Khazanah Pantun
Pantun Melayu klasik
2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.
Jantung ada berbuah tidak,Anak sepat meloncat tinggi;Untung ada, tuah tidak,Sebarang niat tiada jadi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Putik pauh tankainya lerai,Penyengat bersarang dibunggulnya;Adik jauh rasa bercerai,Semangat tinggal dalam sanggulnya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ayam denak dalam belukar,Tengah mematuk telur semut;Sudah jinak menjadi liar,Ada musuh dalam selimut.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak Cina tuang lilin,Lilin dituang hari raya;Sudah dagang lagi miskin,Budi apa kepada saya.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Kuda saya kuda pelana,Dipacu ke air berlari deras;Pantun saya pantun makna,Kalau tak tahu jangan dibalas.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lepaskan kumbang nak terbang,Kumbang kudung bawa tali;Lepaskan abang nak pulang,Ada untung balik ke mari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ke sawah orang berlapan,Jumpa kabung mayang di tengah;Banyak buah sudah dimakan,Mabuk jagung belum pernah.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Hilir berakit batang selasih,Singgah bermalam di kota lama;Alang sakitnya menumpang kasih,Bercampur sebentar, haram tak lama.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang Acheh pulang ke kubu,Bunyi loceng pukul lapan;Jikalau dapat kasih setuju,Bagai paku lekat di papan.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Ruak-ruak kena pelantik,Kena pelantek burung lang;Orang tua hendak bercantik,Rambut putih sapu arang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang Linggi pergi berbelat,Belat mari di hujung tanjung;Pohon tinggi daunnya lebat,Tempat unggas tumpang berlindung.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Kalau tuan membeli limau,Mari taruh dalam gedung;Tuan memakai kulit harimau,Bagi terkejut kambing di kampung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ibu ayam duduk mengeram,Pecah menetas di bawah dapur;Melindungi diri bergeram-geram,Sampai sakit tulang di dubur.
Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)Anak beruk di Majapahit,Bawa seekor dari seberang;Sungguh buruk feel mahu baik,Baru boleh dikenang orang.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Dari Pringat ke Bukit Bharu,Padi dibawa bercicir-ciciran;Saya tak fikir betul selalu,Takut boleh salah fikiran.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Anak ikan dipanggang sahaja,Hendak dipindang tidak berkunyit;Anak orang dipandang sahaja,Hendak dipinang tidak berduit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Cincin emas cincin suasa,Mahu dibungkus dengan kapas;Jikalau lemas orang biasa,Dia tahu di mana lepaskan nafas.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Inche Rasib dari sourabaya,Ke seberang mencari kepah;Sudah nasib apa kan daya,Beras segantang tinggal secupah.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Keras benar ribut siang,Saf ada kayu di rimba;Keras benar ugut abang,Hanyutlah bantal di air mata.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Buah beludu buah keledang,Besar gereja di atas bukit;Lain dahulu, lain sekarang,Jauh beza, bukan sedikit.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Langundi pahit di tepi pagar,Rambutan di tepi perigi;Anak baik tak payah diajar,Duri di hutan tajam sendiri.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Pukul gendang tiup serunai,Raja berangkat ke seberang;Putih mata si burung punai,Kayu ara ditunggu helang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak kucing dari Jawa,Selasih di gunung Raja Burma;Ariak Engsoon timbangan nyawa,Kasih sayang sudah lama.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Helang terbang ke kebun cina,Membuang penat di atas charang;Pandai tuan ke mana mana,Ketika sesat akal pun kurang.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Pengayran ratu di jambi,Kain kasa di tepi misget;Hairan sekali di hati kami,Hari tengah hari bintang terbit.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Lebai pakai topi ketayap,Harap difikir orang percaya;Ingatan tak tetap akalnya periap,Seribu didua menjadi sia-sia.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Punggur berdaun di atas kota,Jarak sejengkal dua jari;Musang rabun, lang buta,Baharu ayam bersuka hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Melur wangi di atas peti,Cempa berdahan dijulai tinggi;Ku tarik nyanyi hibur kan hati,Itu pun tiada tertahan lagi.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Pulau tapai berjajar empat,Haluan orang pulang ke jawa;Putih kuning bagai disifat,Itulah tempat membuang nyawa.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Asam kumbang tumbuh bertingkir,Tumbuh di pagar radin menteri;Kasih umpama kiambang di air,Akar tidak jejak di bumi.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Selasih di pucuk pauh,Tetak batang pecah belah;Alangkah sakit kerkasih jauh,Saya menjadi serba salah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Tebang jati kebun cik tipa,Singgah berlabuh teluk saga;Daripada hati ku cinta,Tentang di mata sebagai syurga.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Malam duduk di atas batu,Tukar tukar di tanjung jati;Dikalau emas sepuluh mutu,Baru ku suka di dalam hati.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Tujuh hari dalam hutan,Air tak minum nasi tak makan;Sehari tidak memandang tuan,Rasanya susut tubuh di badan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak itik bersangkar lalang,Turun memetik buah delima;Sudah nasib, badanku malang,Sudah berputik balik berbunga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ada suatu panglima gading,Masuk ke hulu hendak menjaga;Cacing bertapa lautan kering,Bilakah boleh menjadi naga?
