Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Kokok ayam megat pandia,Kokok lalu merentas tanjung;Mimpi tidur dengan si dia,Peluh menjadi bunga tunjung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang belayar balik berbalik,Lalu berlabuh tempat yang tenang;Abang yang pergi hati tak baik,Adik yang tinggal hati tak senang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ilai rakit di hujung tanjung,Mari tambat di darat tepi;Sama sakit sama menanggung,Sama melarat sampai mati.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Air pasang di tepi bukit,Nantikan tenang mandikan kuda;Sebab kerana budi sedikit,Hati terkenang bukannya mudah.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Teluk temu padang lengkuas,Sama kiri kota mengkuang;Peluk tak jemu cium tak puas,Apa kan daya di tangan orang?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mambang di awan turun menyembah,Dari kaki ke hujung rambut;Cahaya manikam tidak berubah,Dipangku Sultan Raja di laut.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Terbang sekawan bersama-sama,Ruak-ruak terbang ke sana;Buah ranum tentu tak lama,Lambat lawan gugur ke tanah.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Empat empat menjadi hantu,Datang di padang terlompat-lompat;Serta bertentang hati tak tentu,Dagang bersabda minta mendapat.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Ulu congkih si pisau raut,Congkih berulu dengan sendirinya;Seorang lepas seorang terpaut,Ombak berpalu dengan sendirinya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hijau-hijau kuning-kuning,Buah rambai rambutan puan;Duduk rindu terguling-guling,Serasa tidur di pangku tuan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pramas Sakti pergi berjudi,Habis tergadai cincin mahkota;Hati terkenang sebab budi,Kerana budi hatiku cinta.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Adat & Bangsa

Itik mengakak malam jumaat,Masuk kampung dewa raja;Apa dikirim di dalam surat?Cembul berisi air mata.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ada satu dewa angkasa,Jalan mari tepi perpat;Sudahlah tahu serba rasa,Kenapalah tidak melihat.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang Penyengat pergi Semarang,Bawa kapong pergi ke Jeddah;Jikalau ingat zaman sekarang,Mahu campur tak mahu pun sudah.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tiup api abu berderai,Patah gala dalam perahu;Niat hati tidak bercerai,Kuasa Allah siapa tahu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Jahit baju berkelim terus,Baju dijahit jadi bengkalai;Tuan laksana batu pirus,Terikat di cincin manis dipakai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang hilir ke peramatang,Mati di bunuh penyamun darat;Dalam sesat bencana datang,Kerap kerap menjadi melarat.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Air pasang di laut Banjar,Olaknya sampai ke Tanjong Jati;Di mana tempat tuan belajar,Pandai membawa isyarat hati.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Inche Ali pasang luka,Dapat seekor ikan tamban;Budi tuan tidak kulupa,Seperti baju pakai di badan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
NasihatKasih & Cinta

Buluh perindu di atas atap,Hendak dibuat bambu joran;Kalau rindu jangan meratap,Siapa lalu baik dipesan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Adat & Bangsa

Masaklah buah jambu arang,Tuan haji lalu ke rimba;Burung undan tinggalkan sarang,Rajawali sudahlah tiba.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rebung saya rebung galian,Sepelempap dari tanah;Jangan apa dioleh alikkan,Di tempat lain dia nan ramah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak langsia menjadi hantu,Keluar jaga di tepi kolam;Laksana kita berhati mutu,Membuat rosak kalbu di dalam.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Jikalau kena dengan pasangnya,Mana kan kuda takut mandi;Jikalau kena dengan datangnya,Mana kan muda takut mati?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak itik digonggong Kucing,Bunga pulan di dalam parit;Dipetik bolih dibuat sunting,Bagai bulan baru terbit.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Agama

