Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Kencang-kencang angin timur,Hendak belayar ke tanah seberang;Minta doa panjang umur,Hendak balas budi orang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Berkait

Serabi di muka pintu,Pergi ke parit hendak merayau,Maka sampai sehingga situ,Ratu Amas berbalik ke Riau.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Inche Esa jalan berpimpin,Beli nanas dalam perahu;Ada masa ketika musim,Tidak panas hujan selalu.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Di mana serindit mati,Mati disumpit anak Cina;Balik gunung maligai hati,Merak bertapa menjadi singa.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Baru datang dari Singora,Muat padi dalam perahu;Tentang di mata berpura pura,Cinta di hati bersama tahu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Ketika kapal perang di daik,Hendak dicari sultan raja;Jikalau asal barang yang baik,Bilakan intan menjadi kaca.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Banyak orang banyak perahu,Kena gelombang angin selatan;Kalau tuan nak pergi dahulu,Biar tenggelam apung di depan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dusun besar habis berbuah,Ambil tanduk dibuat bajah;Siang malam duduk berdoah,Minta pelanduk menjadi gajah.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Padi pulut padi di kelang,Makan kera dengan babi;Jangan gelut jangan digelusang,Alamat kerja tidak menjadi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kapal masuk ke pulau pinang,Singgah berlabuh di hujung tanjung;Macam mana hati nak senang?Satu sangkar dua burung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Conggang-conggong kerabat batang,Batang tumbang kayu melata;Kering cengkung mata buntang,Telunjuk ke diri tikam mata.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Masuk ke hutan getah pipit,Pipit di getah budak-budak;Budi tuan bukan sedikit,Budi saya apa pun tidak.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Isi air di dalam buyung,Kampung Melaka tanahnya rata;Tarik nafas terkenang untung,Belum mahu untung apa nak kata.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Selat dinding tanjung terpencil,Tempat cik yop berkedai belanga;Putih kuning pinggangnya kecil,Pipi dicium berbau bunga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hari-hari masuk ke taman,Kerat-kerat kayu api;Tuan umpama syarbat minuman,Sedikit tak ralat di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jatuh ke logok Indragiri,Beli gula satu tempayan;Jikalau pandai membawa diri,Banyak orang balas kasihan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Telur pipit di dalam sarang,Di ambil anak Indragiri;Gunung Berapit bercarang-carang,Bukit terlepas seorang diri.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Layar bias turun ke hilir,Tiada tercanggah air deras;Tiada mengerti kias dan sindir,Tiada rut rasa maras.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Budak berlari keliling rumah,Mengejar baca dengan tulis;Cari-cari orang ternama,Jangan tercacat tengah majlis.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Lalu ke bukit menjaring rusa,Mari di depa panjang sepuluh;Racun pahit terlalu bisa,Bagi penyakit suka membunuh.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tarik kawat panjang seutas,Buat mari pengapit gigi;Kasih bagai dakwat kertas,Tentu tak boleh disapu lagi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kain batik dari Palembang,Pakai budak setiap hari;Jikalau cantik fikiran kurang,Emas perak jauh sekali.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Setiap hari pergi ke kedai,Beli mari telur sotong;Sudah cerdik tambah pandai,Pandai tak boleh melawan untung.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Sekat pagar dahan pungut,Anak raja mengail ikan;Bila lapar tahan perut,Jangan biasa mesti dimakan.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Batang kendondong bersarang lebah,Kayu di bukit baru ditebang;Biar condong jangan rebah,Tinggal sedikit dapat menumpang.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Ayuh adik mahahbah negeri,Tunduk-tunduk tidak upaya;Siapa cerdik terlepas diri,Yang bodoh kena pedaya.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Orang berjalan berlima-lima,Masuk ke hutan tinggal berempat;Bagai sudah saya terima,Orang yang lain janganlah dapat.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Cucuk bunga emas berbatang-batang,Malam ini pengantin baru berlaki isteri;Pengantin pakai seperti puteri mambang,Seperti Chong-guan berjumpa bidadari.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Tiup api jerang belanga,Akan perebus kepala kurau;Tuan pergi janganlah lama,Siapakah kelak teman berguau?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Si Esa anak di Jawa,Bunting sulung sembilan bulan;Kalau rindu hati nyawa,Kalam di lencong surat kirimkan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang Daik dari Kuala,Sarat muat ubi keladi;Buat baik berpada-pada,Buat jahat jangan sekali.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang berbuai laju-laju,Hendak sampai ke seberang;Buangkan saya sudahlah tentu,Bagai mayang dengan seludang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Penyengat di tepi air,Memanjat akar di kubur;Ingat-ingat getah cair,Kalau tak dapat bulu bertabur.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Berkait