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Terang bulan cuaca di pulau,Raja siam turun berakit;Rindu dendam bawa bergurau,Bawa diam jadi penyakit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Ada suatu Haji Tambi,Berjumpa kolam turun mandi;Baik-baik tuan menulis,Kalam jangan buat penyugi.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Pelset coraknya biru,Nampak di api berkelam kelam;Sakit sengsara terlalu rindu,Bagai hendak mati sehari semalam.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)Ijuk-ijuk tali perahu,Tali bemban mengikat rakit;Besok-besok baharu tahu,Menaruh dendam jadi penyakit.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain sutera dari Palembang,Gunting di badan lalu pesak;Ibarat umpama burung terbang,Nantikan musim padi masak.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Ribu-ribu merentang jalan,Anak buaya merentang tasik;Jika seribu orang berjalan,Tuan seorang kupandang cantik.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak lang di pohon kayu,Sambar mari burung pergam;Bunga kembang tentu layu,Emas baik bilakan legam.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Dari Gersek pergi Surabaya,Tengok orang sembahyang punggul;Sudah nasib apa kan daya,Rupiah dipegang menjadi bengul.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Hari pagi ayam berkokok,Dengar suara di tepi pantai;Kalau jadi buah di pokok,Lambat laun gugur di tangkai.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Putik bacang setangkai lebat,Encik salleh berkedai kain;Dua dipancing satu tak dapat,Ikan beralih di tempat lain.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Lumba-lumba mudik sekawan,Mudik ke teluk tanjung jati;Minta perhamba kepada tuan,Dari hidup sampai ke mati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain batik baju batik,Batik datang dari jawa;Adik cantik abang cantik,Bagai pinang belah dua.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Anak kerbau mati tertambat,Bakul udang di dalam duri;Baru ini merasa dapat,Dapat bunga kaca puri.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Mengail ke lubuk rambai,Selasih ragang jangan letakkan;Kalau bermain sama pandai,Kasih sayang jangan nampakkan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Batang pulai jangan direntas,Buat bekal bawak berjalan;Laksana dawat dengan kertas,Begitu saya kasih kan tuan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Campak jala batunya nyaring,Jala rambang olak belanak;Badan bulat bagai tenggiling,Laksana beronok berminyak-minyak.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Inche Amzah meraut rotan,Lalu diraut tengah hari;Setangkai dorjah di tengah hutan,Baunya harum satu negeri.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Selangat ikan seluang,Belah belakang ambil hatinya;Kur semangat tuan seorang,Paling belakang lain gantinya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Dari Klang tiba ke Langat,Singgah melompat di sawah padi;Seorang kenang seorang ingat,Baru tersemat di dalam hati.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Dari Nandong ke Pasir Nandi,Orang bergajah dua beranak;Sudah terlangsung dagang kemari,Minta kasihan orang yang banyak.
Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)Riuh-rendah potong kerbau,Kasi makan orang yang ramai;Orang diam kusangka bodoh,Ombaknya besar menutup sungai.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Orang mengail di lubuk gua,Umpan dengan pucuk keledek;Orang bermain sama tua,Kerdum-kerdam bunyi gobek.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Kain jong sutera moris,Orang berdagang pulang mari;Main terlindung susah nak habis,Jauh seberang diturut dicari.
Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)Beli gula satu tempayan,Gula bercampur air madu;Kalau ada belas kasihan,Di situ lah tempat saya mengadu.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)