Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Tetak tengah kebun Encik Sulong,Tebas mari anak Melayu;Riuh rendah meminta tolong,Tengok unggas terbang lalu.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pergi ke darat tahan tekukur,Dapat seekor dalam hutan;Saya umpama sebuah ketur,Menahan ludah orang sekalian.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Burung merpati terbang seribu,Hinggap seekor di tengah laman;Hendak mati di hujung kuku,Hendak berkubur di tapak tangan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Merpati terbang melambung,Jatuh tersepit pagar mengkuang;Adikku nyawa orang beruntung,Jatuh di mana tidak terbuang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Terbang kumbang masuk ke taman,Pandang bunga berkembangan;Tuan menjadi batu timbangan,Bilakan boleh lepas di tangan?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Layang-layang terbang melayang,Jatuh ke laut disambar jerung;Siapa kata saya tak sayang?Kalau bunga rasa nak kendung.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Padi pulut padi di kelang,Pucik menyulai ke selama;Jangan digelusuk gelusang,Biar berjujai lama-lama.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
BerkaitSindiran

Hendak makan tidak berikan,Helang bersarang di pohon uni;Sanak bukan, saudara bukan,Mengapa gerangan datang ke sini?

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Datuk Dollah panglima raja,Jalan berempat masuk ke kota;Sedang dibelah sedang dijaga,Kalau tak dapat nasib celaka.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Pada dicacah dengan kuku,Biar terletak atas dulang;Pada dihantar hingga ke pintu,Biarlah abang jalan seorang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik Kadok orang Jelutung,Tanam mari ubi menggala;Pandai tak boleh lawan untung,Suratan sudah atas kepala.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Indra putri layang akan merak,Jatuh ke taman nenek kebayan;Lagi mula saya tak hendak,Tuan juga tunjuk akan jalan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Katak hitam katak di ceruk,Itu bernama katak puru;Intan manikam cahayanya elok,Di mana letak terang selalu.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Buah sauh dalam keranjang,Dibawa budak dari petani;Sungguh jauh tali panjang,Punca ada di tangan kami.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak Jawa bersepak raga,Sepak-menyepak di tengah padang;Sekuntum bunga dalam telaga,Cantik bunga bagai bintang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Kampung Gelam rumah di hujung,Sama tengah rumah Cik Tambi;Berguna juga si bunga tanjung,Baunya tidak berputus lagi.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Kencang utara di darat Siam,Bunyi beduk dari hulu;Dagang sengsara bertinggal diam,Asal tertutup sekalian malu.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Buah lada lebat di pangkal,Gugur daun dengan buahnya;Sungguh ada ringgit berkapal,Kalau tiada budi apa gunanya.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Dari bukit turun ke kampung,Orang memintal tali sabut;Pipit hendak menelan jagung,Telan tak lepas mati tesangkut.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Raden Galuh bertambangan,Dengan Inu dua junjungan;Di dalam majlis tiada bandingan,Kasai terpilih dalam hitungan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Buah bacang masak bersabut,Bijan terendam tepi serambi;Sekencang kencang engkau ribut,Datang hujan hilang sekali.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Pokok ribut jabu-berjabu,Jatuh di badan habis berdebu;Cakapan kias bagai sembilu,Pedihnya hati sampai hempedu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik lotah di sungai dedap,Bunyi dayung derap-berderap;Tiada getah dengan terap,Burung terbang jangan diharap.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Buah berembang buah pidada,Layu gugur sampai bunganya;Bukan mudah memelihara kuda,Mesti mahu diikut resminya.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Gunung di laut bertentang jati,Kota di Daik saya pagarkan;Hidup kita lawannya mati,Nama baik mahu tinggalkan.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Berkongkong anjing memburu,Baru sampai di luar kota;Sia sia mengadap guru,Ambil arang sapu di muka.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Ada seekor burung serindit,Terbang ke paya makan padi;Kepada orang tamakkan ringgit,Kepada saya kenangkan budi.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Ada gula ada semut,Anak kucing mama tulang;Orang kaya jangan disebut,Kita miskin membanting tulang.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Anak haruan di dalam paya,Mati di senat ikan keli;Biar takruan anak saya,Kepada siapa bercinta lagi.

Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (Koh & Company, Singapura, 1916)
Pelbagai

Ya Ilahi Tuhan ku Rabbi,Bersila kaki duduk mengaji;Kita berdoa pada Ilahi,Serta umur dengan rezeki.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Cik Puan menetak palas,Lalu menetak batang berduri;Budi tuan belum dibalas,Bagai embun jatuh ke bumi.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Serindik merah dadanya,Permainan anak Haji Doirahman;Kalau baik tengkah lakunya,Manalah boleh lepas di tangan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Asam paya buah di paya,Masak sebiji isinya merah;Apalah daya dengan upaya,Kerana budi badan terserah.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Kapal belayar dari Medan,Sampai ke laut patah kemudi;Mati ikan kerana umpan,Mati saya kerana budi.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Masuk hutan memotong rotan,Singgah berhenti rumah Encik Taher;Terjumpa sudah usul mu tuan,Sebagai itik berjumpa air.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Sayang puan kelapa puan,Makan mari di bulan puasa;Harap hati kepada tuan,Tuan tidak menimbang rasa.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Fikir-memikir sama lawak,Jangan dibawa ke tanjung jati;Sindir-menyindir sesama awak,Jangan dibawa masuk ke hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Masuk hutan mudik ke hulu,Mari sumpit burung princet;Baik ditolong kain baldu,Dapat menampal bocoran kocek.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Kasih & Cinta

Pokok buluh tinggi berbatang,Sayang penyengat dua serupa;Di dalam tidur mimpi pun datang,Semangat di badan datang berjumpa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Masuk keluar di pasar ikan,Orang acai timbang keladi;Apa juga tuan sesalkan,Tidak nasib boleh kah jadi.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Petik daun puter wali,Petik mari di olak jamban;Dosa apa ditanggung ini,Begini susah rasanya badan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Sindiran

Candu dibungkus kain palas,Makan dia mata bilas;Mandi segan kerja malas,Harta orang hendak digalas.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Dari gersik ke surabaya,Singgah memetik kuntum delima;Sudah nasib, apakan daya?Sudah berputik balik berbunga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tuan bertandak dengan suri,Menangis tersidai kain pun basah;Durian cempedak sama berduri,Manis lemak berlainan rasa.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Hari ini hari selasa,Makan nasi berkuah laksa;Jangan tuan tunjuk tamasya,Masam pedas sudah kurasa.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Nyiur gading di kebun Cina,Anak Burma dibawa seberang;Sungguh dibanding bersama-sama,Nama yang baik masuk terbilang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Apa takut melawan hantu?Hantu ada di balik tiang;Apa takut melawan madu?Sama-sama keris di pinggang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Buah rumenia dari petani,Mari dipilih masak muda;Bagaimana dunia tak sunyi?Kutu beperang dengan tuma.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mangkuk jorong pingganpun jorong,Si jorong berisi buah jati;Dua tiga kata terdorong,Jangan dibawa masuk ke hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Encik Abu membelah bukit,Sampai lalu berhenti makan;Angin menyerbu balik sedikit,Supaya senang kita layarkan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Pulau tiuman dilanggar todak,Encik salleh anak melayu;Pakai pedoman saya tidak,Angin beralih saya dah tahu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Pokok rambutan di tepi kolam,Pegaga di paya tak siray;Intan baiduri bersilang nilam,Harganya tidak dapat dinilai.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Mangkuknya empat, cawannya lima,Mari letak di atas dulang;Sahabatnya empat kawannya lima,Main mata sekeliling pinggang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kain hitam celup tarum,Pakaian orang dari hulu;Tuan umpama batik lasum,Makin dibasuh makin berbau.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Budak-budak main senjata,Bersilat-silat tengah padang;Berapa terang api pelita,Manalah sama sinaran bintang.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Kerawan di tebing tinggi,Tanam lengkuas di sawah padi;Tuan laksana pohon yang tinggi,Segala unggas terbang berhenti;

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Gunung pantai tinggi merawan,Nampak dari johor lama;Buah hati tinggallah tuan,Abang pergi tidaklah lama.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Tanam sirih di tepi hutan,Tanam tebu jarang-jarang;Lama bercerai pada mutuan,Sakat bertemu barulah senang.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
AgamaAdat & Bangsa

Apa putih di tambak itu?Raja sulaiman turun berkuda;Apa putih di sanggul itu?Bunga melur, cempaka muda.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sudah terberau batang licin,Lengkuas di dalam padi;Sudah berderau air telekin,Baharulah puas kehendak hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)