Pergi ke Parit hendak merayau,Situlah banyak ubi kemili,Ratu Amas berbalik ke Riau,Duduk mendiam-diamkan diri.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Pulau pinang simpang empat,Satu lorong jalan tersekat;Habis peluru dengan ubat,Seekor burung haram tak dapat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bambu sumpitan dari Makassar,Mari disumpit burung princet;Lautan kering bukit berkisar,Baru sedar bocoran kocek.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Buluh diraut tengah padang,Sudah diraut lalu dibelah;Puluh hanyut teradang-adang,Hendak diikut serba salah.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Rama-rama terbang ke rasau,Sampai ke rasau membilang jari;Berapa lama abang merantau,Adik yang tinggal membilang hari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jika tuan pergi ke pantai,Telur itik golek di lantai;Sungguh wangi bunga rampai,Hendak dipitik tiada bertangkai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kena embat tersera-sera,Terlompat-lompat bagai kera;Harimau putun kena penjara,Pelanduk kecil menolak mara.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Masak nasi menjadi bubur,Bubur pula bercampur nila;Hati susah baik dihibur,Kalau tidak menjadi gila.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Air gula lupa ditudung,Selimut dengan kain gebar;Dengar suara badan terlindung,Rasa tak boleh ditahan sabar.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Ada satu penglima garang,Janggut panjang misai bercabang;Pokok pisang boleh tuan tebang,Kepada saya jangan dicadang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Orang mengail di kuala daik,Dapat seekor ikan duri;Sudah terkenang budi yang baik,Jatuh tersimpan di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ibumu sakit berbagai-bagai,Lahirkan engkau, bidanpun capai;Dibagi mandi terkuai-kapai,Diambil bedung dibagi pakai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pukul gendang tiup seroni,Encik Esa tanah seberang;Putai mata burung puni,Kayu ora di tunggu lolang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Bertanjak baharu bertinjau,Tahu langkah tilikan saat;Orang sesak hatinya risau,Hemat serempak hendak membuat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pedang lama saya dibeli,Mari ku tempah buang karatnya;Di mana terbang nuri ku tadi,Sudah tergeta hujung sayapnya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tetak-tetak kayu jati,Jangan ditetak ibu pokoknya;Sungguh hidup lawannya mati,Kalau berharta ada bekalnya.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Pucuk pauh lebat di batang,Sayang selasih masak minyak;Dari jauh sobat mendatang,Terima kasih banyak banyak.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang Geresik pergi ke Daik,Buat ladang menanam kopi;Jikalau ada nasib yang baik,Sekalian malang habis ke tepi. 19.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak helang di kayu mati,Turun ke pantai menyambar ikan;Kalau tidak kerana mati,Dibelah dada saya tunjukkan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Raden Inu bersalin nama,Digelar mari ratu di data;Jikalau sungguh mati bersama,Kasai di hati jangan cedera.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Racik burung dari Penyengat,Di kebun raja duduk menteri;Gaduh datang saya beringat,Jadi susah satu negeri.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Sirih kuning permatang tebat,Jangan beli pengalan panjang;Putih kuning rambutnya lebat,Jangan beri berjalan seorang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Naik bukit membeli mangkuk,Mangkuk berisi buah berangan;Tahan racik, burung tak masuk,Burung biasa makan di tangan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Radin Galoh ratu berkala,Marong Dewi bergelar ratu;Mahu dijunjung di atas kepala,Manis sebagai gula madu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang berlayar dari linggi,Muat kelici dalam perahu;Jikalau mahu emas yang tinggi,Sukat diuji baru lah tahu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Fikirannya jahat tidak sempurna,Dibuat orang palsu bencana;Kebenaran Allah dalam dunia,Mahu buat orang sendiri terkena.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Tetak teja dalam dusun,Tumbang ke ladang padi binasa;Hari senja ayam naik serun,Tikus melawar mencari mangsa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)