Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Layang-layang terbang ke acih,Jatuh ke landu makan padi;Seorang sayang seorang kasih,Bagai hempedu lekat di hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tinggi bukit gunung bertam,Tampak dari kuala gamin;Pantang abang panau bertatam,Bagai intan dalam cermin.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Rumenia disangka kundangan,Ambil jantung bungkus kapas;Hidup di dunia sedang-sedangan,Jiwa tergantung di hujung nafas.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Angkut-angkut terbang ke langit,Sampai ke langit membuat sarang;Mulut busuk ketiak hangit,Pandai meminang kekasih orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang berniaga dalam kapal,Air kolong minyak serai;Toksa ku marah buat pasal,Sama baik boleh bercerai.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Encik Ali panglima perang,Pergi berperang dengan senjata;Awan di langit jikalau terang,Cahaya bintang barulah nyata.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Pasang pelita terang-benderang,Raja Bakti nak main congkak;Sepuluh dicinta sepuluh disayang,Sampai masa tertinggal jugak.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Lain hulu, lain parang,Sayang gereja di atas bukit;Lain dahulu, lain sekarang,Jauh beza, bukan sedikit.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Pergi di paya lalu mendekut,Dapat seekor punai jantan;Kaya orang apa ditakut,Budi dan basa kita malukan.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Anggur habis tanaman juda,Tempat tanam raja Melayu;Bicara buah bukannya mudah,Sikit silap gugur selalu.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Jambu hijau mari dijolok,Jatuh ke tanah habis merekah;Berjumpa kasih terlampau elok,Bagai jumpa pintu syurga.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Cenderawasih burung di sawah,Pukul anak ibu yang mati;Cerai kasih bukannya mudah,Rasa nak gentas tangkai hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang menembak tergopoh-gopoh,Tembaknya kuat sampai seberang;Mahu berkawan takut bergaduh,Lebih baik duduk seorang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Lagi dibelah lagi diungkai,Kononlah pula torak bertorang;Di tangan allah lagi diungkai,Kononlah pula di tangan orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Layang-layang di atas bukit,Kayu tengar dari seberang;Cinta sayang bukan sedikit,Racun penawar tuan seorang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang barat pergi ke Seremban,Bawa jual telur tenggiri;Jikalau barat tinggalkan badan,Sapu peluh ingatkan diri.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Pukul gendang anak serani,Anak keling mandi minyak;Saya umpama rumput di bumi,Rendah sekali pada yang banyak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kena sengat sembilang karang,Siang malam duduk mengerang;Puas didemah habis diganggang,Tujuh hari bisa tak hilang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dikait mari Laksamana,Ikat mari tali mali;Aya-hai engsun saya bertanya,Pisang berbuah berapa kali.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tatang puan, tatang cerana,Datang biduk seri rama;Datang tuan datanglah nyawa,Mari duduk bersama-sama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Gigi bertatah dengan gewang,Kelip-kelau nampak berjahang;Rumah buruk lantai jarang,Kalau teperlus malu ke orang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Encik ambong orang melaka,Membentuk kail di atas takar;Sombong sahaja tuan berkata,Di mana kan air boleh dibakar?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ibunya melata di pangkal buluh,Di kayu tinggi tempat menjaga;Beribu laksa menjadi puluh,Kalau negeri-negeri juga.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Ayam denak di padang puar,Makan ke teluk sisa tupai;Ayam jinak menjadi liar,Lang di mana datang mengintai?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Keris sempana keris tampang,Canai anak dagang melayu;Jangan lama di negeri orang,Bencana banyak mendaun kayu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang tidur berbantal lengan,Cincin di jari berbalut suasa;Tuan bagai tajuk junjungan,Mana boleh rosak binasa.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Inche itam anak di jawa,Bunting sulung sembilan bulan;Intan maknikam guliga nyawa,Bolai kutingting atas junjungan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Sotong masak dengan kuah,Masak mari dalam kuali;Sudah untung tambah bertuah,Tentu rezeki bertambah lagi.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Asah pisau di batu halus,Jatuh di kaki haram tak luka;Cakap sepatah begitu halus,Sampai mati haram tak lupa. 25 Mar.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Putik rumenia dalam perahu,Tukang mengambil raja di Bali;Adat dunia jangan tak tahu,Kalau langgar membawa mati.