Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Terbang lolang dua serupa,Hinggap di dahan bercabang dua;Baru sekarang kita berjumpa,Serahkan badan dengan jiwa.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
AgamaAdat & Bangsa

Anak raja mendaki bukit,Patah galah dalam perahu;Pegang tangan jeling sedikit,Hati di dalam allah yang tahu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tuan ketam padi pulut,Saya ketam padi jawi;Tuan berkata sedap di mulut,Saya mendengar sakit hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung mak buah,Keduduk tidak berbunga lagi;Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Burung serindit terbang melayang,Mari hinggap di ranting mati;Bukan ringgit pandangan orang,Budi bahasa tangkaian hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ruak-ruak dari rumbia,Beri makan padi di dulang;Emas perak harta di dunia,Budi baik dikenang orang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Tetak upih merancung upih,Anak cina mengubat luka;Saya laksana kain putih,Sebarang diwarna boleh belaka.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jikalau kembang gandah suri,Masuk ke bentan menimbang lada;Mahkota abang dapat dicari,Intan manikam di mana ada.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Air pasang di tepi pantai,Masuk ketam di dalam luka;Tentang dengan sahabat andai,Soal gurindam apa yang suka.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Minyak ketiau tumpah di lantai,Buah empelam saya longgokkan;Di tanah riau baju dipakai,Di tanah jambi baju diburukkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah rerak dari rumbia,Kait kait dalam dulang;Emas perak isarat dunia,Budi yang baik dikenang orang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tumbuk padi sulung tahun,Hari raya raya haji;Di dalam teras ada daun,Di dalam daun ada isi (10 J.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Kasih & Cinta

Cincin empat hilangnya lima,Hilang sebentuk pulau taji;Hilang sahabat lagikan gila,Kononlah pula kasih tak jadi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Akar manau kait berkait,Manik sambau saya tumpahkan;Di periaman baju dijahit,Di minangkabau baju disudahkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Ikan menghempas di atas dayung,Sisiknya jatuh ke atas kemudi;Tuan di atas kemuncak payung,Sahaya di bawah menjunjung duli.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Berhuma ke balik desa,Menengok beruk berulang makan;Kalau bertanya kurang periksa,Buah mabuk sudah termakan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Sindiran

Mengata dulang,paku terserepih;Mengata orang,kamu yang lebih.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Jangan suka minum di kendi,Sebab kendi asalnya tanah;Jangan suka menabur budi,Di dalam budi kerap terkena.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Adat & Bangsa

Kalau tuan pergi ke bangsal,Singgah kait buah ruminia;Kalau dah ambil jangan menyesal,Sesal kemudian tidak berguna!

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Alip berdiri seperti tiang,Tempat raja buat kota;Sudah tengok gambar wayang,Hati di dalam sangat bercinta.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Sebelang kulit cemperai,Kulit keladi ketulangan sega;Kepalang lama abang bercerai,Elok kita berpulangan semula.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Ilmu & Belajar

Pilih-pilih tempat mandi,Pertama teluk kedua pantai;Pilih-pilih tempat menjadi,Pertama elok kedua pandai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah tembega dibawa pulang,Rama-rama terbang ke jawa;Adik membega, abang membulang,Sama-sama membuang nyawa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Alang wangi asap setanggi,Buat hukup kain dan baju;Bukankah dunia panjang lagi,Nasib manusia siapalah tahu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ikan mas mudik ke dusun,Dari Palembang ke tanah Jawa;Paras gemilang jawita engsoon,Mati abang berayla nyawa.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Rumah baharu cantik dialas,Alasan hebat kerawang berbunga;Saya umpama daun palas,Balut ketupat baharu berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
NasihatBudi & Jasa

Limau purut limau lelang,Masak sebiji di pangkal Rama;Harimau mati tinggalkan belang,Manusia mati tinggalkan nama.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Budi & JasaAdat & Bangsa

