Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

2560 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Dari pulau pergi Penyengat,Pusing kemudi belayar ke China;Sepuluh kali kita beringat,Dalam budi kerap terkena.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Anak kuda di paya umbun,Katang katang bernama padi;Salah dibuat dosa diampun,Mana yang buat tuan tobat lagi.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Kasih & Cinta

Orang acih bersampan payang,Singgah berhenti di gunung jerai;Sungguh kasih kata tak sayang,Cari jalan hendak bercerai.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Mari dibungkus dengan kertas,Dikarang pula berjalur-jalur;Tuan di hati haram tak lepas,Terang laksana cermin habilur.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Besar kesaktian berma gangga,Membangunkan kota rokam baiduri;Laut arifin silalah duga,Supaya bersinar cahaya johari.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak ayam di atas bukit,Mencatuk mari buah jerenang;Cawi demam, langpun sakit,Sampai bila cawi kan senang?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Kura-kura pandai berenang,Berenang mari di air dalam;Kalau sutera bercampur menang,Boleh dilasak siang dan malam.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Anak batak mudik bergalah,Diketip nyamuk habis lebam;Bukan retak mencari belah,Sukat dihempas remuk-redam.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Inche Cik orang Palembang,Mari di tanjung potong hutan;Laksana padi lata di dulang,Tempat burung berulang makan.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Ilmu & BelajarKahwin & Merisik

Laksamana berempat di atas pentas,Cukup berlima dengan gurunya;Bagailah dawat dengan kertas,Sudah berjumpa dengan jodohnya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bukankah kapas menjadi benang,Benang sudah tenunkan kain;Waktu malang apa dikenang,Kita nanti musim yang lain.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tengah laut patah kemudi,Layar koyak dipukul angin;Hutang hati dibawa mati,Bagai bola dipukul angin.

Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)
Pelbagai

Orang Daik pulang ke Daik,Tengok angsa pandai berenang;Jikalau buat hati baik,Barangkali boleh berjumpa senang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Dapat seekor ikan sembilang,Ikan dijaring berikat tali;Cik tuan bukan terbilang,Kalau dibanding murah sekali.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Tidak merbah makan padi,Antah makan kumbang bulan;Tidak berubah dari kami,Entah berubah dari tuan?

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Bantal peluk tekat bersuji,Sulam mari kepalanya;Sungkat elok maka dipuji,Intan maknikam dengan cahayanya.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Ruku-ruku riki-riki,Buat serbat air madu;Bagai kuku dengan isi,Sahabat juga memberi malu.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Jikalau kulurut padiku ini,Jikalau kulurut, pecah batang;Jikalau kuturut hatiku ini,Jikalau kuturut, salah datang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Hari malam singa di Puluh,Duduk berhenti di tepi makam;Orang diam pikirkan bodoh,Sebagai api makan di sekam.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Kambing saya di balik pintu,Makan ke darat rumah;Sirih saya sirih bertentu,Makannya tak berkunyah.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
NasihatSindiran

Dari sana pergi ke sini,Masuk ke dalam turun kain;Bacang jangan disangka kuini,Kulitnya sama, rasanya lain.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Ular naga tepi perigi,Mari dikurik tujuh celahnya;Tuan laksana syarbat janggi,Tujuh mertabat rasa manisnya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Takkala radin pergi menyumpit,Tersumpit seekor burung serindit;Kuntum cempaka jatuh berapat,Jatuh di dalam pagar yang solet.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Selasih batang senduduk,Kembang beragan pucuknya layu;Kasih merajuk baik dipujuk,Supaya jangan bercerai lalu.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Encik Dollah mengambil karang,Karang diambil seberang sana;Bukan salah kepada orang,Diri sendiri buat bencana.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Orang hutan bergenditkan akar,Berkampungkan dalung bertiraikan banir;Jikalau segan mengorak lengkar,Tepung dibancuh menjadi hanyir.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & CintaAgama

Selasih di tengah padang,Datang gajah dililainya;Sedang kasih tengah sayang,Datang Allah diceraikannya.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Berkait

Kalau tuan pergi ke Tanjung,Belikan saya pisau lipat,Kalau tuan menjadi burung,Saya menjadi benang pengikat.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Anak lebah dibuat pais,Mari dibuat pagi hari;Bagimana saya tak menangis,Pilu sedih di dalam hati.