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Masuk ke hutan cari cindana,Anak raja berumah sini;Ayuh tuan mari ku tanya,Di mana tempat bunga wangi.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Cacak galah di tepi tebing,Pucuk nipah kelibatan;Sudah rosak cindai keling,Rosak di dalam pelipatan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang berjalan ke Tanjong Jati,Mahu jolok buah berambang;Jikalau pelihara burung merpati,Lepaskan pergi dia pulang petang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Laksamana mudik bergaduh,Singgah berperang di balai raja;Tuan laksana bunga senduduk,Serta kembang merah lah saja.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Orang di Hong Kong pergi menyembah,Jumpa datuk bertaruh sumpah;Sudah condong kalau tak rebah,Batang tengkuk pelepah timpa.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Duduk menangis sambil menulis,Mari ditulis di atas daun;Sekecil-kecil kayu tempinis,Terasnya tahan berpuluh tahun.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tapah-tapah kuala permata,Membuat sakat lemau manis;Surat apa datang serta,Serta kubaca tunduk menangis.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Ada satu penglima batak,Sekali pandang sebagai perompak;Saya laksana jung tercampak,Pasang surut dipukul ombak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Encik puan orang di kota,Sayang todak dalam perahu;Sebab tuan hatiku cinta,Makan tak hendak tidur tak mahu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kapal beradu malam waktu,Cahaya pelita sinar di ruang;Kalau rindu sebut namaku,Air mata jangan kau buang.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Babi bermain di terang bulan,Singgah berkubang di rumpun buluh;Tuan seumpama kain kapan,Hancur luluh lekat di tubuh.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Dipanah oleh Raja Hanuman,Disambar paksi burung dewata;Entahkan balik akhirulzaman,Sudah nasib pertemuan kita.
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Pecah buyung tempayan ada,Boleh juga mencuci kaki;Terbang tiung bayan ada,Boleh juga menhiburkan hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Beragam bunga terbit dari tangkainya,Harumnya bikin elus beta punya hati,Lelah ini jiwa sekadar untuk meraba,Cinta tak kunjunglah jua beta rasai.
Wikisource (CC BY-SA)Tukang piara anak di hulu,Anak rusa di sawah padi;Pesan orang tua dulu dulu,Nama yang baik payah dicari.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Pokok dudur dalam rimba,Pokok sena di dalam pasu;Tuan tidur berbantal tiba,Lena mengulit di atas pangku.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tuang air di dalam gelok,Kasi minum orang seberang;Pusing ombak ikan ke telok,Nanti cuaca boleh tenang.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tempat orang bakar arang,Bunga mawar tepi perigi;Apa nak takut ular belerang,Penawar ada di tangan kami.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang jawa pulang ke jawa,Membawa tiang bersambung-sambung;Badan terletak putuslah nyawa,Nyawa tidak dapat disambung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Singa raja Singa berbunting,Singa sampai Karimun Yam tuan;Tuan seumpama bunga disunting,Bau merdu di kaki awan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Musang jebat di atas daun,Meniti di ranting tiada patah;Berapa lebat hujan setahun,Jatuh ke bumi haram tak basah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Menangguk udangnya banyak,Hendak dipipah, airnya dalam;Hendak masuk, orangnya banyak,Campaklah sepah dari dalam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Parang-parang namanya ikan,Makan dikail gerak surut;Sebarang boleh asal makanan,Supaya hidup kenyangkan perut.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Inche Mat anak perompak,Singgah di Naning menjaga malam;Baru disukat garam secupak,Hendak diasinkan air sekolam.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tarik dayung sorong dayung,Singgah berhenti di tepi pantai;Tuan laksana sampan kudung,Sudah buruk tiada terpakai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Raden Galuh perang terkepung,Dikepung sinu kereta pati;Mencari jodoh dua seuntung,Boleh membuat penghibur hati.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Anak ayam turun tiga,Mati seekor tinggal dua;Kelasi-kelasi baharulah suka,Bongkar sauh belayar semula.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Burung lang terbang berdirit,Pandai menyambar ikan sepat;Tuan laksana bunga di bukit,Cantik bagai kuntum selimpat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Masuk berperang mati ditikam,Ditikam mari Raja Surati;Sudah terang cahaya manikam,Suka gelak rasa di hati.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Radin Galoh tunduk menyembah,Pakai cincin di hujng jari;Berjumpa tuan jiwa bertambah,Hilang di mana saya nak cari.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)