budi bahasa jarang dipandang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung serindit terbang melayang,Mari hinggap di ranting mati;Bukan ringgit pandangan orang,Budi bahasa tangkaian hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik matinya lemas,Makan lenggundi bukit askin;Hilanglah bahasa kerana emas,Tak tampak budi kerana miskin.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak merak di kampung cina,Cari makan kepala titi;Emas perak kebesaran dunia,Budi yang baik membawa mati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Penatlah saya menanam padi,Nenas juga ditanam orang;Penatlah saya menanam budi,Emas juga dipandang orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Saya tidak menanam nenas,Tanam kepaya di dalam padi;Saya tidak memandang emas,Budi bahasa yang saya cari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik berenang balik,Menyelam takutkan lemas;Kalau ada budi yang baik,Saya tidak memandang emas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pisang emas bawa ke bentan,Masak sebiji di atas panggung;Hutang emas berganti intan,Hutang budi badan menanggung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hari panas helang berlegar,Ayam terkurung di dalam reban;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi gunung terbeban.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tanam lenggudi tumbuh kelapa,Terbit bunga pucuk mati;Budi tuan saya tak lupa,Sudah terpaku di dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ramai berkahwin raja kelang,Pakai dokoh dengan gelang;Budi baik mana nak hilang,Mesera sampai ke dalam tulang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sarat perahu muat pinang,Singgah berlabuh di kuala daik;Budi jahat lagi dikenang,Inikan pula budi yang baik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bukan tanah menjadi padi,Kalau jadi hampa melayang;Bukan bangsa menanam budi,Kalau tanam cuma terbuang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Perigi dikatakan telaga,Tempat budak berulang mandi;Emas merah memang beharga,Budibahasa sukar dicari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tingkah jalan terayap-rayap,Kena pula songkok ketayap;Laksana burung terkelepik sayap,Kerja nak buat menjadi giap.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari bukit turun ke kampung,Orang memintal tali sabut;Pipit hendak menelan jagung,Telan tak lepas mati tesangkut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pisang raya masak seraya,Pisang raja masak di hujung;Orang kaya sama kaya,Orang miskin membawa untung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ya ilahi tuhanku rabbi,Kayu yang rendah menjadi tinggi;Selama kucing tiada bergigi,Tikus tiada sopan lagi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kapal belayar dari arakan,Ambil gaji jadi jemudi;Mati ikan kerana umpan,Mati saya kerana budi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cik tahir pergi ke kampung,Kutip ijuk membuat lidi;Tuan laksana air ditakung,Sejuk mesera ke dalam hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Perempuan sembahyang pakai telekung,Sembahyang dengan dua beradik;Kasih sebagai hujan bertakung,Akhir jadi jentik-jentik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hendak mandi ke hulu cempung,Bercebok batil permata;Matahari sudah tercampung,Kasih terdiri di bibir mata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik sukadana,Makan berulam pucuk kumpai;Tidur berulit dengan rebana,Tarikkan nyanyi, timang buai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rumah kecil tiang seribu,Rumah gedang terpanggung;Dari kecil timangan ibu,Sudah besar timangan untung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Berbelok di tanjung beringin,Kemudi patah dilentur;Elok orang hati tak ingin,Budi bahasa hatiku hancur.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan sirih berpipang tidak,Pinang ada dari melaka;Makan sirih mengenyang tidak,Tegal di budi dengan bahasa.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Raja rum sembahyang subuh,Terendam pucuk gelegata;Tersentuh kulit, cium tubuh,Di dalam batin terlindung jua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ikan raya di bahar allah,Berenang menuju di tengah arung;Sia-sia tuan berlelah,Jaring direntang di hadap burung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tanjung Katong airnya biru,Boleh buat cermin mata;Sedang sekampung lagi dirindu,Ini pula jauh di mata.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Zaman tatkala raja di Kelang,Tali diukur dengan gelang;Budi sedikit bilakah hilang,Sudah serap di dalam tulang.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Kalau kerja raja di Kelang,Pakai kebaya sama gelang;Budi sedikit bilakah hilang,Berserap sampai ke dalam tulang.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Dari pauh singgah pematang,Singgah merapat papan kemudi;Dari jauh sahaya datang,Karena tuan baik budi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Limau purut limau lelang,Masak sebiji di pangkal Rama;Harimau mati tinggalkan belang,Manusia mati tinggalkan nama.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak Melayu pakai selendang,Singgah petik buah delima;Harimau mati tinggalkan belang,Orang mati tinggalkan nama.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922); juga dalam Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)