Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Gajah sakti dari seberang,Hantar hasil benua China;Mahkota hati tuan senang,Sri Gumbala dalam dunia.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tetak nangka bertali tali,Buang kulit lautan siam;Tidak sangka sekali kali,Bercerai kasih dalam diam.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Orang menangguk ikan sepat,Dapat seekor di sawah padi;Terlepas kiri kanan tak dapat,Tolak tangga berayun kaki.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Cencaluk campur gulai bacang,Perbuatan cina gulai melayu;Cabuk mekteng jangan datang,Busuk pekung tak dapat hidu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Empat belas hari bulan rejang Singa,Air diminum habis terbanting;Laksana tuan seperti bunga,Puas dicium baru disunting.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tetak tetak batang kayu,Jangan ditetak sempadan raja;Hilang di mata tak hilang pilu,Anak sudah biasa dimanja.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Ada damak ada sumpitan,Batak memburu berbalik hari;Sungguh pun semak nampak hutan,Siapa tahu menjadi negeri.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Agama

Bakar damar di Tanjung Palas,Belah jua akan suginya;Saya benar serta ikhlas,Allah jua akan saksinya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung semabuk,Limau abung tebing perigi;Sudah termakan buah nan mabuk,Terpanjat pula nibung berduri.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari teluk ke tepi perigi,Singgah berhenti di tepi pantai;Sahajalah pungguk tak sedar diri,Bulan yang tinggi hendak di capai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Ilmu & Belajar

Pandai pelihara anak itik,Gelisik bulu jantan betina;Emas kertas jangan dititik,Kalau penyek tiada berguna.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Serai kuning dalam cembul,Makan orang di atas bangku;Doa pengiring mintakan kabul,Banyak orang kasihankan aku.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ibu seladang melawan gajah,Ditempuh pula lari berenang;Diikut undang-undang raja,Makhluk yang ada boleh senang.

Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri Selat
Pelbagai

Bunga cina tanaman cina,Mari dibungkus dengan kertas;Sungguh saya bena tak bena,Hati di dalam belum kan lepas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Raden Galuh masuk bertapa,Cukup genap seratus hari;Bunga melur kuntum cempaka,Hilang di mana saya nak cari.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Sumpitan dari Makassar,Sumpit mari si barau-barau;Lautan kering gunung berkisar,Tuju musim timpa kemarau.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tetak jati di hulu acai,Carang langudi di sapu tangan;Ayuh hati terlalulah kasih,Kenang budi jadi penjangan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang mengail sungai dua,Mari umpan pucuk keledek;Orang bermain sama tua,Kencang-kencang bunyi gobek.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak tamban sebesar jari,Mari dibungkus daun keladi;Saya umpama tiada bertali,Di mana tersangkut di situ berhenti.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berkawan dari Patani,Berhenti di kuala tenang surut;Dari awan tiba ke bumi,Cari ara kenyangkan perut.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Kasih & Cinta