Burung pipit terbang ke bukit,Tempat orang menanam pala;Pipi tersenyum kening diangkit,Bagaimana saya tak gila?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tetak bulih membuat panah,Hendak panah kuda berlari;Minta laut menjadi tanah,Baharu saya datang ke mari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ambil bakul dengan badang,Isi nanas dengan cili;Ibarat tunggul di tengah padang,Kalau bertugas tentu tak tinggi.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Dewa bersenu di pintu gua,Bangun bertapa tunduk menangis;Tuan ini sempama buah,Masak merah makan tak manis.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Empat hari bulan rejang Kucing,Kucing menangkap burung beladu;Tuan merapat pintu terkancing,Hendak dengar suara merdu.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Pasir putih di sarang helang,Selasih saya cucukkan;Hitam putih dikata orang,Kerana kasih saya turutkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Ikan todak ikan aruan,Ikan dimakan berang-berang;Menanggung cinta pada mutuan,Membuat pilu hati yang garang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Tinggi-tinggi Bukit Tenggaling,Tiang bendera kayunya jati;Puas dicari pusing keliling,Tuan seorang mahkota hati.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Dapat timah berbangka-bangka,Timah datang dari kelang;Adik beban dirasa-rasa,Biar terbawa di badan seorang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak mambang bermain panah,Panah sampai ke-Tanjong Jati;Bulan mana tahun mana,Dendam tak lupa dalam hati.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Pengelan pengait gajus,Gajus gugur dengan sendirinya;Laut terbakar gunung hangus,Petang semalam tampak asapnya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau tak takut jangan menyeronot,Laksana puteri buah bonot;Tak dapat silap hendak merongot,Sudah tahu jangan pongot.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Merbuk burung di Keda,Bawa orang dari Daik;Kalau bercampur orang yang ada,Untung tidak nama pun baik.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Ilmu & Belajar

Pandai bertenun kain di acih,Batang torak saya hempaskan;Kerana sebab cenderawasih,Merak emas saya lepaskan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Berkait

Di atas pokok burung bersarang,Burung terbang di ruang angkasa,Dalam kita ada terlarang,Jangan sekali membuat dosa.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Orang tua nama si Amin,Dari Keramat masuk Mandusah;Kita berdoa bertadah amin,Minta selamat boleh santosah.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang melarek di kaki binjai,Kranji gugur bunganya;Sungguh secarik bernama cindai,Cempa beragi apa gunanya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Sorong kayu nasi ditanak,Mari tanak tepi kuala;Rendam sumbu di dalam minyak,Sudah menyerap baru menyala.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang berladang tanam padi,Padi berbuah lebat di batang;Malang sudah habislah pergi,Baru tuah boleh datang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke payar,Rapat payang di tepi kubu;Lapan bulan sembilan terlahir,Anak tak tahu sayangnya ibu.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Sayang teritip Batu Berendam,Anak ikan mati terasak;Dari putik sudah diidam,Bila masa menanti masak.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Kepaya si dua buah,Masak sebuah dibawa ke pekan;Anak siapa berbaju merah,Laksana buah boleh dimakan?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak Cina dari Betawi,Masuk berniaga negeri Semarang;Dalam terkena siapa ketahui,Tubuh mu rasa diri seorang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Gila gila bermain judi,Habis digadai dengan harta;Baru sedap kita berbudi,Sahabat baik menurut kata.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Gelama ikan di karang,Kail oleh anak Semarang;Saya sempama kain jarang,Takut dijual tak beli orang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Budak nakal di pintu Raja,Pakai pedang sebelah kiri;Antara mengkal kalau tak jaga,Disambar kluang dibawa lari.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Anak angsa di tepi perahu,Mari di pandan bengkuang duri;Masa ini baru ku tahu,Cari makan lepaskan diri.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Angkut-angkut terbang ke langit,Singgah bersarang di pohon paku;Tetangkup bumi dengan langit,Tuan seorang dalam tanganku.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Batu kelikir di atas bukit,Nampak sebagai merah jambu;Fikir di hati bukan sedikit,Entah bila boleh bertemu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Belayar kapal berkawan kawan,Di balik pulau situ bertunggu;Jikalau ada asal cendawan,Dipetir guntur dia bertumbuh.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Bunga telepuk kembang separak,Kembang bersusun setiap batang;Awan bertepuk, mega bersorak,Bulan terbit di pagar bintang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik Ali belayar ke Bangka,Pusing kemudi lalu di Siam;Hairan sekali tidak disangka,Orang berbudi di dalam diam.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kijang emas lalu di rimba,Singgah melompat lalu mati;Paras gemilang mari di riba,Kasih tertambat di dalam hati.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Encik Chik pergi menyuluh,Jumpa pari dua serupa;Mahu dicari sama sejodoh,Jarang-jarang baru dijumpa.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ke laut membeli barang,Itik bertelur dalam jeraminya;Laut terbakar menjadi terang,Setitik air memadaminya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)