Terbitan Peranakan Baba, Negeri-Negeri Selat (1889-1950)
Pelbagai

Minum air di kaca batu,Terbang hinggap di atas kota;Serasa adik ada di pangku,Serta ku bangun hilang di mata.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Belah kundur sampai berdiri,Kasi makan bulan puasa;Baik lah saya undur kan diri,Selagi belum jadi binasa.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Baik baik tebang jati,Kalau tumbang saya tolakkan;Baik baik mencari ganti,Kalau kurang saya sorakkan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Di permatang tak dapat mandi,Di perigi mandi jua;Tak dapat setahun ini,Tahun datang dinanti jua.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Anak itik pandai berlari,Anak angsa terlompat-lompat;Wang ringgit senang dicari,Budi bahasa susah mendapat.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Raja di kota orang yang kaya,Pergi ke China menambang kapal;Dalam dikata tak mahu percaya,Sampai terkena siapa mahu sesal.

Pantun Dondang Sayang Baba, Negeri-Negeri Selat
Pelbagai

Daun lalang merikat benang,Pasang pelita bersumbu kain;Waktu yang malang apa mahu kenang,Menantilah kita musim yang lain.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. II (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Naga berkubang lautan Jati,Hendak makan di Tanjung Tuan;Adinda jangan susah di hati,Saya tidak lepaskan tuan.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Air pasang ke tepi bukit,Kalau tenang mandikan kuda;Daripada budi sedikit,Mahu pun kenang tak mahu pun sudah.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Bertapa cukup seratus hari,Duduk bertapa di pangkal buluh;Hilang di mana saya nak cari,Sudah menjadi kota penyuluh.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)
Pelbagai

Orang berhias berjalan petang,Cucuk bunga di atas sanggul;Ibarat beras cukup segantang,Berat ringan di dalam pikul.

Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)
Pelbagai

Bidadari turun berniaga,Sampai Delhi rnenjual kain;Emas yang tinggi dapatnya harga,Budi yang baik jangan dipermain.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Tetak kayu di atas bukit,Mahu dibuat pagaran bunga;Serasa malu bukan sedikit,Rosak binasa kerana betina.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Mari diperah santan kelapa,Masak mari sayur keladi;Kasih tuan berapa ada,Kasih saya terlebih lagi.

Pantun Dondang Sayang, Lim Hock Choon (Melaka, 1950)
Pelbagai

Berulang tidur di pohon kayu,Terbang lolang dua serupa;Kasihku cinta dari dulu,Baru sekarang kita berjumpa.

Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)
Pelbagai

Banyak orang di Bukit Cina,Tengok Encik Ali menebang kayu;Zaman sekarang ringgit berguna,Budi yang baik terbuang lalu.

Akhbar Peranakan Baba: Kabar Slalu & Kabar Uchapan Baru (1924-1926)
Pelbagai

Padi muda jangan dilurut,Kalau dilurut, pecah batang;Hati muda jangan diturut,Kalau diturut, salah datang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Berkait

Anak ayam turun sembilan,Mati satu tinggal delapan,Ilmu boleh sedikit ketinggalan,Tapi jangan sampai putus harapan.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Pergi ke teluk buat ladang,Tanam bijan lebat berbunga;Rumah buruk dindingnya kajang,Hari hujan besar berbunga.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Kilat cermin malim sutan,Bawa ke pekan berjual beli;Masak manggis di dalam hutan,Masaknya ranum, bergantung tinggi.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Rambutan masak di hutan,Jolok mari Encik Mahir;Jikalau berbudi tempat yang bukan,Bagai garam jatuh di air.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Orang menjala ikan selangat,Tanahnya lumpur pantai limbongan;Cerdik jangan terlalu sangat,Nanti bodoh berpanjang-panjangan.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Pelbagai

Air dalam benjala patin,Terendam pucuk gelagata;Di dalam zahir adakah batin?Di dalam batin berlindung jua.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Adat & Bangsa

Anak cina menimbang madat,Dari mengkasar langsung ke deli;Hidup di dunia biar beradat,Bahasa tidak berual beli.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Agama

Di mana dengar gesek biola?Balik pokok asam kumbang;Bagaimana hati tak gila?Bunga layu balik kembang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sinyur mabuk simpang tiga,Jatuh tersungkur tepi telaga;Matahari mabuk bulan gila,Bintang bertabur puyuh berlaga.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Sampan pukat sampan serani,Boleh belayar tanah seberang;Tuan umpama bintang nurani,Makin ditintang bertambah terang.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Lumba-lumba mudik ke hulu,Berenang mari air tenang;Suka susah ditanggung dahulu,Baru boleh berjumpa senang.

Malay Pantun Book, Lim Hock Soon (T.T. Wee, Singapura, 1929)
Kasih & Cinta

Sirih kuning pinangnya kelat,Buluh perindu tidak berdahan;Putih kuning marilah dekat,Hati rindu tidak tertahan.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Kasih & Cinta

Sayang perigi bernama telaga,Tempat mandi bidadari;Niatku tidak berdua tiga,Tuan terpaku di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)
Pelbagai

Si Hoontong berkedai rempah,Asam paya melawan cuka;Sudah nasib tua menimpa,Barang dicari kerap berjumpa.

Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)