Sialang pulau sialang,Tiga dengan pulau gelugur;Kasih tuan bukan kepalang,Jatuh di hati limpa gugur.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kaut-kaut sayur kangkung,Hendak menjamu orang di hulu;Umpama hidup siput belitung,Air pasang kerabat kayu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Panjang rambut siti julita,Panjang melilit ibu kaki;Intan zamrud cermin mata,Tuan seorang mahkota hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Turun ke hilir petik remayung,Buat sayur pagi hari;Jangan disindir jangan disayung,Cakapkan terang supaya erti.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah bacang buah kuini,Makan mari hari malam;Susah datang sampai begini,Serasa ku harung air yang dalam.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Memasang jerat di atas permatang,Kena denak hujung bulunya;Makin dihalau semakin datang,Orang dah jinak dari dahulunya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tukar baju pakai seluar,Cubak cubak menanam padi;Saya seorang orang di luar,Cubak cubak menabur budi.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Anak Jin di kebun cina,Datang bermain di tengah padang;Sungguh raib ke mana-mana,Ada hayat boleh memandang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Ayam tua keras berkokok,Makan padi dalam perahu;Seperti buah masak di pokok,Asam manis orang pun tahu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Bismillah itu mula dikarang,Pantun anak jawa semarang;Saya umpama kain jarang,Jual tidak dibeli orang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Cempedak buah berangan,Lempata bunganya biru;Teragak dikenang jangan,Adat muda sahaja begitu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Gunung ledang bercabang tiga,Tempat orang berbuat huma;Kasih sayang janganlah hiba,Saya pergi entahkan lama.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hendak hujan, hujan sekali,Boleh saya berkajang kain;Hendak buang, buang sekali,Boleh saya mencari lain.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Burung merpati terbang menderu,Terbang mari pergi seberang;Sia-sia tuan menanggung rindu,Saya ini dimiliki orang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak cina petek berembang,Jatuh sebiji di tepi pantai;Tuan laksana lepas terbang,Saya di bumi bila tercapai?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bunga tanjung dari udara,Pakaian anak bidadari;Beta dianjung dengan bicara,Hilang akal kerana budi.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Perahu dandan belayar ke Siam,Rakit dua dipanggungkan;Nampak diri seperti diam,Sakit tak boleh ditanggungkan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak melayu pergi ke bukit,Masuk ke hutan memotong kayu;Bukan tebu boleh tuan gigit,Buku buluh bolehlah tahu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ayam hutan terbang ke hutan,Tali tersangkut di hujung gala;Dari jauh dipandang intan,Sampai dekat batu belanda.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Jikalau sungguh bulan purnama,Mengapa tidak di pagar bintang?Jikalau sungguh tuan bijaksana,Mengapa tidak dapat ditentang?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak itik keram di hulu,Pergi mandi di sawah padi;Belum belum cengkeram dulu,Tidak diberi bertawar lagi.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Pacu kuda di tepi gua,Pacu anak Raja Melaka;Pokok npa muda lambat berbuah,Nantikan masa dengan ketika.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Tiba di pasar tawar-menawar,Beli pula asam rumenia;Bila hidup mesti sabar,Tarik nafas tinggalkan dunia.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Adat & Bangsa

Padang temu padang baiduri,Tempat raja membangun kota;Bijak bertemu dengan jauhari,Bagai cincin dengan permata.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Berapa candung parang dipinggal,Lebih candung parang dibili;Berapa cengkung adik yang tinggal,Lebih cengkung abang yang pergi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jawi-jawi batang senuduk,Mati ditimpa gergaji papan;Ketawi sudah racun yang mabuk,Sekarat nak mati baru dimakan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Luruh upih pergam datang,Dapat seekor di sawah padi;Suruh putih hitam datang,Serta datang menyakit hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanam padi tepi keramat,Tinggi paytak dari ruang;Sedang dicari tidak selamat,Inikan pula harta orang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Ayam denak di tengah padang,Main anak raja raja;Sungguh jinak mata memandang,Takkan boleh menangkap saja.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Limau purut batang berduri,Campur setanggi hiris daunnya;Rindu tak makan semalam sehari,Marilah tuan di sini tempatnya.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Kuda saidi lima sekawan,Masuk kubu panglima garang;Adinda dampin apalah tuan,Hendak bertemu sama seorang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Balik Gambang balik biola,Orang berdansa di muka pintu;Mahu terbang bukan garuda,Cenderawasih melayangkan aku.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Inche Asan belayar kapal,Kapal dituju haluan barat;Hilang pedoman mencari akal,Supaya jangan kapal ke darat.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Tikar pucuk tikar bengkawang,Tempat tidur Raja Melayu;Ikan busuk jangan dibuang,Buat perencah daun kayu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tarik dayung berderap-derap,Hendak melawan sampan kotak;Saya laksana bunga dedap,Sungguh merah berbau tidak.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hayut kiambang berderai-derai,Hanyut dari pengkalan hulu;Bulan mengambang, pungguk mengintai,Bersahut-sahutan di carang kayu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau udang, udang juga,Bolehkah jadi anak tenggiri?Anak orang, orang juga,Bolehkah jadi anak sendiri?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Sindiran

Kuntul terbang ke udara,Ikan selangat dihempaskan,Jangan digenggam bara,Rasa hangat dilepaskan.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Orang menjala di Sungai Jambi,Udang galah sebesar lengan;Kalau terang bicara kami,Pada salah baik jangan.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Kayu ara di tebing tinggi,Jatuh sebiji ke dalam serkap;Anak dara sekarang ini,Tak dapat laki, ia menangkap.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)