Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Kasih & Cinta

Anak beruk besar lengan,Masuk ke bendang makan padi;Kalau kasih alang-alangan,Biar tak usah sekali-kali.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Budi & Jasa

Anak itik berenang balik,Menyelam takutkan lemas;Kalau ada budi yang baik,Saya tidak memandang emas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Ilmu & BelajarAdat & Bangsa

Cik siti pandai menempa,Tempa keris raja di situl;Saya umpama padi yang hampa,Buang di air semuanya timbul.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Merpati terbang sekawan,Turun ke tanah makan padi;Tanda mati hukum Tuhan,Dunia mana kita pergi.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Kain cukin corak sebelah,Buat mari basahan mandi;Miskin kita serba salah,Harapkan budi satu tak jadi.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926); juga dalam Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Budak manja keras kepala,Suka jalan ke mana pergi;Kalau raja jadi gembala,Apa mahu jadi dalam negeri.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Kasih & CintaAgama

Anak ruan lima-lima,Mati seekor di atas darat;Kasih tuan saya terima,Jadi hutang dunia akhirat.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Teluk batu tanjung perapit,Pisau raut di dalam perahu;Peluk pangku cium sedikit,Di dalam laut siapa kan tahu?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tudung sudah terendak bantan,Pagar siapa saya tasakkan;Untung sudah permintak badan,Pada siapa saya sesalkan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Kasih & Cinta

Sabar sungguh Raja Kuantan,Mengikut perang dari kuala.Adinda tuan sepantun intan,Tidak ternilai yang punya harga.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & CintaAgama

Kalau naik pinang masak,Ke luar tampuk tinggal mayang;Ditimang-timang diletak-letak,Jiwa semangat kasih sayang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
BerkaitPelbagai

Orang Feringgi melanggar China,Berapa banyak mati panglima;Sekarang tuan pergi ke mana?Kami nan hendak bertanya nama.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Tinggi-tinggi pokok lembari,Sayang pucuknya menyapu awan;Habis teluk puas kucari,Bagai punai mencari kawan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Benteng bukan kota pun bukan,Nampak jauh berpetak-petak;Rindu bukan dendam pun bukan,Tidur malam tersentak-sentak.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ikan jumpul ikan sembilang,Naik ke darat berlima-lima;Tubuhnya asal ruas gemilang,Hendak saya mati bersama.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Pasang lukah dalam bandar,Lukah hilir dengan sendirinya;Jika tak pulang bulan safar,Talak gugur dengan sendirinya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terang bulan bagai diukir,Pinang sendawa dari mengkasar;Jikalau saya setia mungkir,Tuntutlah daawa dipandang mahsyar.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau pergi ke teluk mas,Berhenti di bawah pohon terap;Tuan umpama songket emas,Terang cahaya merelap-relap.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Inche Andak bangun bersikat,Turun bersikat dengan sipatnya;Dengan segera bertemu ubat,Deras bangun dari tempatnya.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Dipatah anak sultan di hutan,Bertanam anak orang di Jawa;Hendak tanya yang ya bukan,Orang mendengar duduk tertawa.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Suka sangat jalan merantau,Tak tentu teluk segenap pantai;Barang yang jauh hendak dicekau,Tangan pendek hubung tak sampai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Lagi Mangkasar pergi Brunei,Perahu Lak samana muat rotan;Sebesar besar ikan di sungai,Tentu tak sama ikan lautan.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Tikus putih dari Palembang,Makan durian kebun belanda;Putih kuning mahkota abang,Mari ku junjung di atas riba.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Teratai kolam kiambang,Kiambang tak boleh sama tinggi;Jikalau pandai bermain giambang,Giambang sumbang berbunyi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Bunyi beduk dari bandar,Dipanggil orang ke sana;Selagi hidup kita bersandar,Sampai masa pulang ke tanah.

Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri Selat
Pelbagai

Pergi ke pantai kutip belankas,Tambat kerbau di pohon belimbing;Hidup di dunia tiada berbingkas,Kalau bertunas diragut kambing.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Banyak kala di dusun jati,Dusun bernama dusun remnia;Jikalau tuan dibunuh mati,Nantikan saya di Syurga dunia.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Sudah sukat jangan diparas,Paras tiada sama ratanya;Barang terhimpun kena cengkuas,Kepada siapa hendak bertanya?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Nyiur gading dua tandan,Setandan baharu berisi;Harumnya bagai bunga pandan,Lekat di tangan saya tangisi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanam anak sultan di hutan,Anak rakyat berkain terap;Terbang burung sahut-sahutan,Orang yang meliat hatinya harap.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Dari perlak ke pauh janggi,Rama-rama di punca kain;Tuan tak solak, saya tak sudi,Sama-sama mencari lain.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Limau purut lebat di pangkal,Sayang selasih condong uratnya;Angin ribut dapat ditangkal,Hati kasih apa ubatnya.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Lipat kain lipatlah baju,Mari kulipat di dalam puan;Sukat air menjadi batu,Baharu saya lupakan tuan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak orang payakumbuh,Turun ke pantai memacu kuda;Mumbang busuk ditanam tumbuh,Nibung bangsi bertaruk muda.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah rumenia di tepi keramat,Gugur jatuh di tepi perigi;Tanda dunia hendak kiamat,Pisang berbuah dua kali.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Adat & Bangsa

Pisang kelat digunggung helang,Jatuh ke laut indiragiri;Abang terselit di negeri orang,Baik-baik membawa diri.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Orang mengail di lubuk Bulang,Dibuat umpan kulit duku;Jangan bermain kasih orang,Nyawa bergantung di hujung kuku.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Gersek akarnya hangit,Akarnya habis dipijak gajah;Pasang jerat di pintu langit,Pesawatnya ada dalam tanah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pergi ke laut duduk memancing,Dapat seekor ikan tenggiri;Jikalau jadi pipit genting,Mana boleh terbang tinggi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang bertetak di tengah hutan,Lintang kayu di lemu manis;Buka mata hilanglah tuan,Pilu pilu tunduk menangis.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kemam bibir jangan dimarah,Beralan di tanah tinggi rendah;Bukan harimau hendak kerekah,Kaldai yang bodoh bolehlah mamah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rotan segulung ke dua gulung,Sayang segulung diikat pagar;Bisa terlampun di paytak tedung,Tukang yang mana dapat ditawar.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Apa lauk nasi rendam?Sayur petola dinihari;Apalah ubat hati yang dendam?Gesek biola tarikan nyanyi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Hendak mandi ke tepi tebing,Mandi jangan dirintikan;Nasi keris ulamnya lembing,Cinta sayang jangan dirintikan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Nadir Bugis tolak belayar,Tengah laut patah kemudinya;Hutang budi dapat dibayar,Hutang hati apa gantinya.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Nasihat

Tenang-tenang air di laut,sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut tersebut,budi baik rasa nak sanjung.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Kain songket panjang sembilan,Panjang serta kepalanya;Tuan seumpama permata intan,Saya menumpang akan cahayanya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Nyiur manis lebat setandan,Masak di bawah mayang mengurai;Laksana buah duduk tersimpan,Isi di dalam di tebuk tupai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik tahir bermain congkak,Congkak dimain lubang batu;Encik laksana air yang sebak,Mana boleh mudik ke hulu?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak tiung menyisir bukit,Nak mandi jalan gemilang;Peluk leher cium sedikit,Buat bekal abang nak pulang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah delima di dalam puan,Ditanam mari tepi perigi;Manakan sama dengan tuan,Sudah baik lagi berbudi.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Tanam selasih tanam jemuju,Tanam mari tepi sempadan;Jikalau dapat kasih setuju,Bagai nyawa pulang ke badan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang daik dari semarang,Kain batik baju kesumba;Emas baik mutu sekarang,Boleh diuji tidak berubah.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Rusa ini rusa di seberang,Beri makan rumput gurisi;Apalah dosa kekanda seorang,Ditanam tidak ditimbusi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kasa German baru dibeli,Untuk berniaga negeri Jawa;Kisar di kanan senget di kiri,Salah rasa jadi kecewa.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Kumbang hitam bulunya kasap,Tambat mari di haluan perahu;Gunung terbakar kelihatan asap,Hati rindu siapa yang tahu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Ruak-ruak bersarang dalam rimba,Dia terbang tinggalkan sarang;Emas perak harta dunia,Budi bahasa dikenang orang.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Santan diperah nyior dikukur,Hendak makan bulan puasa;Saya laksana barang sadur,Kalau dilebur habis binasa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kalau tidak kerana kunci,Papan peti saya belahkan;Kalau tidak kerana mati,Belah dada saya tunjukkan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah rerak tepi perigi,Langudi pahit ditimba ruang;Emas perak boleh dicari,Budi baik tidak terbuang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)