Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Pergi ke pulau menggali ubi,Singgah ke beting dilayar juga;Sepuluh kali kita berbudi,Kalau miskin terbuang juga.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Kalau buluh, saya gantungkan,Menyukat timbang lada muda;Kalau boleh saya pantangkan,Jung satu nakhoda dua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kuda sakti jatuh di logam,Kena panah patah kakinya;Cubalah tabur padi segenggam,Bolehlah tahu mana jadinya.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Serahi dua tergantung,Ada satu berisi minyak;Matahari sudah saya gantung,Beri bertali bintang yang banyak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ayam denak terbang berkokok,Hinggap mari pagar chek Dola;Bukannya panas matikan pokok,Akar merlilit carang nya salah.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Orang beladang tanam padi,Tanam selasih di jambangkan;Cinta sayang simpan di hati,Sikit tak hendak saya nampakkan.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Jikalau tidak salah suatu,Jangan kau ambil perempuan begitu,Sahabat pun tidak mahu ke situ,Duduklah engkau seperti hantu.
Wikisource (CC BY-SA)Segan saya beranak tiri,Bendul bertebuk papan bertarah;Segan saya beranak tiri,Pukul sedikit emaknya marah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Mari panah burung terbang,Dapat seekor, bulunya lebat;Biar pecah habis berlubang,Kucari tukang, kusuruh kelpat.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang Siam duduk di pintu,Gunting mari bunga kecubung;Orang diam saja begitu,Bagai gunting makan di hujung.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Ada suatu anak hindu,Pakai kain rambu-berambu;Mercun buluh, senapang bambu,Kepada saya jangan dituju.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang jawa pulang ke jawa,Pisang abu dalam kebun;Saya umpama burung tempua,Di pohon buluh tempat berayun.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Makan tebu belah empat,Makan orang bulan puasa;Jikalau tahu jalan makrifat,Jangan dibuat perkara dosa.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Rajawali raja perman,Singgah memanah burung kedidi;Tinggallah balai, tinggallah laman,Tinggal pangkalan tempat kumandi.
Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)Masuk hutan keluar hutan,Mencari akar buat jamu;Minta doa kepada Tuhan,Biar kasih lekas bertemu.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Encik Ali pasang lukah,Lukah dipasang Tanjong Jati;Budi sedikit bilakan lupa,Dari hidup sampai mati.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Takkala perang Negeri Burma,Menuah berlari memanjat kayu;Takkala kumbang gilakan bunga,Kumbang terbang bunganya layu.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Hiris dahan tepi surau,Tempat sembahyang datuk penghulu;Tujuh musim timpa kemarau,Baik ditolong hujan di hulu.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang anjung layang layang,Anjung sampai paitak sirai;Dikalau kasih adalah sayang,Janji betul tidak bercerai.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Banyak orang mengetam pulut,Saya seorang mengetam padi;Banyak orang karam di laut,Saya seorang karam di hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Setiap hari pergi ke hulu,Jolok rumania petang hari;Diamlah kita sabarlah dahulu,Kerana dunia panjang lagi.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Buah cempedak di hutan duri,Jatuh sebiji dimakan ulat;Jikalau tiada bahasa dan budi,Apa guna kaya berdaulat.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Sirih sekapur lenggang cik kobat,Mari makan raja ali;Tutur sepatah laksana syarbat,Manis terpaku di jantung hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dua puluh hari bulan rejang Pulai,Pulai sebatang tumbuh di pasar;Dunia akhirat jangan bercerai,Sama lebur sama binasa.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Tuang teh penuh secangkir,Sembah kan anak raja sultan;Bersama kasih jangan dimungkir,Jiwa tersera kepada tuan.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Daun lalang berikat benang,Pasang pelita bersumbu kain;Untung malang apa dikenang,Cari kita musim yang lain.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Orang bentan pergi ke lingga,Singgah membeli ubi kemili;Tuan intan lagi geliga,Susah dibanding payah dicari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Telur cicak di atas pintu,Pintu berdegar di bawah rumah;Ayohai dik bukakan pintu,Abang lama di bawah rumah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sepuluh lekor rejang langsia,Datang langsia merupa rupa;Jauh tuan bawakkan rahsia,Hilang setahun minta berjumpa.