Bukan tanah menjadi padi,Kalau jadi hampa melayang;Bukan bangsa menanam budi,Kalau tanam cuma terbuang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pasang lilin bakar kertas,Datuk ada di kebun china;Saya seperma payung kertas,Hujan panas baru berguna.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tambora pulau di laut,Tempat kapal pergi datang;Susah sengsara antara maut,Mencari bekal pagi petang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tempat ludah saya ludahkan,Makan sirih carik-bercarik;Yang sudah saya sudahkan,Kita mengaku adik-beradik.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanam tebu jarang-jarang,Tanam selasih berikat-ikat;Tuan bertemu jarang-jarang,Itu membuat kasih teringat.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Orang bergalah di hujung haluan,Perahu berisi cendana gaharu;Minta doa mudah-mudahan,Boleh rezeki datang selalu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Bunga melur orna raksa,Pisau raudi hulunya emas;Kalau pandai menimbang rasa,Lautan diselam haram tak lemas.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Beli kacang beli terung,Beli mari di kedai cina;Kalau sudah si bacang gantung,Sampai kering tidak ke tanah.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Terkerumit-kerumit tindas kutu,Kutu merayap dalam rambut;Puru di tumit jadi kematu,Meski baik tak hilang parut.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berinai berbunga kain,Bunga bersarat sekalian pakunya;Selama ini bernampak lain,Cuba diliat tengah lakunya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Niat hati nak pancing temenung,Sudah terpancing ikan setoka;Niat hati nak peluk gunung,Sudah terpeluk biawak celaka.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Pokok mengkudu di tepi paya,Sayang sedahan buahnya lebat;Tuan tak tahu di hati saya,Belahkan dada, cuba lihat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cik Abu pergi memburu,Ambil sumpit buat menyumpit;Kalau pandai tuan berguru,Baik cari tempat sulit.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Orang seberang cari teritip,Anak beruk jantan betina;Kalau buang tak patut kutip,Benda yang buruk apa nak guna?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hari petang matahari redup,Anak kumbang terbang berdengung;Saya laksana kunyit hidup,Masak gulai busuk maung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hendak pergi ke bukit putus,Lihat orang hempas lengan;Jahit sudah kelindan putus,Hilang jarum di tapak tangan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Katak hitam katak di ceruk,Itu bernama katak puru;Terbit bintang cahaya elok,Di mana pergi terang selalu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak lotong di tepi pagar,Dikejar budak sampai ke tanjung;Ada untung anak diajar,Nasib yang baik boleh bergantung.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Sumpit mari si barau-barau,Masuk di hutan mudik ke hulu;Tuju musim timpa kemarau,Baik ditolong hujan di hulu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Anak kijang makan pandan,Lalu masuk ke dalam kota;Biar hilang jiwa di badan,Asal sampai maksud kita.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Sudah gembur baharu menukai,Benih dibawa dalam bungkus;Menjalar melata pohon temikai,Sayang buah dimakan tikus.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kahwin & Merisik

Nyiur tinggi di tepi perahu,Di goncang ambil buahnya;Tuan bersuami kami tak mahu,Jikalau bujang apa salahnya?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ambil galah jolok rumania,Kait mari sambil berdiri;Kita hidup atas dunia,Buat baik taburkan budi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tanam padi di tepi paya,Beramai mari anak Melayu;Mati tuan matilah saya,Senjata di mana bersama lalu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Dari Gresik ke Surabaya,Pelabuhan kapal api setiap hari;Berjumpa nona di Surabaya,Habis wang lupakan negeri.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Kasih & Cinta

Pucuk pauh berulam pauh,Petang-petang kacau inti;Sayang saya berkasih jauh,Petang-petang hancur hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jikalau tuan hendak ke jambi,Lipat kajang kemas-kemas;Jikalau tuan hendakkan kami,Cari kijang tanduk emas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau ada kaca di pintu,Katang-katang berisi rempah;Kalau ada kata begitu,Saya tatang di hujung lidah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanam padi di bukit jeram,Tanam keduduk atas batu;Macam mana hati tak geram,Menengok tetik menolak baju.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sekam bernama segantang padi,Bungkus mari cukin kain;Satu bacang satu kuini,Rupanya sama rasanya lain.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Syaitan besar dari Serati,Bermain dengan Jin jembalang;Kalau begini rasanya hati,Sayangkan tubuh jiwaku hilang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Timun betik mari kupetik,Petik mari canggal kuku;Hilang sungkit berganti batik,Batik bernama cindai beledu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Seekor harimau menangkap kuda,Serta bawa sampai berlari;Suka ingat di dalam dada,Apa perkara semua jadi. 25 Mar.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)