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Buah bacang setangkai lebat,Lebat bunga gugur putiknya;Saya laksana ikan di belat,Habis gugur dengan sisiknya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Akar tunjang pagar selasih,Balung kulit berisi serai;Alangkah sakit menanggung kasih!Tiada kulit, tulang bercerai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak Melaka menjual rokok,Lalu di Jasin bawa ke hulu;Kuda bertengkar mahu bertepuk,Baru rajin jalan selalu.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Pucuk sawi sawi muda,Minyak ketiau tumpah di lantai;Di betawi baju di kesumba,Tanah riau baju dipakai.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak ayam turun tujuh,Mati seekor tinggal enam;Anak kelasi habis gaduh,Kapal di laut habis jahanam.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa benar akan keladinya,Maka ditanam dalam-dalam?Apa benar akan budinya,Maka dikinang siang-malam?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang perempuan hendak bersegak,Lalu diasah kulit awak;Jerawat penuh muka berkerak,Tak bagi nampak lumur bedak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kermalok tepi pantai,Ambil orang air yang dalam;Baru elok saya terpakai,Elok dipakai siang dan malam.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Hari hujan bertudung pinggan,Pinggan berisi hujung melukut;Sayang tuan berenggan-enggan,Laksana embun di hujung rumput.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Putus tali melambung wau,Wau di lambung seberang paya;Putus hati pandang ke pulau,Pulau tidak menanggung saya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Laku lurut resah padiku,Ke barat jugah condong buahnya;Kalau turut resah hatiku,Melarat jugak akan sudahnya.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Budak nakal kena tokak,Anjing kelabu mata pasak;Tangan kedal kaki sopak,Orang memandang jemu-jelak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa guna menimbus pasir,Kalau rumah tidak diikat;Apa guna berfikir-fikir,Hati juga mahu terikat.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Serindit terbang ke deli,Encik ahmad mengail ampai;Tuan laksana langit yang tinggi,Saya di bumi bila tercapai?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sebelah mana pohon senuju?Balik pokok batang setawar;Bintang di langit kena tuju,Matahari turun minta penawar.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Apa guna berkain batik,kalau tidak dengan sucinya;Apa guna beristeri cantik,kalau tidak dengan budinya.
Wikisource (CC BY-SA)Anak Cina pergi berjudi,Judi mari di tanah seberang;Sia-sia saya menabur budi,Budi tidak dikenang orang.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Pisang batu masak di batu,Masak sebiji di pangkal rama;Hilang satu berganti satu,Mana sama sahabat yang lama.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Berbaris-baris dengan senapang,Menempuh musuh dengan pedang;Ditebas supaya akan lapang,Apa alat senang di pandang.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931); juga dalam Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Anak raja mati dipancung,Serta pancung sampai berdiri;Bukan sengaja hendak ke tanjung,Salah simpang sebelah kiri.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Panas terik bulan puasa,Hendak menjemur buah berangan;Tikar emas bantal suasa,Mana sama berbantal lengan?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tingkap papan kayu bersegi,sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi,tinggi bangsa kerana bahasa.
Wikisource (CC BY-SA)Sampan kotak perahu cina,Mana boleh berisi padi?Emaknya batak, ayahnya cina,Mana boleh lawan berjanji?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Saya tak hendak berlesung pauh,Lesung pauh membuang padi;Saya tak hendak bersahabat jauh,Sahabat jauh merisau hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pakai kain compang-camping,Berlembat nampak untang-unting;Teritip sudah menjadi beting,Buntal kembung mati terkering.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Bagaimana saya tak ikat,Kait-kait dengan durinya;Bagaimana saya tak ingat,Orang baik dengan budinya.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak Melayu masuk kota,Bermain pula sepak raga;Siapa juga pandai berkata,Rimau kumbang tiada gaga.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Datang baru burung di hutan,Singgah di sempadan datuk penghulu;Kalau tak kemarau musim selatan,Kuasa Allah hujan selalu.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Berderap-derap hujan pagi,Kembang tempurung buat bekas;Minta getah sembilan lidi,Menggetah burung sudah terlepas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Perigi ini perigi di Acay,Ambil air duduk menunggu;Termegah sudah tuan berkasai,Kenapa tak boleh berhati sungguh.
Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)Berdentum bedil berbunyi,Asap naik tabun-menabun;Berapakah lama saya di sini,Seperti kaca bertangkai embun?
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)